Friday, June 1, 2012

INVASI : Cemas dan Mendebarkan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Selamat Datang Bulan JUN ! Bulan yang akan membuatkan diriku fokus terhadap pengajian dan akademik. Peperikasaan Akhir akan berlangsung pada bulan ini dan juga Kem LAD iaitu salah satu subjek yang saya ambik semester ini dan akan berkampung di Johor Bahru dan juga Kuantan. Insyaallah… Doakan semuanya berjalan dengan lancar.

Berbalik kepada penulisan hari ini iaitu untuk bercakap dan berbicara mengenai sebuah novel yang baru sahaja habis dibaca sedangkan hampir beberapa bulan sudah memilikinya disebabkan terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti dan Alhamdulillah akhir habis dibaca oleh saya iaitu novel yang bertajuk, INVASI keluaran FIXI.

INVASI karya saudara Raja Faisal ini cukup menarik perhatian saya dan membuatkan diriku sentiasa berdebar-debar menantikan kesudahan mengenai alien yang cuba menakluki Malaysia. Dari helaian ke helaian yang seterusnya, semuanya penuh dengan suspens, cemas, geram, dan sebagainya lagi.

Idea yang dikeluarkan oleh penulis ini patut dipuji kerana dunia penulisan sejak akhir-akhir ini penuh dengan fantasi yang sebelum ini sering dibanggakan oleh penulis-penulis barat tetapi sekarang ini, tiada yang mustahil bagi Anak Malaysia, Anak Merdeka.

Watak utamanya yang bernama Bayani serta watak-watak sampingan yang lain seperti Anwar, Jo, Ajak, Achet, Nora, Ika dan sebaginya lagi membawa kita kepada suatu persahabatan yang cukup utuh demi ketitisan darah yang terakhir. Masing-masing mempunyai semangat untuk mempertahankan Negara Malaysia walaupun terpaksa berdepan dengan saat kematian.

Genre novel seperti ini seringkali kita dapat saksikan menerusi filem bertaraf antarabangsa yang dikeluarkan oleh Negara-negara Barat tetapi kita dapat melihat idea kreatif yang penuh fantasi ini oleh pengkarya dan anak muda Malaysia. Saya memuji melihat plot-plot dalam novel ini yang cukup ‘kena’ dengan kehendak saya sebagai seorang pembaca dan peminat novel fantasi Malaya.

Sebelum tue, saya nak kongsikan sinopsis novel INVASI ini…

Ahmad Bayani – Jurutera, kaki sosial dan kaki perempuan – tak sangka dunianya boleh hancur sekelip mata.

Sebuah portal muncul di tengah Kuala Lumpur, memuntahkan alien sadistic yang kemudiannya digelar Penceroboh. Dengan teknologi dan kekuatan tentera yang tiada tandingan, para alien memusnah dan membunuh tanpa belas.

Bayani harus memilih samada menyelamatkan diri ke utara, atau menyertai kumpulan pemberontak bawah tanah yang bertekad untuk mengambil semula kota dari Penceroboh.

Bayani juga berdepan semula dengan kisal silamnya ; ibunya yang telah lama hilang, dan kekasih yang terhalang.

Hari INVASI bermula, dan nasib manusia berubah selamanya. 


Saya cadangkan kepada sahabat-sahabat dan pembaca blog, jadikan novel INVASI ini sebagai koleksi anda…hehehe =) 

*4 bintang untuk novel INVASI… =) 

 Sekian, Wallahua’lam…

 Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

1 comments:

merah pujangga said...

da ade.tp belum bace lg.btw,nice post =)

http://merahpujangga23.blogspot.com/2012/04/fixi-bukan-basikal-fixie.html