Friday, May 7, 2010

Kedah Sejahtera...Negeri Kelahiranku...

Assalamualaikum dan Salam Kedah Sejahtera...

Malam ini, saya ingin berkongsi sedikit latar belakang negeri Kelahiran saya iaitu KEDAH DARUL AMAN. Diharapkan dengan perkongsian ini dapat menarik ramai kekawan datang ke Negeri Kedah ini...INSYAALLAH...hehehe




Sejarah Negeri

Ramai sejarawan yang menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke - 4 lagi. Daripada penemuan-penemuan arkeologi, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman 'Pleistocene' lagi. Di antara alat-alat yang dijumpai termasuklah bahan bercucuk tanam. Daripada kajian yang dibuat didapati bahawa penduduk- penduduk di kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang- orang Melayu -Proto (Proto-Malaya). Mereka hidup dengan menjalankan kerja- kerja bertani di kawasan pendalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk-penduduk awal itu mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang di buat daripada logam.

Asal-usul Nama Kedah

Bagi Sejarah Kedah, terdapat dua lagi bahan rujukan yang terkenal iaitu Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis selepas tahun 1643 dan al tarikh salasilah Negeri Kedah dalam tahun 1927. Maklumat mengenai sejarah awal Kedah boleh diperolehi daripada unsur-unsur Arab, Parsi, Sanskrit dan Cina.


Asal Nama Kedah - Arab dan Parsi

Unsur-unsur Arab dan Parsi banyak memperkatakan mengenai Kedah yang disebut sebagai " Kilah" (Ibnu Khurdadhbih 846) atau "Kalah" (Ibnu Muhalhal, 941) atau "Qalha", "Qalha" ini dikatakan mempunyai empat buah daerah iaitu Kuala Qilah (Kuala Sungai Merbok sekarang) Kuala Bahang (Kuala Kedah) , Kuala Merpah di Pulau Panjang dekat Setoi (disempadan Penis/Siam) dan Kuala Bara (sebuah Kuala Sungai di kawasan Setoi).

Asal Nama Kedah - Penulisan Sanskrit

Terdapat juga rujukan mengenai Kedah dalam tulisan-tulisan Sankrit yang menyebut Kedah sebagai "Kataha" atau "Kadara" dan tulisan-tulisan Tamil yang menyebur Kedah sebagai "Kadaram" atau "Kalagam". "Kadaram" bermakna kuali besar dan "Kalagam" pula bermakna warna hitam. Mengikut Wilkinson nama Kedah berasal daripada perkaraan "Kheddah" yang bermaksud perangkap gajah. Ada pula pendapat yang menyatakan bahawa nama Kedah berasal daripada perkaraan Arab. "Kedah" yang bermakna gelas berkaki. Pada zaman terdapat ramai pedagang Arab yang menjual gelas berkaki disana sini. Mereka sering meneriak perkataan "Kedah" untuk menarik perhatian para pedagang kepada barang dagangan mereka. Daripada hasil penulisan sejarah pedagang¬ pedagang China dan kronikel pelayaran mereka terdapat rujukan Kedah dalam pelbagai sebutan. Begitu juga dengan unsur-unsur Siam dan Jawa yang juga menyebut Kedah dengan gaya yang tersendiri.

Asal Nama Kedah - Unsur China

Dari unsur-unsur China, yakni semasa Dinasti Liang (502 - 665) Kedah disebut sebagai "Langgasu" atau " Langa" (atau Langkasuka). Dilaporkan bahawa penduduk-penduduknya mula menduduki kawasan itu dalam kurun pertama sebelum Masihi. Sehingga ke hari ini masih menjadi tanda Tanya di mana sebenarnya kedudukan kerajaan Langkasuka itu. Penulis dan sejarawan Winstedt menganggap Langkasuka, yang disebut juga dalam Hikayat Marong Mahawangsa sebagai nama Kedah dalam bentuk penulisan sastera. Pakar sejarah seperti Quaritch Wales, ahli arkeologi British; G, Coedes, ahli arkeologi Perancis dan Dr. Linehan, sejarawan dan bekas Pengarah Muzium di Tanah Melayu (1948 -1951), menempatkan Langkasuka di kawasan Sungai Bujang. Daripada kronikel China zaman Dinasti Tang (618 - 916) Kedah disebut sebagai "Kora" atau "Kola". Raja Kora dikatakan mempunyai nama keluarga "Sri Pura" dan namanya sendiri ialah Misi Pura. Pengembara Cina, Chao Ju Kua (yang menulis dalam tahun 1250) menyebut Langkasuka sebagai kawasan yang ditakluk oleh Palembang. Dari penulisan I-Ching (kurun ke-17) Kedah kerapkali pula disebut sebagai "Chiah-Chin" atau "Kie Ta'a"ataupun "Kieteha".

