Monday, January 26, 2026

Survive In January 2026!

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Kecoh kat semua media sosial berhubung dengan pertembungan antara Puteri Balqis dan Mia Sara. Aku sekadar membaca sahaja tapi tak nak ulas apa-apa. Dan keputusan Mahkamah Tinggi terhadap kes yang melibatkan Dai Syed. Nie pun aku tak nak ulas.

SURVIVE IN JANUARY 2026!

Yeahhh boleh kata, aku masih 'survive' dalam Januari 2026 ini bilamana aku hempuknya semua KPI untuk sukuan pertama bagi kerja-kerja aku ke Januari. Alhamdulillah, 9 jenis mesyuarat yang memerlukan aku sebagai Setiausaha , telah aku selesaikan pada 21 Januari 2026 yang lalu.


Semuanya aku anggap hasil dari wujudnya 'TAKWIM PENGURUSAN 2026' yang aku sediakan pada akhir Disember 2025 yang lalu sebagai guide / hala tuju kepada aku dalam mengetuai Wing Pengurusan. Alhamdulillah...

Sebenarnya, bukan bab kerja saja, perkara lain turut aku buat dalam Januari 2026 ini adalah selesaikan beberapa bacaan aku, planning utk next trip secara Solo Backpackers, uruskan keperluan lain dan terbaru dapat merasa duduk di 2 buah hotel yang aku impikan selama ini iaitu Sunway Putra Hotel dan Seri Pacific Hotel yang kedua-duanya terletak di Kuala Lumpur.

Bab bacaan, sekarang ini aku ngah selesaikan bacaan buku terbaru keluaran FIXI iaitu HWJN karya Ibraheem Abbas, Hikayat Si Kembar 2: Ramalan Jagat Raya, dan beberapa buku lain.

Dalam kesibukan aku ini, aku rasa sedih jugak sebenarnya sebab terpaksa 'GUGURKAN' plan aku untuk explore secara Solo Backpackers ke Tehran, Iran dan explore seluruh Iran. Paling mendukacitakan aku adalah setelah terima maklumbalas dari pihak Embassy Malaysia di Tehran yang menyarankan aku supaya tangguhkan dahulu perancangan aku untuk masuk ke Iran.

Rasa sedih sangat... Teringin sebenarnya nak masuk ke Iran. Tapi apakah daya, terpaksa reda sahaja terutamanya bilamana terpaksa burn ticket flight Air Arabia yang aku dh beli sebelum ini.

Banyak sebenarnya yang aku nak explore di Iran nie, dan jarang-jarang untuk kita merasa dan menghayati bumi Iran secara Solo Backpackers. Harapan aku tetap menggunung tinggi, sekiranya di masa akan datang, aku dapat peluang untuk masuk ke Iran. Insyaallah...

Nie aku sekarang di Kuala Lumpur. Tengahari semalam aku gerak dari Melaka semata-mata untuk jumpa adik aku yang stay di rumah aku di Kuala Lumpur. Besok dia ada exam, so dapat la bawak dia makan-makan tadi. 😅😅😅

Pagi nanti, aku akan ke Port Dickson pulak untuk 'Pelan Tindakan Bencana Rekod'. Benda nie masih baru bagi aku, tapi aku pun ada perancangan sendiri. Hopefully, semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah...

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur 
26 Januari 2026

Sunday, January 18, 2026

#REVIEWBUKU2026 - Lakaran Jiwa Merdeka : Catatan Dari Penjara Kajang...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

#REVIEWBUKU 2026 - LAKARAN JIWA MERDEKA : CATATAN DARI PENJARA KAJANG

Tulisan : Tian Chua
Terbitan : Mentor Publishing Sdn Bhd
Bil. Muka Surat : 185 halaman

Alhamdulillah, buku karya Saudara Tian Chua yang bertajuk 'Lakaran Jiwa Merdeka : Catatan Dari Penjara Kajang' menjadi buku pertama yang saya habiskan bacaan di Tahun 2026. 

*Tahun 2026 ini, aku sasarkan sebanyak 25 buah buku yang akan aku baca dalam mengisi kekosongan / kelapangan masa yang ada sepanjang 2026. Insyaallah.


Buku ini aku beli semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahun 2020 dan tersadai di rak buku aku di Kuala Lumpur hampir 5 tahun dan kebetulan baru-baru ini terlintas dalam fikiran aku mengenai buku tulisan Saudara Tian Chua ini.

Difahamkan, Saudara Tian Chua menulis bingkisan-bingkisan cerita ketika berada di Penjara Kajang ini setelah beliau menarik balik permohonan rayuan setelah didapati bersalah di bawah Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014 dan Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen pada 30 September 2016.

Coretan ini bermula 29 September 2017 liaity hari pertama penulis dimasukkan ke Penjara Kajang sehinggalah pada 27 Oktober 2017 (hari pembentangan bajet Tahun 2018).

