Tuesday, July 5, 2011

321 Cinta... Sungguh Romantik...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam saya berpeluang untuk menonton filem “321 Cinta” arahan Saudara Azhari Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Zack. Filem lakonan Diana Amir, Pierre Andre, Farid Kamil dan ramai lagi ini merupakan satu filem komedi romantik yang memang menggelikan hati.



Filem ini dapat saya rasakan sedikit kelainan berbanding filem-filem romantik yang lain. ‘Kejujuran’ dan ‘Keberanian’ ditonjolkan oleh watak utamanya iaitu Sam yang begitu jujur dalam menyatakan pendiriannya dan tidak kenal erti kekalahan.

Filem ini mengangkat tema ‘Apabila Perempuan 37 : 1 Lelaki’ yang menggambarkan watak utamanya dengan karakter ‘tomboy’ yang cukup menjadi dan kelakar. Tema ‘Kasih Sayang’ juga ditonjolkan apabila peranan bapa tiri Sam dimainkan dan ianya cukup menyentuh hati.

Jika ditanya berapa bintang yang ingin saya berikan pada filem “321 Cinta” ini, saya akan beri 3 bintang dari 5 bintang. Apa-apa pun, saya ingin mengajak kawan-kawan semua untuk menonton kelainan filem “321 Cinta” ini. Syabas kepada semua pelakon yang menjayakan filem ini.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

3 comments:

nadia fatihah said...

waa,,macam menarik. lawak x?

MAA Marketing said...

Liku-Liku Kehidupan i follow u..cinta dtg dari hati ok!..haha

from asyraf nesta.bloger crew malaysia

WMHMY said...

nadia : sgt menarik... =)
Asyraf : thanks a lot... =)