Tuesday, April 19, 2016

Sukarelawan Zoo Negara / Zoo Negara Volunteer...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Wahhhh...bertemu kembali kita ya setelah berminggu tak bersua kat blog ni. Al-maklumlah, kerja di ofis makin bertambah dari hari ke hari, komitmen itu komitmen ini tapi apa-apa pun sedikit pun tidak mematah semangat aku untuk terus menulis dan terus berkongsi cerita.

Sebelum tue, aku nak ucapkan sekalung ‘TAHNIAH’ buat sahabat2 aku yang bakal dan telah mengakhiri zaman bujang mereka, Saudara Izzul Iz’an Ismail & pasangannya, Saudara Chef Fikree & Syarifah Zuriehan, Saudara Yasier Sufie Sabri & pasangannya, Puan Neyda & pasangannya, Puan Farahana Malek & pasanannya, Saudara Sobi & pasangannya, dan semuanya la yang tak sempat aku nak senaraikan semuanya kat sini. Apa-apa pun, aku doakan agar korang semua diberikan kebahagiaan, dimurahkan rezeki dan terus mendapat rahmat dari-Nya. Insyaallah, Amin...

SUKARELAWAN ZOO

Hari ini, aku nak bercakap tentang ‘Sukarelawan Zoo’ iaitu salah satu program / aktiviti yang aku sertai pada hujung minggu baru-baru ini (17 April 2016 – Hari Ahad) bertempat di Zoo Negara Malaysia. Ini merupakan khidmat sukarelawan kali kedua aku terhadap Zoo Negara Malaysia. Sebelum ni, aku bersama-sama dengan ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM Sesi 2012/2013 tapi kali ini aku bersama-sama dengan rakan-rakan yang baru aku kenali menerusi group whatsapp.

Aku di Zoo Negara Malaysia... 
Aktiviti sukarelawan di zoo ini merupakan salah satu aktiviti yang cukup menarik dan memberikan pengalaman baru kepada sesiapa sahaja untuk merasainya. Untuk aktiviti kali ini melibatkan hampir 40 orang melibatkan kakitangan awam, swasta dan mahasiswa yang masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain. Tapi yang bestnya, walaupun tak kenal antara satu, tapi semuanya spoting dan ada matlamat iaitu menjadi sukarelawan zoo atau #ValunteerZoo .

Nie la team aku : Edris, Nizam, Afiq, Syahmi, Aku dan Bro Man... 

4 Anak Muda dari Savannah Team... 

Waktu sesi taklimat awal... 

Bergambar kenangan...

 Kami dipecahkan dalam beberapa kumpulan kecil. Kalau sebelum ni, aku ditempatkan di ‘Children World’ tapi untuk kali ini, aku ditempatkan di Savannah Walks atau lebih dikenali sebagai haiwan-hawain yang berasal dari Afrika seperti sapi / banteng, zirafah, kuda belang, badak sumbu dan lain-lain lagi. Aktiviti kali ini adalah membersihkan kawasan / kandang haiwan-haiwan ni dan memberikan makanan pada mereka. Aktiviti ini bermula jam 8.30 sehingga 12.30 tengahari tetapi diselitkan dengan minum pagi.

Sesi bagi makan pada Zirafah... 

Sesi bagi makan pada Zirafah...

Waktu habis sesi minum pagi...

Aku beranggapan bahawa tak salah untuk aku sebagai anak muda Malaysia melakukan aktiviti kesukarelawan ini bagi mengisi masa lapang aku kerana ramai juga anak muda yang tidak menggemari aktiviti-aktiviti kesukarelawanan seperti ini. Tapi aku masih berbangga kerana masih ada anak muda yang turut serta menjadi aktiviti ini sebagai salah satu aktiviti mengisi lapang mereka.

PUSAT PEMULIHARAAN PANDA GERGASI / GIANT PANDA CONSERVATION CENTRE

Alang-alang dah ada di Zoo Negara, aku turut berkesempatan untuk melawat ke Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi ini dan turut dapat melihat secara dekat 2 ekor panda gergasi yang begitu masyhur di Malaysia iaitu Xing Xing dan Liang-Liang serta anak mereka yang cukup comey. Ini adalah kali kedua aku melihat panda secara dekat. Sebelum ni aku lihat di Hong Kong semasa pergi ke Ocean Park.

Anak panda... 

Aku bersama Xing Xing...

 JALAN-JALAN DI ZOO NEGARA

Sesi petang adalah ‘Free & Easy’. Dan aku mengambil kesempatan yang ada untuk pusing-pusing ke semua seksyen di dalam Zoo Negara dan apa yang menariknya aku dan group aku pusing hampir berkali-kali terutamanya ke Pusat Pemuliharaan Panda Gergasi. Bak kata orang, alang-alang dah sampai kat Zoo Negara tue, kita pusing la sepuas-puasnya sebab lepas ni tak tau lagi bila la pulak dapat ke sana lagi ya? Hahaha...

Sekadar maklumat tambahan, di Zoo Negara ini dipecahkan kepada beberapa seksyen iaitu Children World, Aquarium, Hornbill Centre, Butterfly Garden, Bird Aviary, Amphibia World, Reptiles House, Lions & Tigers, Savannah Walks, Mammals Kingdom, Bee Museum, Bear Complex, Ape Centre dan Giant Panda Conservation Centre. Boleh lihat macam-macam haiwan kat sini. Contohnya, dapat lihat spesies tikus terbesar di dunia dan lain-lain lagi.

Di Bird Aviary...

Harimau Belang...

Badak Air...

Tapir...

Nie la tikus terbesar di dunia...

 Apa-apa pun, aku enjoy dengan aktiviti hujung minggu baru ni dan seronok dapat kawan-kawan baru yang mempunyai minat dan hobi yang sama. Insyaallah, semoga ukhuwah kita terus terjalin hingga ke akhirnya. Amin...

Sekian, wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com 


2 comments:

tintaceritaraku said...

Nasib baik gambo aku ada. Hehe. Tapi lagi best buat coretan sikit pasal volunteer dan zoo negara. #teamsavannah

tintaceritaraku said...

Nasib baik gambo aku ada. Hehe. Tapi lagi best buat coretan sikit pasal volunteer dan zoo negara. #teamsavannah