*Penulis dijatuhkan hukuman disebabkan penulis berada di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Keramat untuk membela peserta BERSIH 3 yang ditahan. Penulis dituduh 'tidak mematuhi perintah Pegawai Polis untuk beredar dari kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan larangan mengikut Perintah Kawasan-Kawasan Larangan 1975'.

Setelah membaca buku ini, aku baru tahu bahawa bekas Ahli Parlimen Batu ini memiliki jiwa seni yang halus apabila menghasilkan karya seni di sebalik tirai besi dengan menggunakan roti. Itu sesuatu yang menarik dan jarang-jarang berlaku.

Sepanjang aku memahami dan menghayati perkongsian coretan oleh penulis, banyak urusan harian penulis semasa di penjara dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti bersahaja dimana aktiviti kecerdasan, sembang santai bersama warden dan pegawai penjara dan situasi yang berlaku dari mata penulis terhadap persekitaran semasa berada di tirai besi ini.

Coretan yang dikongsikan oleh penulis tidaklah terlalu berat tetapi bersifat santai dan mempunyai hujah yang tersendiri seperti pesalah-pesalah juvana, infrastruktur penjara dan sebagainya yang dikongsikan melalui sembang borak bersama orang-orang yang berada di sana.

Situasi semasa yang berlaku di luar juga seiring dengan perkongsian yang dibuat oleh penulis dan bagi aku , itu cukup memberikan kefahaman kepada pembaca untuk meneliti setiap isu yang dibangkitkan. 

Lakaran-lakaran yang dibuat oleh penulis juga turut dikongsikan untuk kita memahami 'hati' penulis semasa berada di tirai besi ini.

Apa-apa pun, aku ucapkan goodluck kepada penulis utk karier politik beliau dan seingat aku, kali terakhir aku berjumpa & bergambar bersama penulis adalah semasa sesi tayangan perdana filem Barbarian Invasion di Kuala Lumpur.

Aku bagi 3 / 5 stars utk buku ini.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
Bukit Baru, Melaka
wan_hazem19@yahoo.com
11 Januari 2026

Thursday, January 15, 2026

Dilema : UAE + Iran atau Uzbekistan + Tajikistan?

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani... 

Sekejap saja, kita dah menjangkau ke pertengahan Januari 2026. Seperti biasa, awal tahun nie, aku lebih tertumpu kepada perancangan kerja aku untuk tempoh setahun bermula Januari sehinggalah Disember 2026.

Aku merasa 'agak' puas hati, apabila dapat keluarkan satu takwim melibatkan bidang tugas aku untuk tempoh setahun. Aku berpeluang berkongsi takwim tersebut kepada semua staff aku dan berpeluang untuk bentang dalam Mesyuarat Pengurusan. Dan Alhamdulillah, ianya mendapat respon yang sangat positif.

DALAM DILEMA : UAE + IRAN ATAU UZBEKISTAN + TAJIKISTAN?


Sejak beberapa hari lalu, aku agak tertekan dan 'sakit kepala' bilamana terbaca situasi yang sedang berlaku di Iran. Terutamanya apabila berlakunya protes besar-besaran di beberapa bandar utama di Iran. Ditambah lagi, US dan Presiden US mula masuk campur dan dikatakan akan serang Iran pada bila-bila masa.

Iran adalah negara yang menjadi salah satu destinasi yang aku ingin kunjungi. Aku beli tiket flight ke Tehran , Iran dan transit di Sharjah, UAE awal tahun lepas menerusi apps Air Arabia. 

Tahun lepas, negara Iran telah diserang oleh Israel dan US. Makanya , aku terus tunda tarikh dari tahun lepas ke Februari 2026 dengan harapan, negara Iran kembali aman seperti biasa. Aku juga ikuti rapat perkembangan yang berlaku di Iran.

Sehinggalah satu haritue, aku terima maklumbalas dari pihak Embassy Malaysia di Tehran, Iran yang memaklumkan bahawa Wisma Putra telah keluarkan statement supaya semua rakyat Malaysia tangguhkan sebarang aktiviti untuk ke Iran buat sementara waktu. Otak aku pun dah jem! Taktahu nak respon apa... ~

Pastu aku teringat yang aku juga ada terbeli tiket ke Tashkent, Uzbekistan sekitar bulan 6-7 tahun lepas untuk penerbangan Februari 2026 iaitu bulan yang sama aku akan fly ke Iran & UAE. Kebetulan aku dapat grab tiket ke Tashkent sebanyak RM99.00 untuk satu hala.

Maka, aku dapatkan info serba sedikit berkenaan dengan negara Uzbekistan ini. Uzbekistan adalah option terbaik yang aku ada sekiranya aku batalkan niat aku untuk explore Negara Iran.

