Wednesday, June 13, 2012

Jangan Halau Jika Anak Mengandung Luar Nikah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Kesibukan yang melanda gara-gara demam ‘FINAL EXAM’ di UTM dan seluruh IPTA di Malaysia tidak menghalang untuk saya meneruskan perkongsian berita dan cerita di blog saya kali ini. Jika sebelum ini, saya sering kongsikan mengenai permasalahan yang berlaku di kalangan remaja dan anak muda dan hari ini saya ingin kongsikan satu berita yang juga membuatkan saya bersetuju dengan pendapatnya. 

KOTA BHARU - “Jangan halau anak perempuan jika dia mengandung luar nikah kerana bayi yang dikandung itu tidak berdosa,” kata Pengerusi JawatankuasaPembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar. 

Menurutnya, ibu bapa perlu menjadi pembimbing dan penyelamat kepada anak-anak dan tidak terus membiarkan mereka dibelenggu dengan dosa. 

”Sudahlah anak itu tidak dijaga dengan baik sebelum ini, bila mengandung hendak dihalau pula dan ia sepatutnya tidak berlaku. 

”Kita perlu sama-sama menjaga anak-anak kita dan saya yakin di bawah pemerintahan ulama semua perkara negatif tersebut dapat dihindari,” katanya semasa merasmikan 

Program Cakna Rakyat Dun Bunut Payung yang diadakan di Padang Kampung Lembah Sireh, di sini. Program Cakna Rakyat yang bertemakan kesihatan itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma, berbekam, urutan dan sebagainya. 

Menurutnya, anak-anak adalah harta yang sangat berharga dan disebabkan itulah ibu bapa harus mengutamakan tanggungjawab terhadap mereka supaya generasi pewaris itu menjadi insan yang berguna di masa akan datang. 

Wan Ubaidah berkata, bukan sekadar memberikan kemewahan dan pendidikan sahaja kepada mereka tetapi ilmu agama juga harus seiring kerana ia akan menjadi benteng kepada mereka sepanjang mengenal dunia. 

Sumber : Sinar Harian 

*Insyaallah…saya akan menyusul dengan beberapa artikel selepas berakhirnya paper final exam saya yang terakhir pada khamis nie… So, nantikan…hehehe 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: