Saturday, March 20, 2010

Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM KL 09/10...

Bismillahirahmanirrahim....
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Sebelum apa-apa perbincangan kita, kritikan kita atau sebagainya diteruskan...Insyaallah..... Marilah saya perkenalkan barisan-barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (International Campus) sesi 09/10......


Pertamanya ialah Hariz Zakwan Bin Abu Baharim dari 2DDW. Beliau merupakan Naib Presiden 1 MPM UTM sesi 09/10. Beliau juga merupakan Pengarah Program dan Floor Manager bagi Majlis Malam Pra Graduan 2010... Alhamdulillah...berkat usaha dan amanah beliau dalam menyempurnakan malam tersebut berdasarkan perancangan rapi yang telah disusun....


Keduanya ialah saya sendiri Wan Muhammad Hazem Bin Mohd Yusoh dari 2DDF. Saya merupakan Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam MPM UTM sesi 09/10. Antara tugas yang saya telah lakukan mengikut perancangan yang telah disusun saya sendiri ialah...Alhamdulillah....promosi zakat yang digempar-gempurkan, penyelesaian 4 kes berhubung dengan masalah aduan mahasiswa dan khamis baru ini (18/3/10) iaitu meeting tergempar bersama unit CICT mengenai isu wireless....Alhamdulillah...nanti saya akan pamerkan memo berkenaan isu tersebut....


Ketiganya ialah Mohamad Hazrai Bin Mohd Zahar dari 2DDF. Beliau merupakan Exco Sukan dan Kebudayaan MPM UTM sesi 09/10. Antara usaha yang telah dilakukan oleh beliau bagi menyemarakkan lagi sukan dan kebudayaan di UTMKL...ialah beliau telah mengadakan pertemuan khas dengan unit SUKAN UTMKL...then sekarang ada beberapa perancangan khas yang akan beliau lakukan....Tunggu dan lihat.....


Keempatnya ialah Nur Hidayu Bt Ahmad dari 2DDF. Beliau merupakan Exco Akademik, Inovasi dan Pengantarabangsaan MPM UTM sesi 09/10. Antara usaha yang telah beliau lakukan ialah membuat pertemuan khas dengan unit PSZ dan sebagainya lagi.... Beliau juga sedang membuat satu kajian mengenai "kenapa mahasiswa diploma UTMKL kurang lepas untuk ke UTM Skudai..."...so.. semua kena tunggu dan lihat.....


Kelimanya ialah Mohd Irfan Bin Mohd Shah dari 2DDB. Beliau merupakan Exco Kerohanian, Sosial dan Pembangunan Modal Insan MPM UTM sesi 09/10. Insyaallah....minggu ini akan beliau adakan satu Program Ceramah dan Solat Hajat Perdana 2010 bagi membuat persediaan awal dalam melangkah ke Final Exam.....



Itu sahajalah yang dapat saya kongsi pada semua mengenai MPM UTM di KL ini....
Insyaallah....
Sampai Jumpa.......

2 comments:

Anonymous said...

salam,
2DDF tu apa? ex utmkl batch 05-08

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.