Tuesday, May 25, 2010

Yusuf Al-Qardhawi... Tokoh Ulama'....

Assalamualaikum....
Salam Perpaduan....
Salam 1 Malaysia....

YUSUF AL-QARDHAWI... Siapakah beliau..???
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai seorang TOKOH ULAMA' yang dikagumi oleh manusia seluruh dunia iaitu YUSUF AL-QARDHAWI...


Beliau dilahirkan pada 9 September 1926 di desa Shafth Turaab, Mesir. Ayahnya meninggal dunia semasa beliau berusia dua tahun dan bapa saudaranya menjadi penjaganya selepas peninggalan ayahnya.

Sebelum berusia 10 tahun, Yusuf berjaya menghafaz Quran. Beliau memperoleh pendidikan awal di Maahad Thanta dan Maahad Tsanawi. Beliau adalah lulusan Universiti al-Azhar dalam bidang Usuluddin. Selepas menamatkan ijazah sarjana muda beliau pada tahun 1952, beliau melanjutkan pengajian di universiti yang sama. Namun, beliau terpaksa meninggalkan Qatar pada tahun 1961 akibat tekanan pemerintah pada masa itu. Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah pada tahun 1973.

Yusuf adalah khatib dan pendidik. Beliau diberi kepercayaan bekerja di Kementerian Hal Ehwal Agama Mesir. Beliau diberi kepercayaan memegang jawatan Dekan di Fakulti Syariah, Universiti Qatar yang beliau sendiri bangunkan. Beliau juga adalah Pengarah, Pusat Kajian Sunnah dan Sejarah di Universiti Qatar.


Yusuf juga banyak menulis. Penulisan serta kajian beliau banyak diterbitkan di dalam jurnal dan majalah. Beliau juga menulis lebih 40 buah buku dalam pelbagai bidang terutamanya dalam permasalahan fiqh. Antara buku beliau adalah Fatwa-fatwa Kontemporari, Fiqh Keutamaan, Fiqh Zakat dan Halal Haram dalam Islam. Kebanyakan karya beliau diterjemahkan ke pelbagai bahasa.
Beliau dianggap oleh banyak pihak sebagai antara pemikir Islam kontemporari dan menjadi rujukan dalam mendapatkan fatwa masalah-masalah semasa. Beliau juga percaya kepada perbezaan pendapat dan menolak sikap taksub kepada sesuatu pendapat. Pegangan beliau ini jelas dinyatakan dalam buku Kebangkitan Islam : Antara Perbezaan yang Terpuji dan yang Tercela dan Elemen-elemen Fleksibiliti dalam Syariah Islam.

Beliau seorang yang terbuka, terutamanya dalam pendidikan. Ini terbukti apabila enam daripada tujuh anaknya memilih bidang bukan agama, iaitu Sains dan Teknologi. Mereka melanjutkan pengajian masing-masing di Amerika dan Eropah hingga ke peringkat doktor falsafah. Yusuf berpendapat, kemajuan umat Islam dapat dicapai apabila umatnya maju dalam pelbagai bidang ilmu.
Beliau sering hadir dalam seminar-seminar antarabangsa dalam menjelaskan pegangan Islam yang sebenar. Beliau tegas dalam mempertahankan kebenaran dan prinsip Islam. Beliau juga berani mengkritik pemerintah apabila melihat ketidakadilan berlaku. Pendirian beliau disampaikan dalam khutbah-khutbahnya hingga beliau diharamkan berkhutbah di daerah Zamalik.
(Sumber : 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia)
P/s : Diharapkan agar biografi di atas dapat memberi satu suntikan baru terhadap para generasi sekarang yang akan memimpin negara ini pada masa akan datang. Insyaallah...
Sampai Jumpa,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

1 comments:

Anonymous said...

like. like. like.

Subhanallah. :D

kalau ade 10000 org seperti Yusuf al-Qaradhawi, insyaAllah, umat Islam bakal capai zaman kegemilangan kita. InsyaAllah.

^___^