Sunday, November 21, 2010

Perubahan Belia Remaja...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Perubahan dalam diri seseorang sudah menjadi fitrah terhadap manusia. Ianya berlaku sepanjang masa dari dahulu sehinggalah di zaman sekarang. Perubahan dari segi akhlak, percakapan, fizikal, pemikiran dan sebagainya antara yang dapat saya katakan di sini sebagai bukti terhadap pernyataan di atas.

Begitu juga dengan remaja di Malaysia, dapat banyak yang boleh diperhatikan mengalami sedikit demi sedikit perubahan dan seterusnya menjadi barah terhadap masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini. Memuja idola (golongan artis terutamanya), berfoya-foya, bergaulan bebas, rempit, seks bebas, homoseksual, hedonisme dan sebagainya lagi antara dakyah dan cara barat yang sudah merebak dan meliar meluas di hampir setiap pelusuk di negara kita.

Banyak langkah usaha yang telah dilakukan oleh setiap yang berperanan memimpin masyarakat sama ada di kalangan Pemimpin Mahasiswa mahupun setiap insan yang bergelar Muslim dan Muslimat.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.”

Berbalik kepada perubahan ini, ada juga beberapa kes yang berlaku di negara kita yang mengembalikan semangat dan kekuatan kepada para remaja untuk kembali taat kepada perintah Allah Taala setelah bergelumang dengan maksiat dan perkara yang sia-sia.

Lambakan drama dan filem yang tersusun rapi di slot-slot di kaca tv juga kebanyakkannya banyak memaparkan budaya-budaya yang bertentangan dengan adat budaya dan Islam sendiri. Contohnya, elemen seks, pergaulan bebas, dadah, mabuk dan sebagainya lagi menjadi pra syarat untuk memastikan sesebuah drama dan filem itu mendapat sambutan.

Selain itu, kebanyakkan pelakon-pelakon hanya sekadar bertudung dalam sesebuah drama mahupun filem tetapi apabila berhadapan dengan umum (masyarakat awam) kelihatan begitu seksi dan mengghairahkan. Adakah ianya sekadar memperalatkan lakonan semata-mata? Adakah itu yang perlu dipuja oleh remaja Islam? Seterusnya mengangkat menjadi Ikon kepada Remaja Islam di Malaysia? Hanya sekadar membuat persoalan untuk pembaca semua.

Penghijrahan remaja dalam memartabatkan semula ilmu agama dan martabat Islam adalah amat perlu agar generasi pada masa hadapan tidak terus terleka dan terlena dengan cengkaman serta pelbagai propaganda Barat yang terus menghanyutkan para Remaja Islam di Malaysia.

Saya juga pernah berhadapan dengan mahasiswa yang begitu mengagungkan muzik sehingga tidak menghormati azan yang sedang berkumandang. Sehinggalah saya memberanikan diri berdepan dengan beliau supaya menghormati azan. Alhamdulillah, setelah beberapa kali menegurnya, akhirnya ada sedikit perubahan yang dilakukan oleh remaja tadi.

Perubahan mahupun penghijrahan sememangnya tidak boleh dilakukan secara drastik tetapi ianya dapat dilaksanakan sedikit demi sedikit sekiranya jiwa dan hatinya itu sudah kembali bertaut dengan cahaya keimanan. Insyaallah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Setiap perubahan yang dilakukan ke arah kebaikan, Insyaallah, akan dib alas dengan kebaikan.

Akhir kata, bersamalah membuat perubahan dalam diri kita supaya Cahaya Keimanan itu terus bercahaya di jiwa kita dan bersamalah memikirkan dan membuat perubahan agar memelihara masa depan Belia Remaja Islam di Malaysia ini. Insyaallah…

Sekian, Wassalam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

2 comments:

cik yaya said...

terbaek ajim..=)

peace said...

Assalamualaikum...

umat islam berlumba lumba untuk menjatuhkan sesama sendiri...sedangkan bangsa lain terutamanya yahudi berusaha untuk memajukan bangsa mereka dan menjatuhkan umat islam..peranan dakwah perlu di transformasi..pelu lebih kehadapan...disinilah peranan pemimpin2 islam untuk menunjukkan contoh yang baik..menjadi tauladan kepada orang pimpinannya...dan bukan sekadar bercakap kosong...seorang pemimpim yahudi pernah berkata yang maksudnya lebih kurang begini 'bangsaku akan kalah dan umat islam akan menang jika semua umat islam turun bersolat subuh secara berjemaah...'inilah salah satu mengapa pentingnya peranan solat berjemaah...kalau bukan diri sendiri siapa lagi yang akan bermula dulu....

p/s:artikel yang sngat menarik dan terbest n terbaik...:)

peace