Thursday, July 13, 2023

Sukarelawan Temasya Sukan SEA Kali Ke-32 Kemboja Tahun 2023 (Cambodia 2023 - 32nd SEA GAMES)...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Malaysia Madani...

Lamanya tak bertemu kita semua kat blog aku ini. Banyak benda nak dikongsikan sebenarnya, ada yang best ada jugak yang sedih. Tapi hidup mesti diteruskan bilamana keadaan semasa sesekali membuatkan kita struggle untuk terus mencapai impian-impian kita yang sentiasa bermain di fikiran kita.

Betul! Setiap orang pasti ada impian masing-masing termasuklah aku. Impian aku terlalu banyak dan salah satuanya adalah penyertaan dalam Sukan SEA. Walaupun aku tidak berpeluang untuk menjadi atlet mewakili Malaysia tetapi aku turut berpeluang mewakili Malaysia sebagai seorang SUKARELAWAN! 

SUKARELAWAN TEMASYA SUKAN SEA KALI KE-32 KEMBOJA TAHUN 2023 (CAMBODIA 2023 - 32nd SEA GAMES)

Alhamdulillah, pertama kalinya aku nak ucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada Cambodia SEA Games Organizing Committee (CAMSOC) yang telah memberi ruang dan peluang serta memilih aku menjadi salah seorang penggerak a.k.a 'International Volunteer' untuk Temasya Sukan SEA Kali Ke-32 Kemboja Tahun 2023 (CAMBODIA 2023 - 32nd SEA GAMES) yang bertempat di Phnom Penh, Cambodia.

Menariknya, aku antara salah seorang dari 25 orang 'International Volunteers' yang terpilih bersama-sama dengan hampir 6000 'Local Volunteers' menjadi tulang belakang kepada kelancaran Temasya Sukan SEA kali ini dan kami berkampung di sana bermula 3 hingga 18 Mei 2023 (seminggu lebih selepas Hari Raya Aidilfitri). Dan aku menjadi salah seorang daripada 5 orang yang mewakili Malaysia. Selebihnya dari Indonesia, Philippines, Vietnam, South Korea, Japan, China, Timor Leste dan Singapore.

Ini merupakan kali kedua aku terpilih untuk menjadi sukarelawan bagi Temasya Sukan SEA (sebelum nie, aku pernah terlibat di Kuala Lumpur 2017 - 29th SEA Games) yang bertempat di Kuala Lumpur. Kedua-duanya sangat ketara perbezaan dan yang pasti aku berasa sedikit bangga dan teruja apabila berpeluang untuk menjadi salah seorang yang mencipta sejarah bilamana buat julung / pertama kali nya Cambodia menjadi tuan rumah untuk Temasya Sukan SEA. Kemeriahannya berlipat kali ganda walaupun terdapat banyak jugak kekurangannya berbanding Kuala Lumpur 2017.

Peranan aku untuk Cambodia 2023 kali ini adalah sebagai Liason Officer (L.O) bagi Kontinjen Vietnam (Acara Gymnastics Artistic) dan Kontinjen Malaysia (Acara Weightlifting). Kalau di Kuala 2017 yang lalu, aku bertugas / berperanan untuk Perasmian dan Penutupan (Opening & Closing Ceremony) dimana aku terlibat secara langsung di tengah Padang Stadium Nasional Bukit Jalil dan mengiringi para atlet bagi semua kontinjen.

Untuk Cambodia 2023, sebelum terpilih menjadi salah seorang sukarelawan, aku terpilih untuk ke sesi interview secara online yang dibuat 2 hari selepas aku terima notis melalui emel (persediaan aku agak kurang sebenarnya masa tue) dan semasa interview, bermacam-macam soalan dan pertanyaan dilemparkan kepada aku dan hampir kesemuanya dijawab dengan penuh yakin kecuali ada satu soalan yang aku terus direct aku tak tahu dan mungkin kesilapan aku disebabkan tak buat homework lebih berkaitan SEA Games kali ini. 😅 

Tapi Alhamdulillah, aku dikira bertuah kerana terpilih dan seterusnya terlibat dengan sesi training yang dibuat juga secara online untuk semua 'International Volunteers' yang terpilih. Masa hari tue, aku ambil cuti rehat semata-mata untuk memberi fokus dan komitmen aku kepada training kali ini.

