Wednesday, March 15, 2023

The World of DC Exhibition...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Sebelum tue, aku nak ucapkan TAHNIAH buat pasukan Sang Kenari yang berjaya menyumbang 3 mata untuk aksi yang keempat dalam Liga Super 2023. TAHNIAH buat Willian Lira, Manuel Hidalgo dan Al-Hafiz yang menyumbang 3 biji gol menentang Kelantan United FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu Kelantan pada 13 Mac 2023.

THE WORLD OF DC EXHIBITION

Pada 12 Mac 2023 yang lalu, aku berkesempatan untuk hadir ke satu events yang agak eksklusif yang bertemakan superhero iaitu 'The World of DC Exhibition' bertempat di Tropicana Garden Mall Convention Center Damansara.

Aku difahamkan bahawa exhibition ini adalah yang pertama kali dibuat di ASIA dan DC Cinematic Universe memilih Malaysia sebagai lokasi pertamanya. 

Apa yang menariknya di sini, dipamerkan senjata-senjata eksklusif yang digunapakai oleh watak-watak utama superhero berserta kostum mereka, dipamerkan juga life-sized statue dan hampir 100 concept-art yang disediakan oleh fans.

Exhibition ini dimulakan dengan simbolik logo DC berserta poster-poster filem yang dikeluarkan melibatkan beberapa superhero terpenting dunia. Diikuti dunia Superman, Batman, Wonder Woman, Aquaman, Harley Quinn, Suicide Squad dan yang terakhir adalah Justice League.

Cuma aku agak hairan, kenapa tidak dislotkan ruang bagi dunia The Flash, The Joker dan Team Suicide Squad 2. Kalaulah dibuat satu ruang untuk koleksi-koleksi The Joker, aku antara yang akan sangat-sangat teruja. 😅😅

Benda wajib yang dibuat adalah bergambar kenang-kenangan sebagai tanda aku turut hadir ke events seperti ini. Aku datang berdua dengan sahabat baik aku sorang ni yang baru aku kenal dalam sebulan lebih. 

Dan yang paling penting, aku nak ucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada pihak yang menaja 2 tiket Express Lane kepada aku (RM155 untuk satu tiket). Aku sangat-sangat menghargainya. 

Jom aku kongsikan gambar-gambar aku mengikut pecahan superhero.

1. MAIN DC CINEMATIC UNIVERSE

2. SUPERMAN

3. BATMAN

4. WONDER WOMAN

5. AQUAMAN

6. HARLEY QUINN

7. SUICIDE SQUAD

8. JUSTICE LEAGUE 

Apa-apa pun, exhibition ini sangat berbaloi untuk kita terokai bagi melihat secara dekat dunia superhero di bawah DC. Semoga exhibition ini menjadi permulaan kepada exhibition yang akan datang melibatkan superhero dunia.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kota Bharu, Kelantan
15 Mac 2023

0 comments: