Saturday, March 27, 2010

Semarak V-TUIT....

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia dan Salam 1 UTM...

Bertemu kita kembali dalam blog ini. Sebelum saya terus menulis, mesti korang tertanya-tanya apa itu "Semarak V-TUIT"??? Hehehe....

Hari ini, saya ingin mengulas sedikit mengenai program berbentuk ilmiah yang dilakukan oleh Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) iaitu Valuation Tuition (V-TUIT). Pada dasarnya, nama program itu telah dicadangkan oleh saya sendiri ketika saya masih bergelar Presiden PEHARTA dahulu tetapi selepas saya beralih angin ke kerusi Majlis Perwakilan Mahasiswa, program itu telah diteruskan dan disemarakkan lagi oleh Barisan Kepimpina Baru PEHARTA 09/10 yang diketuai oleh Saudari, Najwa Dalila dan Saudara, Mohd Farid Zulkipli, selaku Pengarah Program.

Apa yg boleh saya katakan di sini adalah kepentingan menuntut ilmu. Firman Allah dalam Surah al-Alaq, ayat 1 - 5 yang bermaksud :
"Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhan-Mu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan Tuhan-Mu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."

Berbalik semula kepada program "V-TUIT" tersebut, saya sendiri dapat saksikan sokongan padu dari pensyarah-pensyarah, Pihak HEP dan mahasiswa sendiri supaya menitikberatkan soal akademik mahasiswa.

Melihat kepada gerak kerja para AJK Pelaksana juga memang di tahap yang sangat baik disebabkan gerak kerja yang dilakukan adalah 2 minggu lebih awal sebelum tibanya program tersebut. Manakala pemilihan pensyarah jemputan pula berubah-ubah disebabkan kesibukan masing-masing. Jika dilihat kerjasama AJK Pelaksana, saya sendiri dapat saksikan komitmen yang diberikan itu amatlah terbaik dan ini yang menimbulkan satu daya penyatuan mahasiswa dalam merealisasikan sesuatu impian seterusnya mewarisi kepimpinan negara kelak.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dan TAHNIAH diucapkan atas usaha yang telah dilakukan.

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"





0 comments: