Wednesday, May 12, 2010

IKON BELIA : Golongan Intelektual atau Golongan Artis?

Bismillahirahmanirrahim...

Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia...

Hari ini saya ada sedikit perkongsian penulisan saya mengenai, IKON BELIA : Golongan Intelektual atau Golongan Artis? Sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya lagi bolehlah melihatnya...INSYAALLAH...

IKON BELIA : Golongan Intelektual atau Golongan Artis?

Mahasiswa sering dianggap hebat di kalangan masyarakat sekeliling. Suara mahasiswa itu sering mampu menggegarkan sesuatu isu apabila dibangkitkan pada satu-satu masa dan dipandang hebat oleh para ahli politik dan sebagainya.

Tetapi menjadi satu persoalan apabila ke mana hilangnya Golongan Intelektual ini berbanding Golongan Artis yang tumbuh bak cendawan selepas hujan? Apabila dilihat dari sudut publisiti yang diberikan kepada Golongan Intelektual ini lebih kurang berbanding kepada Golongan Para Artis, hal ini jelas menunjukkan betapa hebatnya tahap kedudukan dan ruang yang diberikan oleh media massa terhadap golongan artis ini sehingga sisipan harian di fokuskan setiap hari hanya kepada golongan ini.

Dilihat juga apabila bertambahnya program-program berbentuk realiti TV yang lebih difokuskan kepada bidang hiburan semata-mata, ini jelas membuktikan betapa agungnya semangat Hiburan yang semakin menguasai pentas-pentas pemikiran golongan belia remaja di negara ini sehingga diangkat menjadi Ikon kepada mereka. Realiti TV itu tidak ada salahnya sekiranya, ia digunakan sebaik mungkin contohnya, Resensi Buku, Akademi Quran dan yang terbaru Imam Muda.

Tidak mudah untuk kita mulakanya tetapi ianya patut diberi peluang dan publisiti yang hebat oleh media massa terutamanya oleh Pihak Kerajaan sendiri dalam membentuk satu transformasi rakyat di bawah Gagasan 1 Malaysia iaitu Masyarakat Berintelek.

Mahasiswa juga dapat digerakkan bersama program-program yang berunsur ilmiah dan kepimpinan untuk lebih ke arah hadapan. Sebagai golongan intelek : akademik, kokurikulum dan kepimpinan perlulah dijadikan satu aset wajib terhadap diri setiap mahasiswa untuk dijadikan IKON dalam negara ini. Tidak hairanlah apabila kebanyakan Menteri Kabinet dan ahli-ahli politik sekarang lahir dari kestabilan akademik, kokurikulum dan kepimpinan sebagai asas untuk ditonjolkan sebagai contoh terbaik kepada golongan belia remaja sekarang.

Masyarakat sekeliling haruslah membuka minda satu persatu dalam membincangkan masalah ini. IKON BELIA seharusnya diberikan kepada golongan para intelek ini disebabkan ciri-ciri dan kualiti yang ditonjolkan oleh setiap mereka berbanding golongan artis yang hanya lebih ke arah maksiat dan kejatuhan moral belia remaja sekarang.

Saya bersetuju dengan pendapat Wardina Saffiyah yang menyatakan bahawa Golongan artis amatlah tidak sesuai untuk dijadikan IDOLA mahupun IKON kepada belia. Pelbagai perkara dapat dibangkitkan sekiranya kita masih belum mampu melihat peredaran semasa yang berlaku di negara kita ini.

Kesimpulannya, Golongan Intelektual adalah lebih sesuai sebagai IKON BELIA berbanding golongan artis disebabkan karakter, latar belakang, akademik, kepimpinan dan sebagainya lagi dijadikan kayu pengukur kepada setiap mereka ini.

Wallahualam…



Wan Muhammad Hazem Bin Mohd Yusoh
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
UTM IC

2 comments:

Muhammad Fahmi. said...

Sebenarnya, pada pendapat saya, istilah IDOLA tersangatlah tak sesuai untuk mendefinisikan 'minat terhadap sesuatu'. Sebagaimana maksud2 merujuk Merriam-Webster:

http://www.merriam-webster.com/netdict/idol

Mungkin apa yg berlaku hari ini ialah artis terlalu taksub dgn diri sendiri sehinggakan tidak boleh dijadikan contoh yg baik.

Contoh yg baik pula diistilahkan sbg IKON. Juga merujuk kpd maksud Merriam-Webster:

http://www.merriam-webster.com/dictionary/icon

Saya juga teringat dalam satu temubual TV Singapura mengenai sebuah buku mengenai IKON-IKON dunia tersohor. Penulis (maaf tak dapat sertakan maklumat lanjut, temubual ini diadakan lebih kurang 4 tahun lepas, penulis sendiri tidak ingat) autobiografi tersebut mengatakan bahawa tidak banyak IKON di dunia ini, lebih2 lagi dalam bidang hiburan. Beliau menegaskan lagi bahawa satu2 nya IKON dunia hiburan dunia ialah JACKIE CHAN.

Dari sini kita boleh mengambil iktibar bahawa mengapa Wardina Saffiyah (pd masa yg sama Habiburrahman Al-Shirazy & Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dalam temubual bersama) menegaskan bahawa artis Malaysia tidak seharusnya dijadikan IDOLA.

2 sen saya sahaja.

^_________^

Saya terbuka kpd pendapat2 lain.

Darren Lai said...

salam satu malaysia

dalam syarahan merdeka award oleh Yg Bhg NC kita, beliau ada menerangkan punca utama mengapa ramai daripada belia kta tidak menganggap ahli akademia sekarang sebagai idol kerana satu sahaja punca iaitu penjurusan. iaitu kegilaan para akademia untuk memperincikan penyelidikan mereka sehingga ramai rakyat tidak faham dengan pencapaian mereka, oleh itu ramai tidak menghargai pencapaian para akademia dan tidak menjadikan mereka sebagai idol

dan salah satu protokol zionist, dalam prtokol keempat, tajuk utma mereka ada KILL GOD.. itu menghapuskan kepergantungan umatnya dengan tuhan dan satu caranya adalah melalui heodonism, manusia yang mementingkan keseronokkan, mereka cuba menerapkan konsep ini supaya manusia akan lupa Tuhan... dan ini semakin berjaya.. itu mentaliti yang perlu kita ubah.. dlm protokol zionis tidak mengatakan bahawa mereka ingin menghancurkan islam, tetapi mereka ingin menghancurkan bangsa bukan yahudi dan ini merangkumi semua.
yang beragama islam ada saudara seislam,
yang bukan islam adalah saudara sekemanusiaan..

Darren Lai
Presiden PEMKA
UTMKL
minda revolusi aspirasi mahasiswa