UAE, Iran, Uzbekistan dan Tajikistan merupakan negara-negara yang belum pernah aku jejaki. Sekarang aku dalam dilema untuk membuat keputusan dan memilih destinasi terbaek untuk aku explore pada Februari 2026 yang akan datang ini. Negara yg ke-24 !

Untuk rekod, aku dah pernah mengembara secara solo backpackers ke 23 buah negara iaitu Malaysia (seluruh negeri termasuk labuan), Indonesia, Singapore, Thailand, South Korea, Australia, Hong Kong, Philippines, Japan, Laos, Cambodia, Vietnam, Macau, Taiwan, China, Brunei, Maldives, Myanmar, India, Pakistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Nepal.

Jom aku kongsikan beberapa pandangan aku terhadap 4 negara yang aku nyatakan kat atas tadi :-

1. UAE - tempat transit selama 19 jam. Target aku nak explore Dubai tanpa perlu menginap di mana-mana hotel di sana. Aims aku tertumpu kepada utk bergambar di Burj Khalifa, Frame of Dubai dan sebagainya lagi.

2. Iran - Sebuah negara yang 'rare' utk aku explore memandangkan negara nie cukup tertutup dengan penuh kontroversi sejak akhir-akhir ini. Target aku untuk explore ke Tehran, Tabriz, Shiraz dan lain-lain lagi. Dan tempat yang aku paling teringin nak pergi adalah Persepolis! Then aku ada jugak plan nak cross border land untuk masuk ke Yerevan, Armenia ataupun Van, Turkiye.

3. Uzbekistan + Tajikistan - aku target unuk teruskan explorasi aku secara solo backpackers merentasi 'Silk of The Road' selepas tahun lalu aku berjaya explore Kazakhstan dan Kyrgyzstan. Alhamdulillah, cukup best semasa berada di sana. Dan sekiranya berjaya, aku dapat la tawan keempat2 negara 'TAN' nie.

So pilihan mana yang terbaek?

Apa-apa pun, doakan aku dapat buat keputusan yang terbaek ya. Insyaallah...

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
Sang Pengembara WMHMY
Bukit Baru, Melaka 
wan_hazem19@yahoo.com
15 Januari 2026

Sunday, January 11, 2026

Selamat Tahun Baru 2026...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Alhamdulillah, dapat kita bertemu kembali setelah lama aku tak update blog aku yang serba kekurangan ini. Walaupun agak ketinggalan mengikut peredaran masa, aku tetap dengan cara aku utk berkongsi rasa, pengalaman, kedukaan dll menerusi blog aku.

Sekarang orang dah beralih ke Tiktok, YouTube untuk berkongsi review, rasa, pengalaman secara ber video, ber podcast dll, tapi aku tetap maintain di blog ini, facebook dan Instagram. 😅😅😅 Minggu aku ini generasi - budak2 yang lahir era 90-an, bukan dari kalangan budak2 gen Z... 

SELAMAT TINGGAL 2025


2025 merupakan satu tahun yang cukup memberi makna terutamanya dalam memperkembangkan karier aku dalam kerjaya, eksplorasi aku ke sebuah negara baru iaitu Nepal 🇳🇵 dan beberapa kenangan suka dan duka aku dalam melayari sebuah kehidupan di Melaka.

2025 ini memberi aku banyak pengalaman dan banyak benda yang aku belajar. Aku pernah merasai titik terendah dalam kerjaya dimana aku merasakan seperti tiada langsung sifat / sikap dari sekeliling yang menghargai usaha aku akan tetapi mendapat kritikan 'menjatuhkan' dalam situasi yang cukup memberi kesan terhadap moral aku.

2025 juga aku berpeluang untuk berbackpackers ke Pekan Baru (Indonesia) dan Kathmandu + Pokhara (Nepal). Dimana Nepal, aku berpeluang hiking di Banjaran Himalaya iaitu Mardi Himal dalam jangka masa selama 5 hari. Itu antara pengalaman baru yang aku dapat rasakan bahawa ianya satu pengalaman yang cukup berbeza ketika berada di negara luar.

Apa-apa pun, Alhamdulillah...aku dapat mengharungi 12 bulan di Tahun 2025 dengan jatuh bangun yang cukup mendewasakan aku. Kenangan yang wujud sepanjang Tahun 2025 akan aku jadikan sebagai satu titik tolak untuk terus melakukan yang terbaik dan mencapai impian / harapan aku di masa yang akan datang.

Ketibaan Tahun 2026 yang hari ini dah mencecah hari yang ke-11 akan aku jadikan sebagai satu tahun yang akan terus dimanfaatkan untuk perkara-perkara kebaikan dimana aku akan memanfaatkan dalam merancang perjalanan kerjaya yang lebih baik dan seterusnya dalam menjejakkan kaki ke sebuah negara baru yang akan menjadi negara ke-24 untuk aku explore secara solo backpackers.

Doakan untuk aku ya semua...

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
Bukit Baru, Melaka
11 Januari 2026
wan_hazem19@yahoo.com