Asal Nama Kedah - Penemuan Kajian

Penulis The Study Of Ancient Timesin The Malay Peninsula and Straids Malacca. Roland Braddell menyatakan Kedah pernah disebut sebagai "Gedda". Nama itu dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Khadar" yang bermaksud tanah yang sesuai untuk tanaman padi. " Kidara" dalam bahasa Sanskrit juga mempunyai makna yang sama. Lagi satu nama untuk Kedah ialah "Kala" dalam bahasa Parsi yang bermakna Kota. Diriwayatkan bahawa Raja Kedah yang kedua telah membina sebuah Kota di sebuah tempat yang bemama Serokam. "Serokam" dikaitkan dengan perkataan Hindustan "Sara" yang bermaksud bangunan dan "Kami" yang bermaksud urusan.

Quaritch Wales yang banyak menjalankan kajian arkeologi di Kedah telah menjumpai tapak kota di Serokam. Unsur-unsur India merekodkan perihal "Kataha" nama Kedah tua yang telah ditawan oleh Raja-Raja Chola dari India dalam kurun ke-11. Kataha diperintah oleh seorang yang bernama Sri Visaya. Seterusnya, Kedah dikatakan pernah terletak di bawah kuasa Palembang diikuti dengan kuasa raja-raja Chola dan kemudian kuasa Majapahit. Syair Nagara Kretagama (1365) menyebut nama "Kedah" dan "Langkasuka" sebagai kawasan-kawasan yang dikuasai oleh Majapahit. Sehingga akhir kurun ke~14, Kedah masyhur sebagai pusat perdagangan bijih timah tetapi selepas kejatuhan Palembang dan kemerosotan kuasa Majapahit, Kedah jatuh ke bawah kuasa Siam.

Barbosa, penulis portugis yang menulis dalam tahun 1516, menyatakan bahawa Kedah adalah pusat dagangan pelbagai jenis barangan. Kapal-kapal Arab datang dari merata tempat untuk berdagang. Di Kedah terdapat banyak lada hitam yang dibawa keluar ke China melalui Melaka. Godinho De'Eredia, ahli kartografi Portugis yang menulis diantara tahun-tahun 1597 - 1600 memberi gambaran mengenai pelabuhan di Kedah yang katanya dipenuhi dengan bangunan yang dibuat daripada nibong.

Unsur tempatan yang terkenal mengenai sejarah Kedah ialah Hikayat Marong Mahawangsa yang mengisahkan sejarah awal Kedah. Ramai sejarawan menggunakan Hikayat ini sebagai rujukan, walaupun unsur itu diakui banyak bercampur-baur dengan kisah-kisah yang terkeluar daripada sejarah. Satu lagi unsur tempatan yang popular ialah AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Karya Haji Hassan Haji Arshad, seorang pegawai tinggi istana. Dengan menggunakan Hikayat Marong Mahawangsa dan AI-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, seseorang dapat membina perjalanan sejarah negeri Kedah khususnya Salasilah Kesultanan Kedah dari kurun ke-13 hingga ke hari ini.

Asal Nama Kedah - Rekod Pengembaraan

Rekod-rekod lama yang menyebut nama "Kedah" walaupun dalam pelbagai sebutan boleh dikesan semenjak tahun 846 Masihi. Misalnya dalam rekod pengembaraan Ibnu Khurdadhbih penulis buku al Masalik wal Mamalik ada disebut mengenai sebuah pulau yang bernama "Kilah" yang mempunyai banyak bijih dan hutan buluh. Buku ini merupakan buku panduan mengenai kawasan¬ kawasan empayar Islam dan mengandungi juga maklumat mengenai topografi Asia Tenggara.

Seorang pengembara Arab bernama Sulaiman yang pernah menulis dalam tahun 851 masihi menyebut mengenai kawasan bernama "Kalahbar" yang dikatakan sebagai tempat yang bernaung di bawah Zabaj iaitu Empayar Srivijaya di Palembang. Ibnu Muhalhal yang menulis dalam tahun 941 masihi menyebut "Kalah" sebagai terakhir bagi kapal-kapal berlabuh disebelah timur. "Kalah" digambarkan sebagai sebuah Bandar besar yang dikelilingi oleh tembok yang tinggi, penuh dengan taman-taman dan alur. "Kalah" juga mempunyai banyak lombong atau "Kelian" bijih. Menurut fbnu Muhafhal "Kelian" seperti itu tidak terdapat di mana-mana pun di dunia. Disana juga terdapat pedang yang paling istimewa buatannya.




Sumber : Lembaga Muzium Negeri Kedah




Sampai Jumpa,

"Bersama Bernafas Di Era Kedah Sejahtera..."

2 comments:

yasir ismail said...

ni cm baru lepas balik dr muzium ja.. haha

WMHMY said...

Yasir...Negeri Kesayangan kita...so..kita perlu biarkan semua tahu mengenai Latar Belakang negeri kita...hehehe