Salam Sejahtera...
Salam 1 Malaysia...
Akhir November 2016 baru berkesempatan untuk update entry terbaru dek kerana kesibukan yang melampau di ofis dan keterbatasan untuk meng'update' beberapa detik peristiwa/aktiviti yang disertai menyebabkan blog ini agak suram dengan entry sepanjang bulan November 2016. Aku juga ada drafkan beberapa artikel mengenai pendapat aku terhadap Bersih 5.0, Pindaan RUU 335, Isu Etnik Rohingya di Myammar dan macam-macam lagi dari perspektif aku sebagai seorang belia/anak muda Malaysia. Tapi semuanya masih tergantung tanpa noktah. Huhu... ;(
Seterusnya ada juga 'hutang' aku untuk kasi review terhadap beberapa aktiviti lain seperti Humanity Night 16 di UIAM dan lain-lain lagi termasuklah beberapa filem yang aku berkesempatan untuk hadiri ke Pra-Tonton Filem-Filem terbaru. Sebelum tue, aku nak minta maaf sesangat kat Ummi (YB Dato Shahaniza) sebab tak dapat menghadiri Majlis Hi-Tea yang dianjurkannya di Kuantan disebabkan kekangan waktu saya untuk turun ke Kuantan, Pahang. Huhu... ;(
Interchange, Hanyut, Upin-Ipin Jeng Jeng Jeng, Desolasi antara filem-filem tempatan terbaru yang bakal menjengah ke pawagam yang aku nanti-nantikan selama ini. Setiap filem itu mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dan mempunyai elemen-elemen tertentu yang ingin aku lihat satu persatu. Contohnya, Interchange yang digambarkan sebagai filem supernatural tempatan, Upin-Ipin Jeng Jeng Jeng digambarkan seperti filem Cj7 dan Desolasi digambarkan sebagai buah tangan tempatan yang cukup 'lari' dari skop kotak filem tempatan.
Interchange : Kebenaran atau Khayalan?
Semalam (25 November 2016) aku diberikan kesempatan dan peluang untuk hadiri ke Malam Gala Tayangan Filem Interchange arahan Dain Iskandar Said yang bertempat di GSC Pavilion Kuala Lumpur. Dan aku juga berpeluang untuk bersama-sama dengan para pelakon filem ini seperti Shaheizy Sam, Nicholas Saputra, Iedil Putra, Nadiya Nisaa dan lain-lain lagi.
Sejujurnya, filem Interchange merupakan filem tempatan yang aku paling nantikan diikuti filem Hanyut dan Desolasi. Aku cukup tertarik dengan 'umpan' filem ini yang telah berjaya membawa namanya ke serata dunia seperti ke Festival Del Film Locarno pada bulan Ogos yang lalu dan menjadi filem Malaysia yang dibuat Tayangan Perdana Asia di Singapore International Film Festival 2016. Ianya sedikit sebanyak membuatkan aku ingin 'menggali' filem ini secara teliti. Cewaahhh...
Persoalan yang timbul apabila menonton filem ini adalah kebenaran atau khayalan? Kenapa aku persoalkan ini? Sebelum aku menonton filem ini, banyak persoalan bermain di fikiran aku iaitu kelainan? supernatural? dua entiti? manusia haiwan? Dan sejujurnya, itulah persoalan yang akan bergerak seiring dengan anda ketika menonton filem ini satu persatu babaknya.
Filem Interchange adalah sebuah filem tempatan yang cukup berlainan dari segi perjalanan ceritanya dan pembawaannya menerusi plot demi plot sehinggalah pelbagai persoalan tadi timbul dan dirungkaikannya satu persatu menerusi watak-watak yang dijadikan sebagai subjek utama dalam memantapkan penceritaan ini seperti Detektif Man (Shaheizy Sam), Adam (Iedil Putra), Iva (Prisia Nasution), Sani (Nadiya Nisaa), Belian (Nicholas Saputra) dan lain-lain lagi.
Detektif Man dan Adam (Jurufoto Forensik) yang sedang meneliti satu persatu pembunuhan yang cukup unik dimana setiap mayat yang ditemui berada dalam keadaan yang sangat pelik. Seperti terdapat 3 lubang di leher mayat, badan mayat terdapat kesan pisau dihunus panjang, luka pada badan tanp darah dan lain-lain lagi. Sehinggalah menimbulkan satu persoalan antara 'pendapat dan pandangan' Detektif Man dan Adam.
Watak Iva yang muncul secara tiba-tiba dikala Adam yang suka mengambil gambar dari bilik kondominiumnya terhadap ragam jiran-jirannya dan ketika itu juga dia 'terlihat' ada sesuatu yang pelik dibuat oleh Iva. Dan ada satu babak yang memperlihatkan Iva menyedari perbuatan Adam itu. Maka bermulalah penyatuan antara Iva dan Adam yang membawa Adam ke satu konflik khayalan yang dibuat bersama-sama dengan meneliti kes forensik itu.
Kemunculan Cik Sani dan Belian pulak sedikit sebanyak menyokong bahawa ada sesuatu yang 'bakal' berlaku disebalik pusat barangan-barangan antik dan turut dikaitkan dengan penemuan negatif/filem kaca zaman dahulu kala (iaitu bahan bukti forensik) yang membawa kepada penghidupan satu entiti baru 'manusia haiwan' yang telah dikurung semangatnya. Dan Adam menjadi seperti terpukau ke alam yang berbeza.
Aku puji filem Interchange ini kerana berani membawa satu dimensi baru atau pembaharuan dari perspektif tempatan yang dikaitkan dengan suku-sakat etnik Borneo. Walaupun ada beberapa babak dan part yang aku sendiri masih kurang faham dan kurang jelas. Tapi secara keseluruhannya aku suka dan boleh layan filem Interchange ini.
Percayalah bahawa korang takkan rugi dengan filem Interchange ini. Maka jemputlah pembaca-pembaca blog aku untuk turun ke pawagam menyaksikan filem Interchange ini. Aku berani bagi 7/10 bintang untuk filem ini secara keseluruhan dan aku turut puji lakonan yang cukup 'berani' dan berkesan dari Iedil Putra, Prisia Nasution dan Nicholas Saputra yang berjaya meyakinkan aku untuk melihat secara realistik kewujudan entiti manusia haiwan itu. Hahah :)
Akhir kata, turunlah ke pawagam menyokong filem Interchange karya tempatan ini bermula 1 Disember 2016. Korang akan pasti puas hati dengan karya tempatan kali ini...hehe ;) Sebelum tue, aku nak share beberapa keping gambar aku dengan para pelakon filem Interchange ini...heheh ;)
Para pelakon dan Pengarah tiba di Hall aku berkongsi sepatah dua kata bersama penonton... :) |
Aku bersama Detektif Man (Shaheizy Sam)... |
Aku bersama Belian (Nicholas Saputra)... |
Aku bersama Adam (Iedil Putra)... |
Aku bersama Cik Sani (Nadiya Nisaa)... |
Aku bersama Redza Minhat salah seorang penulis lakon layar bagi Interchange... |
Sekian, wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
0 comments:
Post a Comment