Sunday, May 9, 2010

USR-UTM @ Melaka 2010 (1)...

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan Mahasiswa...

Pagi ini, saya ingin memberitahu mengenai Program University Social Responsibility (USR-UTM @ Melaka 2010) yang akan diadakan pada 2 hingga 6 JUN 2010 bertempat di Bukit Katil, Melaka.

Program ini diterajui oleh saya sendiri selaku Pengarah Program, Mohamad Hazrai Bin Mohd Zahar (Timbalan Pengarah Program), dan Nur 'Aqilah Bt Hamzah (Setiausaha Program).

Saya amat berharap agar sahabat-sahabat, rakan-rakan, pembaca blog dan sebagainya lagi mendoakan agar Program ini berjaya kerana program USR ini merupakan program pertama saya dalam bentuk Kebajikan Masyarakat setelah Program Pertama saya selaku Pengarah Program iaitu EKSPEDISI 1 MAHASISWA, 1 SUARA, 1 WAWASAN yang telah berjaya dengan jayanya sehingga disiarkan di Akhbar KOSMO...

Saya berharap juga, dengan Program USR-UTM @ Melaka 2010 wujud, para mahasiswa di UTM IC akan lebih peka dengan masyarakat sekeliling dan kita sama-sama turun padang bersama dengan mereka. INSYAALLAH...

Kepada ajk PELAKSANA dan para peserta pula, saya berharap sangat agar kerjasama kita ini disertakan dengan niat yang ikhlas untuk berbakti kepada masyarakat di Bukit Katil itu dan ukhuwah yang bakal terjalin nanti akan terus berkekalan. INSYAALLAH...




DOAKAN program saya ini berjaya...OK....
Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 Malaysia..."

3 comments:

Faiz Jamaluddin said...

lepas ni masuk tv3 pulak ye :-)

dalam masa 5 hari tu, berilah semaksimum mungkin khidmat bakti dan kongsilah ilmu serta pengalaman khasnya kepada generasi muda..

saya iringkan dengan doa semoga program ini berjaya

wan muhammad hazem said...

Insyaallah....apa2 pun thanks k...hehehe

QiE_LaH said...

eee.. nama aku ada laa