Monday, July 11, 2022

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Keluarga Malaysia...

Bertemu kita sekali lagi ke blog aku untuk entry yang seterusnya, cuma untuk entry kali nie, aku nak kongsikan serba sedikit keterujaan aku ketikamana berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 baru-baru ini.

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2022

Wahhh... Aku sangat-sangat teruja ketikamana semakin menghampiri ke tarikh 03 Jun 2022 dimana suatu pesta yang aku telah lama tertunggu-tunggu akan berlangsung selepas aku kecewa tak dapat hadiri Kuala Lumpur Alternative Book Festival 2022 pada 24-27 Februari 2022 disebabkan ketika itu aku masih ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur akibat Positif Covid-19.

Pesta tersebut adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di PWTC bermula 03 hingga 12 Jun 2022 melibatkan ratusan reruai pempamer dan penerbit buku hadir untuk berkongsi kepelbagaian buku-buku keluaran terkini yang sentiasa menjadi suatu acara yang dinantikan oleh semua.

Sepanjang 10 hari berlangsung pesta buku tersebut, aku telah hadiri hampir 5 hari untuk bersama-sama memeriahkan pesta buku tersebut untuk mencari, membelek dan meneliti buku-buku yang aku ingin beli dan seterusnya mendengar perkongsian dari para penulis. Inilah peluang terbaik untuk aku melihat secara dekat para penulis buku yang pelbagai latar belakang.

Aku sangat teruja melihat kepelbagaian genre buku terutamanya buku-buku terjemahan, buku-buku kritikan berkaitan politik, buku-buku biografi / autobiografi dan sebagainya lagi. Ada beberapa penerbit buku yang menjadi perhatian aku iaitu Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), The Biblio Press, Patriots Publishing, Ilham Books, UPNM Press, Dewan Bahasa dan Pustaka, dan sebagainya lagi.

Aku berhabis hampir RM700 untuk mendapatkan hampir 38 buah buku dan kebanyakannya buku yang dibeli adalah genre yang aku nyatakan tadi termasuklah beberapa buah fiksyen terbitan Biblio Press, Fixi & Patriots Publishing.

Nie antara sebahagian buku yang aku beli sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 berlangsung...

Paling best semestinya dapat bertemu dengan para penulis buku yang bagi aku ianya adalah satu peluang yang perlu aku sebagai pembaca buku meraikannya dan mendekati para penulis terutamanya apabila sesetengah daripada mereka mempunyai ruang masa untuk membuat perkongsian serba sedikit mengenai buku-buku tulisan mereka.

Aku juga berkesempatan untuk mendapatkan tandatangan YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi buku 'Cerita Kak Wan' iaitu satu buku biografi mengenai beliau dan YB DS Anwar Ibrahim untuk buku biografi beliau yang bertajuk 'Anwar Ibrahim : Dari Cherok To'Kun ke Kuala Kangsar'.

Aku bersama YB DS Dr Wan Azizah Wan Ismail utk buku 'Cerita Kak Wan' di reruai Akademi Jawi Malaysia...

Aku bersama YB DS Anwar Ibrahim utk buku 'Anwar Ibrahim: Dari Cherok To'Kun ke Kuala Kangsar'...

Selain itu, aku juga berkesempatan untuk mendapatkan tandatangan dari TS Nazir Razak bagi buku 'Di Sebalik Nama', YB TS Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Biografi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideologi & Pemimpin), YB DS Dr Mujahid Yusof Rawa, YB Dr Maszlee Malek, YB Syed Saddiq, YB Amin Ahmad, Ariff Adly, Ayman Rashdan Wong, Ninot Aziz, Awan Wafdan, Aliff Mustafa, Dali Fazuri, Ariff Azami Hussein, Wan Khuzairi, Pak Latif Talib, Helmi Affendy, Dato Mohd Rani Abdul Rashid dan lain-lain lagi. 

Aku bersama YB TS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang & Ustazah Asma Harun utk buku Tuan Guru di reruai Pustaka Permata Ummah...

Aku bersama TS Nazir Razak utk sesi Meet & Greet Buku Di Sebalik Nama di reruai Karangkraf...

Aku bersama YB Dr Maszlee Malik di reruai Kedai Maszlee Malik... Sempat aku dapatkan sign Dr utk buku Be Eshme Elohim, Generasi Yang Hilang & Memori Bukan Memoir... 

Aku bersama YB Amin Ahmad iaitu penulis buku 'Anwar Ibrahim: Dari Cherok To'Kun ke Kuala Kangsar'...

Aku bersama YB Syed Saddiq sempena pelancaran buku 'Muda Sudah Mula'. Aku turut berkesempatan utk membeli buku tersebut dan mendapatkan tandatangan dari beberapa penulis buku ni termasuk YB Syed Saddiq...

Aku bersama Dato' Mohd Rani Abdul Rashid, penulis buku Pertempuran Di Hutan. Sempat berborak panjang dengan Dato' bilamana Dato' berkongsi beberapa perkara yang diluar dari buku tersebut...

Aku bersama Saudara Ayman Rashdan Wong, penulis buku genre politik...

Aku bersama YB DS Dr Mujahid Yusof Rawa, penulis buku 'Membumikan Rahmatan Lil Alamin : 22 Bulan Pentadbiran Islam di Putrajaya'...

Aku bersama Saudara Aiman Hakim, penulis buku 'Titanic di Hujung Jari'...

Aku bersama Pak Latif Talib, penulis novel Sejarah. Aku sempat beli buku Mahatma Gandhi di reruai Pak Latif...

Aku bersama Ustaz Adnin Roslan...

Aku bersama Saudara Arif Jawa, penulis buku 'Muhammad : Dakwah dan Diplomasi'...

Aku bersama Saudara Waqqas Zulfiquer, penulis buku 'Kitab Tamadun Jepun'...

Aku bersama Saudara Ariff Azami Hussein, penulis buku 'Peguam Kriminal' dan buku 'Peguam Kriminal Extended'...

Aku bersama Saudara Rahman Imuda, penulis buku 'Politik Sarkis'...

Aku bersama Saudara Ariff Adly, penulis novel fiksyen 'Unbox'...

Aku bersama Saudara Aliff Mustafa, penulis novel fiksyen 'Puteri Bunian Bulan'...

Aku bersama Puan Ninot Aziz, penulis buku 'Lipur Lara Nusantara'...

Aku bersama Saudara Awan Wafdan, penulis buku 'Hikayat Adiwangsa Lasykar'...

Aku bersama Saudara Dali Fazuri, Penterjemah Buku '20,000 Leagues Under The Sea' - 20,000 Farsakh Di Bawah Samudera...

Aku bersama Saudara Haffez Amin, penulis novel Prebet Sapu, Saudara Muzzamer Rahman (Pengarah Filem Prebet Sapu) dan Saudari Lim Mei Fen (Pelakon Utama Filem Prebet Sapu)...

Apa yang best kali ni, aku berpeluang memenangi Baucer RM50 di reruai Dewan Bahasa dan Pustaka disebabkan aku berjaya menjawab soalan kuiz spontan yang diadakan di reruai tersebut dan satu set cenderahati dari Perpustakaan Negeri Selangor disebabkan aku menang kuiz online yang diadakan setiap hari sepanjang berlangsungnya pesta buku tersebut. Terima kasih DBP dan Perpustakaan Negeri Selangor!

Baucer RM50 yang aku dapat dari reruai Dewan Bahasa dan Pustaka...

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur
11 Julai 2022

0 comments: