Thursday, October 12, 2017

Festival Filem Malaysia 29 : Transformasi Citra Karya...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Sehati Sejiwa...

FESTIVAL FILEM MALAYSIA 29 : TRANSFORMASI CITRA KARYA

Sekalung 'Tahniah' diucapkan buat filem ADIWIRAKU yang diangkat sebagai Filem Terbaik Malaysia bagi FFM29 kali ini yang mengenepikan beberapa filem yang cukup hebat seperti Interchange, Hanyut, Redha dan lain-lain lagi. Wajar bagi aku menyokong penuh keputusan para juri dalam memilih ADIWIRAKU yang memperlihatkan sebuah adaptasi dari kehidupan yang sebenar yang terjadi di SK Pinang Tunggal di Kedah.

Maka, dikira wajar filem ini turut memenangi dua lagi kategori lain seperti Pelakon Wanita Terbaik (Sangeetha Krishnasamy) dan Cerita Asal Terbaik (Jason Chong). Saingan sengit turut diperlihatkan apabila beberapa nama pengarah hebat yang turut bersaing dalam kategori Pengarah Terbaik dan terpaksa akur dengan kehebatan Dain Said menerusi filem Interchange.

Aku berkesempatan dan berpeluang menyaksikan secara langsung Festival Filem Malaysia 29 ini di Dewan Merdeka, PWTC apabila menerima jemputan khas dari pihak FINAS dan ianya cukup-cukup dihargai. Ini merupakan kali kedua aku menyaksikan secara langsung Festival Filem Malaysia. Dan aku sememangnya pencinta filem tempatan.

Aku lebih tertarik kepada pengacara tahun lepas iaitu Nabil Ahmad dan Sherry Al-Hadad berbanding Zizan Razak. Dan alangkah lebih baik sekiranya diacara oleh penghibur yang bukannya dari kalangan bidang lawak jenaka kerana festival seperti ini perlukan satu mood yang segar dan bukannya lawak yang lebih kepada mirip anugerah 'suka-suka'.

Terdapat juga beberapa nama hebat seperti Sofia Jane (Hanyut) yang tidak tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik mahupun Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Kemenangan Diana Danielle bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik juga boleh dikira 'OK' walaupun calon kegemaran aku adalah tertumpu kepada Sharifah Sakinah (Pekak).

Apa-apa pun, TAHNIAH buat semua yang telah menang di FFM 29. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku ambil di sepanjang FFM 29. Yeahhh :)








*P/s : Harap pihak FINAS jemput lagi aku tahun depan ke FFM30 pulak k... ;)

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: