Tuesday, December 17, 2019

Caltex & Batman 80th Anniversary : Batmobile Collection...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Superhero antara watak penting dalam sesebuah filem yang kian menjadi kegilaan orang ramai sejak akhir-akhir ini. Hampir kesemua filem bertemakan superhero ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri.

Sebut sahaja Batman, Superman, Ironman, Captain America dan sebagainya lagi. Tak akan ada orang yang tak kenal mereka-mereka ini. Banyak syarikat-syarikat besar membuat kerjasama dengan produksi atau brand superhero ini termasuklah DC Comics dan Marvel.

Terbaru adalah Caltex Malaysia dan Caltex Singapore yang membuat kalaborasi dengan DC untuk membuat sambutan bersempena Ulang Tahun Ke-80 Batman dan Caltex menggembirakan para peminat Batman dengan kehadiran koleksi Batmobile sebanyak 4 jenis yang akan menjadi 'rare' Suatu hari nanti.

BATMAN 80TH ANNIVERSARY : BATMOBILE COLLECTION


Aku antara dari jutaan peminat dan pengikut superhero Batman dan begitu teruja apabila Caltex membuat pengumuman untuk memberi peluang kepada para peminat Batman untuk mengumpul koleksi Batmobile untuk sambutan Batman yang ke-80 ini.



Sebelum ini, logo Batman muncul di langur Kuala Lumpur sempena Ulang Tahun ke-80 Batman ini dan terkini adalah kehadiran 4 jenis koleksi Batmobile untuk dijadikan sebagai 'hadiah' untuk para peminat Batman. Aku antara yang sentiasa mengikutinya.

Batmobile 2015 (Batman VS Superman : Dawn of Justice) 



Batmobile 2015 ini antara yang menjadi perhatian aku dan yang paling aku suka. Batmobile ini diambil dari filem Batman VS Superman : Dawn Of Justice. Dan tahun 2015 menjadi saksi, aku turun berlari di Padang Merbok bersempena Malaysia Batman VS Superman Run 2015.

Batmobile 2015 ini antara yang begitu unik sebenarnya direka dengan perwatakan Batman yang begitu sesuai di dalam filemnya. Rekaan yang begitu kemas dengan warnanya yang kelabu, sedikit sebanyak memberikan kepuasan untuk aku sebagai collector.

Saiz untuk Batmobile 2015 ini kedua yang terbesar dari keempat-empat koleksi Batmobile ini.

Batmobile 2005 (The Dark Knight) 


Batmobile 2005 ini diambil dari filem The Dark Knight. Rekaan untuk Batmobile 2005 ini agak besar saiznya berbanding ketiga-tiga koleksi Batmobile yang lain.

Batmobile 2005 ini boleh dikatakan mampu memberikan kepuasan kepada para peminat Batman kerana ianya cukup details dan antara yang cepat habis ketika beli di Stesen Minyak Caltex.

Batmobile 1989 


Batmobile 1989 ini juga antara koleksi yang agak menarik kerana rekaannya yang berwarna hitam cukup 'padu' untuk menyerlahkan kemegahannya.

Saiz rekaannya yang agak kecil sedikit sebanyak menjadikannya agak kurang menyerlah tetapi keunikan dan details yang dipertunjukkan tetap mampu memberikan kepuasan kepada collector seperti saya.

Batmobile 1966 (Batmobile Designed by George Barris)


Batmobile 1966 antara rekaan yang old-style dan ianya menjadikan daya penarik Utama untuk para collectors menunggu sehingga ke tarikh 16 Disember 2019 semata-mata untuk mendapatkannya.

Rekaannya yang tidak tertumpu kepada warna hitam semata-mata sedikit sebanyak memberikan Suatu kelainan berbanding ketiga-tiga Batmobile yang sebelum ini.

Keempat-empat koleksi Batmobile ini dijual di Stesen Minyak Caltex mengikut tarikh-tarikh tertentu dan dijual secara berasingan dengan harga RM16.90 setiap satu dan Box dengan harga RM39.90.

Tetapi apakan daya dengan kehadiran scalper yang tumbuh bak cendawan di Malaysia ini sedikit sebanyak mengganggu-gugat para collectors ini, apabila mereka ini lebih berminat membeli dan menjual semula dengan harga yang agak tinggi dan berlipat-lipat kali ganda. Dan mujurlah aku sempat membeli di Caltex sendiri dengan harga pasaran saja.

Apa-apa pun, aku berpuas hati apabila berpeluang untuk memiliki Keempat-empat koleksi Batmobile ini dan menjadi koleksi terbaru untuk koleksi barang-barang superhero.

Dan aku masih mencari Hot Toys Batman dengan harga yang murah kerana Batman antara superhero yang cukup-cukup aku minati. Tuala kegemaran aku adalah Tuala Batman yang aku beli di Gold Coast di Warner Bros Movie World dengan harga hampir mencecah RM200. Hahaha :)

P/s : Thanks to my brother sebab sudi bersusah payah mencari dan mendapatkan kesemua koleksi Batmobile nie Sekali dengan box hampir di seluruh Alor Setar, Sungai Petani, Pendang dan lain-lain! Yeahhh :)

Sekian, wallahua'lam... 

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Alor Setar, Kedah
17.12.2019

0 comments: