Saturday, December 14, 2019

Filem Dua Garis Biru : Suatu Dilema Sang Remaja...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sayangi Malaysiaku...

Baru-baru nie, aku ada berkongsi kepada korang semua mengenai sebuah filem dari Indonesia iaitu 'The Sacred Riana : Beginning' dan filem tersebut telah menjengah ke Pawagam bermula 12 Disember 2019 yang lalu.

Sebelum tue, tahniah aku ucapkan kepada Filem Animasi Ejen Ali kerana telah berjaya mengutip ke angka RM20 juta untuk Tayangan selama 2 minggu dan ini satu pencapaian yang agak baik kepada industri filem animasi Malaysia kerana rata-ratanya mendominasi kutipan pecah Panggung yang di luar jangkaan Kita.

Minggu lepas, aku berpeluang bertemu dengan Superstar, Donnie Yen dan Danny Chan sempena 'Meet and Greet IP MAN 4 : The Finale' yang diadakan di Suria KLCC. Video tersebut aku telah upload di Instagram aku, @catatanajim dan korang bolehlah tengok di sana... :)

DUA GARIS BIRU : Suatu Dilema Sang Remaja...

Aku sebenarnya dah lama berhasrat nak berkongsi mengenai filem ini terutamanya setelah berkali-kali aku menonton trailernya di YouTube sehinggalah aku berpeluang untuk menghadiri Malam Tayangan Perdana Filem Dua Garis Biru di TGV 1 UTAMA bersama dengan para pelakonnya.

Aku hadir ke Malam Gala Tayangan Dua Garis Biru di Kuala Lumpur... 

Aku bersama Angga Aldi Yunanda dan Adhisty Zara... :) 

Filem Dua Garis Biru ini telah ditayangkan di Pawagam seluruh Malaysia pada 3 Oktober 2019 yang lalu dan filem ini diterajui oleh dua orang muda terkena di Indonesia iaitu Angga Aldi Yunanda dan Adhisty Zara.

Untuk pengetahuan semua, filem arahan Gina S.Noer ini telah berjaya mendominasi pelbagai acara dalam pelbagai kategori di Festival-Festival filem di Indonesia dan telah merangkul pelbagai anugerah seperti Filem Terpuji Festival Filem Bandung 2019 dan Best Film JAFF-Indonesian Screen Award 2019.




Filem Dua Garis Biru ini adalah antara filem terbaik dari Indonesia yang aku suka terutamanya Jalan ceritanya yang agak 'berat' diangkat ke layar Perak dan 'mungkin' menjadi kontroversi sekiranya filem ini dihasilkan oleh produksi Malaysia apabila mengangkat tema keterlanjuran remaja dalam bercinta sehingga menyebabkan si Dara hamil.

Aku cukup tertarik dengan tema ini terutamanya apabila dikupaskan secara bersahaja di antara penerimaan dan penolakan dari kedua-dua Ibu bapa bagi kedua-dua remaja terbabit. Ada yang berpaksikan kepada agama dan ada yang berpaksikan kepada Harta.

Dilema ini menjadikan remaja terbabit membuat keputusan yang drastik terutamanya apabila kehamilan itu menyebabkan cita-cita mereka untuk berjaya di dalam pelajaran ini hancur.

Ianya menjadi lebih menarik apabila isu nikah secara paksa semata-mata untuk menutup isu kehamilan ini di persembahkan secara 'mengkritik' dan 'survival' sang lelaki untuk memberi nafkah kepada si Isteri muda juga dipertonjolkan secara sisi lain yang membuatkan penonton untuk berfikir sejenak akibat keterlanjuran cinta semasa di usia remaja.

Jalan ceritanya ini mampu memberikan iktibar dan pengajaran untuk Kita sentiasa berfikir untuk masa depan Kita. Filem ini juga memberi sudut pandang berbeza untuk Kita sama-sama berfikir mana yang baik dan mana yang huruk.

Secara keseluruhan, aku bagi 8/10 bintang untuk filem ini dan aku mengesyorkan korang semua untuk menonton filem ini. Rugi sekiranya korang tak tonton filem nie.

Jap sebelum tue, korang tahu tak apa maksud Dua Garis Biru? Haha...kalau nak tahu, korang kena tonton sendiri filem nie sebab filem nie 'direct' saja, takde selekoh2 semua tue... Haha 🙈🙉🙊

P/s : Aku tak sabar untuk menonton filem Gundala pulak hujung minggu depan. Yeahhh!

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Alor Setar
14.12.2019

0 comments: