Wednesday, December 11, 2013

Majlis YB Menteri Pendidikan II Bersama MPP IPT...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Kembali bertemu bagi entry yang seterusnya. Alhamdulillah, pagi tadi baru sahaja selesai Majlis Watikah Perlantikkan saya sebagai Setiausaha Agong, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia bagi sesi 2013/2014. Insyaallah, saya cuba buat yang terbaik sepanjang kepimpinan kali ini. Insyaallah…

‘Majlis YB Menteri Pendidikan II Bersama MPP IPT’

Pada 8 Disember 2013 (Hari Ahad) yang lalu, saya berkesempatan mewakili Universiti Teknologi Malaysia bersama-sama 10 orang lagi barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM yang diketuai oleh Saudara Mohamad Hazrai (Presiden MPM UTM) ke Majlis YB Menteri Pendidikan II Bersama MPP IPT yang bertempat di Intekma Resort & Convention Center Shah Alam.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh (Menteri Pendidikan II), YB Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin (Timbalan Menteri Pendidikan I), YB Tuan P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan (Timbalan Menteri Pendidikan II), Y.Bhg. Dato Seri Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang (Ketua Setiausaha 2 Kementerian Pendidikan Malaysia), Pengarah-pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia serta Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Seluruh IPT.

Majlis ini boleh dijadikan satu platform untuk berkenalan dengan ramai pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia. Saya turut diberi peluang untuk makan semeja dengan YB Timbalan Menteri Pendidikan II bersama-sama dengan Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Encik Sulaiman, Presiden MPM UTM dan Naib Presiden Kolej MPM UTM.

Majlis ini juga memberi gambaran awal keterbukaan yang diberikan oleh Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia kepada barisan Majlis Perwakilan Pelajar di seluruh Malaysia untuk bersama-sama memberi pandangan, cadangan, kritikan berkenaan dengan isu-isu kampus, isu-isu Negara dan sebagainya lagi. Langkah ini wajar diteruskan oleh kementerian-kementerian lain untuk bersama-sama dengan Barisan Majlis Perwakilan Pelajar dalam memberi platform yang terbaik bagi menyuarakan pendapat dan pandangan dari sudut perspektif Pemimpin Pelajar.

Jom saya kongsikan beberapa keping gambar yang sedang diambil semasa majlis tersebut… =)













Sekian, Wallahua’lam… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Setiausaha Agong MPM UTM Sesi 2013/2014
wan_hazem19@yahoo.com

1 comments:

Anonymous said...

thanks gan infonya !!!

www.bisnistiket.co.id