L.O TEAM (Gymnastics Artistic - Vietnam)

Bagi L.O Team (Acara Gymnastics Artistic- Vietnam) aku digandingkan dengan Merida (Female), Sreynit (Female) dan sorang lagi perempuan juga tapi aku dah lupa nama dia 😅. Untuk Kontinjen Vietnam nie aku tak berapa rapat sebenarnya sebab aku dimasukkan ke team nie pada 7hb Mei sedangkan local volunteer dah start bertugas sejak 5hb Mei lagi.

Aku sempat la berkenalan dengan atlet-atlet Gymnastics Artistic dari Vietnam. Dan follow dorang dari hotel ke venue training, then dari venue pulang ke hotel.

Apa yang bestnya adalah team Vietnam nie meraih 4 pingat Emas, 2 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa menerusi acara Gymnastic Artistic ini yang diadakan di Olympic Marquee Tent, Olympic Sport Complex. Terperincinya pingat Emas bagi acara Men's Team All Around, Pommel Horse Exercise, Rings Exercise dan Horizontal Bar Exercise. Manakala pingat Perak pulak adalah bagi acara Men's Individual All Around dan Parallel Bar Exercise dan pingat Gangsa pula adalah bagi acara Men's Individual All Around dan Vault Exercise.

L.O TEAM (Weightlifting - Malaysia)

Bagi L.O Team (Acara Weightlifting - Malaysia) aku disatukan dengan Ying (Female) & Ratana Pises (Male) sebagai pemudahcara kepada Kontinjen Malaysia. Sempatla berkenalan dengan Encik Jem (Pengurus Pasukan), Coach Amirul & Coach Jannah serta barisan atlet iaitu Ery Hidayat , Danial, Atiqah dan Syazwani.

Selama hampir 4 hari bersama team Malaysia ini bermula aku ambil dorang dari Airport terus bawak ke hotel, aku berpeluang melihat pelbagai ragam serta bergaul rapat dengan mereka. Termasuklah menguruskan kenderaan buat mereka, menguruskan makanan untuk 'ditapau' sebelum acara rasmi, membawa mereka jalan-jalan sekitar Phnom Penh dan lain-lain lagi.

Aku turut diberi peluang melihat secara dekat sesi latihan sehari sebelum acara rasmi, berpeluang berinteraksi dengan Presiden Persatuan Angkat Berat Malaysia, Datuk Ayub Rahmat dan macam-macam lagi bagi acara Angkat Berat ini.

Alhamdulillah, Malaysia berjaya meraih 1 pingat gangsa menerusi Syazwani bagi acara 64 kilogram (wanita).

PERSAHABATAN MENERUSI SUKARELAWAN

Alhamdulillah, sebagai salah seorang 'International Volunteers' , aku berpeluang berinteraksi dengan ramai sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan baru. Kesemua 'International Volunteers', kami diberi penginapan di New York Hotel, Phnom Penh dan turut diberi token sepanjang 16 hari berkampung di sana.


Sepanjang berada di sana, aku rapat dengan roomate aku, Ridzwan. Pastu aku rapat dengan team Indonesia antaranya Fahry, Resa, Rafikah, Mila & Fhema. Kenalan tempatan yang aku rapat, Pises, Ying, Merry, Menghuy, Kim dan lain-lain lagi. Sumpah, aku rindu mereka semua.

Aku doakan agar kita semua dapat bertemu kembali di hari-hari yang mendatang. Insyaallah.

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar sepanjang bertugas di Phnom Penh, Cambodia.


*Apa-apa pun, doakan aku terpilih menjadi sukarelawan Olympic Paris 2024 ya. 😀😀😀

Ikhlas dari, 
WMHMY 
Kuala Lumpur International Airport (KLIA-Terminal 2)
19 Mei 2023

0 comments: