Friday, July 29, 2011

Pasca Selepas Sesi Temuduga...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH… ALHAMDULILLAH…ALHAMDULILLAH… Itulah saja yang mampu saya ungkapkan tatkala satu persatu tawaran untuk menulis saya terima. Tiada apa yang dapat saya banggakan semuanya adalah dari Allah Taala. Dengan kelebihan dan keistimewaan yang diberikan-Nya kepada saya merupakan satu perkara yang cukup berharga.

ALHAMDULILLAH, saya baru sahaja selesai ditemuduga di Wisma Metrowealth sebagai Penulis Skrip Filem/Drama. TERIMA KASIH saya ucapkan kepada Irfan Shah (orang yang bertanggungjawab menemani saya semasa sesi temuduga) dan Amirul Afif (orang yang bertanggungjawab meminjamkan saya motosikal). Terima Kasih !



Pengalaman ditemuduga sebagai penulis skrip ini cukup mendebarkan kerana saya sendiri tiada pengalaman dalam bidang yang saya sendiri pun tak pernah terlintas di fikiran. Tawaran atau peluang yang diberikan oleh Pihak Metrowealth tidak saya sia-siakan, tawaran sebegini saya anggap ianya satu peluang yang perlu untuk saya tampilkan dengan sebuah karya yang berkisarkan tentang ‘kasih sayang’.

Dan apa yang saya pelajari semasa sesi temuduga dalam bidang penulisan skrip ini cukup memberi input-input kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya dalam bidang penulisan. Saya juga disuruh menceritakan sinopsis sebuah cerita seram serta-merta di situ dan Alhamdulillah, idea seram itu berjalan lancar.

Seterusnya saya mendapat lagi satu tawaran dari editor Syarikat Majalah Ana Muslim untuk menyiarkan puisi-puisi saya dalam salah satu ruang di majalah tersebut. Itu pun hasil editor tersebut melawat blog saya yang semakin bertambah pelawatnya. Alhamdulillah… Saya anggap ini semua merupakan rezeki yang diberikan Allah Taala kepada saya.

Kedua-dua tawaran tersebut perlu untuk saya berfikir panjang sama ada untuk berkecimpung secara serius atau tidak dalam bidang penulisan ini. Kerana saya masih kebuntuan untuk meneruskan niat saya ini disebabkan saya sendiri akan menyambung pelajaran saya ke peringkat Ijazah Pertama di UTM JB dalam bidang Pentadbiran dan Pembangunan Tanah.

Saya harap, sahabat-sahabat semua dapat sokong saya dari belakang dalam setiap apa keputusan yang saya buat. Insyaallah… Dengan sokongan itu dapat memberikan saya satu inspirasi untuk terus mencapai kejayaan dan cita-cita saya. Insyaallah… Saya pun doakan yang terbaik untuk semua sahabat-sahabat saya.

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

7 comments:

GedadoDicaprio said...

Kalau tengok crite Metrowealth, tggu samapi part kredit. tengok2 ada nama wan hazem kan? wahahaha, kawan mana tak bangga kalau nama kawan dia naik kt filem?

WMHMY said...

Gedado, hahahaha.... Yang penting doakan la ianya dapat direalisasikan... Insyaallah... Doakan selalu kejayaan untuk aku k... =)

nogori mari. said...

klobyk yg membaca dpt side income ke jim..bru blaja nak bce2 blog ni..

WMHMY said...

nogori mari : ntah la... =)

panda putih said...

good luckc ajim ;)

zakiah said...

tahniah hazem....
selamat berjaya...
moga sentiasa dapat hasilkan skrip dan puisi hebat yang mampu membuka minda positif dan melentur hati ke arah lebih mengingati ALLAH

WMHMY said...

Panda Putih : Thanks a lot...

Kak Zakiah : Thanks atas nasihat yang diberikan... Insyaallah... =)