Thursday, July 28, 2016

The Shallows : Simple dan Mendebarkan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah, dapat juga kita bertemu kembali setelah beberapa hari tak sempat nak update blog ni dengan entry-entry yang terkini serta ulasan movie-movie yang terkini. Sekarang nie pun baru balik dari Slim River untuk lawatperiksa tanah-tanah ladang. Dan aku tetap nak udpate untuk review satu movie yang terbaru iaitu The Shallows.

Sebelum itu, aku sekarang ini mencari seorang atau dua orang partner yang ingin melancong ke Shenzhen, China secara backpacker. Kalau ada yang berminat, contact aku di facebook aku atau emel aku sebab promosi tiket flightnya RM290 (pergi-balik) dah hampir nak tamat. Target bulan Januari 2017.

THE SHALLOWS : Simple dan Mendebarkan...

The Shallows adalah sebuah filem arahan Jaume Collet-Serra yang menampilkan keunikannya yang tersendiri dengan hanya memaparkan beberapa watak dan karakter sahaja serta lokasi penggambaran yang hanya di tepi pantai dan laut. Filem ini menampilkan Blake Lively sebagai teraju utama yang memberikan satu kepuasan yang tersendiri dalam mengikuti filem ini dari awal hingga akhir.


Watak Nancy lakonan Blake Lively berjaya dibawa sebaiknya dalam membuatkan para penontonnya terpesona dengan aksi surfingnya sehinggalah kemunculan ikan jerung di kawasan pantai tersebut membuatkan Nancy tercedera dan terdampar di atas batu di tengah pantai itu yang sekaligus membuatkan para penonton turut merasainya.

Di awal penceritaannya, Nancy telah dibawa ke suatu pantai rahsia yang cukup indah, tenang dan mempesonakan keindahannya dan membuatkan Nancy begitu teruja untuk melakukan aktiviti surfing di kawasan pantai tersebut yang dikatakan berada di Mexico. Kawasannya yang sunyi hanya beliau sahaja serta 2 orang lagi lelaki yang turut serta melakukan aktiviti surfing di kawasan pantai tersebut.

Debarannya bermula apabila kemunculan seekor ikan jerung yang cuba menjadikan Nancy sebagai mangsanya ketikamana Nancy cuba untuk melakukan surfingnya di kala 2 orang lelaki tadi sudah mahu pulang dan tanpa diduga ikan jerung tersebut berjaya mencederakan Nancy di bahagian pahanya sehinggalah Nancy terperangkap dan terdampar keseorangan di atas sebuah batu besar di tengah pantai.

Pelbagai ikhtiar dibuat oleh Nancy tetapi adakah berjaya? Anda kena turun ke pawagam dan saksikanlah sendiri ceritanya mulai hari ini. Aku cukup berpuas hati dengan movie ini walaupun filem ini hanya berdurasi 1jam 30 minit tetapi ianya berjaya membuatkan seluruh pawagam mengikuti daya usaha dan ikhtiar Nancy untuk melepaskan dirinya daripada menjadi mangsa ikan jerung tersebut. Secara keseluruhannya, aku berikan 9/10 bintang untuk movie ini.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: