RSS Feed

Saturday, May 3, 2025

Solo Backpackers ke India & Pakistan Tahun 2024...

Assalamualaikum...

Salam Sejahtera...

Salam Malaysia Madani...


Hampir setahun lebih sudah aku telah berbackpackers secara solo di sebuah negara baru yang aku belum pernah lawati iaitu India dan Pakistan. Kedua-dua negara ini menjadi negara yang ke-19 dan ke-20 yang aku dapat tawan secara solo backpackers. Pengalaman dalam mengeksplorasi di kedua-dua negera ini amatlah menarik dan akan diingati sampai mati.


Orang selalu bercakap bagitau yang kalau dah tawan / explore India secara backpackers, maka hiduplah kau di mana-mana negara saja sebab India ini dikenali sebagai sebuah negara yang 'rare' untuk dilawati. Pelbagai komen negatif tentang India tapi bagi aku, India adalah sebuah negara yang memang best untuk diterokai secara solo.


Jom aku kongsikan secara keseluruhan bajet bagi keseluruhan eksplorasi aku di Negara India dan Pakistan secara solo backpackers selama 14 hari 13 malam 29 Januari 2024 sehingga 11 Februari 2024. Jemputlah baca ya semua...


SOLO BACKPACKERS KE INDIA & PAKISTAN 2024


Total hangus - RM3,153.91 All in! (Untuk 14 hari 13 malam)


Perincian :-


1. Flight Ticket (RM995.28) :-

➡️ International (KUL-ATQ-KUL via AAX + Fast Pass) - RM444.06

➡️ Domestic (ATQ-SXR via IndiGo Airlines) - RM274.04

➡️ Domestic (SXR-DEL via IndiGo Airlines) - RM277.20


2. Train Ticket (RM225) :-

➡️ New Delhi (NDLS) -  Agra Cantt (AGRA) via AP EXPRESS 20806 (Class : Second AC - 2A)

➡️ Agra Cantt (AGRA) - Jaipur (JP) via AGC SBIB SF EXP 12547 (Class : Third AC - 3A)

➡️ Jaipur (JP) - New Delhi (NDLS) via All NDLS SHATBI 12016 (Class : Chair Car)

➡️ New Delhi (NDLS) - Amritsar Junction (AMRITSAR) via ASR SHTBDI EXP 12013


3. Kereta + Driver utk 4 hari di Kashmir (RM160)


4. Hotel (RM428.63)

➡️ New Taj Palace Hotel - Lahore : 29-31 Jan 2024 (RM64.89)

➡️ Hotel Al-Habib - Islamabad : 31 Jan- 1 Feb 2024 (RM34.21)

➡️ New Taj Palace Hotel - Lahore : 1-2 Feb 2024 (RM33.54)

➡️ Backpackers Nest Hotel - Amritsar : 2-3 Feb 2024 (RM22.56)

➡️ Kashmir Inn Hotel - Srinagar Kashmir : 3-5 Feb 2024 (RM71.88)

➡️ The Heritage of Houseboat - Srinagar Kashmir : 5-6 Feb 2024 (RM59.78)

➡️ Shiva Intercontinental Hotel - New Delhi : 6-7 Feb 2024 (RM21.43)

➡️ Saniya Palace Hotel - Agra : 7-8 Feb 2024 (RM36.44)

➡️ Sagun Hotel - Jaipur : 8-9 Feb 2024 (RM32.01)

➡️ Yess Backpackers Hotel - New Delhi : 9-10 Feb 2024 (RM29.68)

➡️ Holy City Hotel - Amritsar : 10-11 Feb 2024 (RM22.21)


5. E-Visa

India : RM127.87 (Double Entry)

Pakistan : RM40.73 (Visa on Arrival)


6. Travel Insurance - Gold Package utk 14 hari cover India & Pakistan : RM64.50


7. Gondola Gulmarg - 1st & 2nd Phase (RM105)


8. Duit Belanja

➡️ Utk India : RM707.10 (12,100 rupees)

➡️ Utk Pakistan : RM299.80 (13,280 rupees)


Di India aku cover aktviti sepertimana berikut :


*Tempat2 yang dilawati di India...

(AMRITSAR) - 2 to 3 February 2024

📌 Masjid Khairuddin - Free

📌 Amritsar Heritage Walk - Free

📌 Golden Temple - Free

📌 Jallianwala Bagh - Free

📌 Hall Bazaar - Free


(KASHMIR) - 3 to 6 Feb 2024

📍 Sewa jaket & boots di Gulmarg - 400 rupees

📍 Bayaran fotographer di Gulmarg - 250 rupees

📍 Kenderaan ke Gondola - 500 rupees

📍 Tips total utk 4 hari - 360 rupees

📍 Kenderaan dari Gondola - 400 rupees

📍 Horse Riding - 1000 rupees

📍 Shikara Ride di Dal Lake utk 1 hour - 100 rupees + 30 rupees

📍 Pari Mahal - 24 rupees

📍 Mughal Gardens - 24 rupees

📍 Sightseeing to Srinagar City, Gulmarg, Pahalgam & Pamporee.


(NEW DELHI) 7 February 2024

📌 India Gate - Free

📌 Ugrasen Ki Baoli - Free

📌 Connaught Place - Free

📌 Jama Masjid - Free

📌 Red Fort - 50 rupees

📌 Chandni Chowk Road - Free + naik beca pelancong - 50 rupees

📌 Khari Baoli - Free


(AGRA) 8 February 2024

📌 Taj Mahal - Free

📌 Agra Fort - 650 rupees

📌 Itimad Ud-Daulah - 250 rupees

📌 Mehtab Barg - ❌ dapat pegi sebab takde uber accept


(JAIPUR) 9 February 2024

📌 Hawa Mahal - belah luar free + masuk dalam - 200 rupees

📌 Jal Mahal - Free

📌 Amber Palace Fort - 105 rupees

📌 Nahargarh Fort - ❌ sempat nak pegi

📌 City Palace - ❌ masuk sebab lari bajet - 1000 rupees


(NEW DELHI) 10 February 2024

📌 Lotus Temple - Free

📌 Humayun Tomb - pi sampai kt depan tapi ❌ dapat masuk sebab Prime Minister India ada kat situ.

📌 Jama Masjid dan shopping barang kt sekitar masjid.


(AMRITSAR) 11 February 2024

📌 Terus ke airport dan habiskan duit kt airport beli makanan


Di Pakistan cover aktiviti sepertimana berikut :-


*Tempat2 yg dilawati di Pakistan...

(LAHORE) 29 - 31 January 2024

📌 Waqah Border Ceremony : Pakistan Side - Free

📌 Badshahi Mosque - Free

📌 Lahore Fort - 50 rupees

📌 Minar e- Pakistan - Free

📌 Delhi Gate - Free

📌 Wazeer Khan Mosque - Free

📌 Chuburji - Free

📌 Lahore Museum - Free

📌 Emporium Mall - Free

📌 Shalamar Garden - 400 rupees


(ISLAMABAD) 1 February 2024

📌 Faisal Mosque - Free

📌 Pakistan Monument - Free

📌 Daman e-Koh - Free

📌 International Islamic University Islamabad - Free


(LAHORE) 2 February 2024

📌 Santai-santai di Lahore City sebelum masuk ke border India semula.


*Ticket bus di Pakistan - saya beli walkin.

➡️ Lahore to Islamabad via Faisal Movers - Executive Class : 1950 rupees

➡️ Islamabad to Lahore via Faisal Movers - Business Class : 2650 rupees


Itu adalah secara ringkas bagi keseluruhan aktiviti solo bacpackers aku di Negara India & Pakistan. Setiap tempat yang aku lawati mempunyai cerita-cerita dia yang tersendiri. Pengalaman ini bagi aku, memang takkan dapat dijual beli. Aku akan ingat sampai ke mati.


Sekian, Wallahua'lam...


Ikhlas dari,

WMHMY

Kuala Lumpur

wan_hazem19@yahoo.com

Wednesday, April 30, 2025

BERTEMU KEMBALI DI TAHUN 2025...

Assalamualaikum...

Salam Sejahtera...

Salam Malaysia Madani...


BERTEMU KEMBALI DI TAHUN 2025...


Bertemu lagi kita semua di blog aku yang tak seberapa. Rasanya dah lama aku tak singgah untuk update beberapa perkara yang berlaku dalam kehidupan aku sejak akhir-akhir ini. Termasuklah aktiviti backpackers aku ke beberapa tempat dan negara baru seperti Almaty (Kazakhstan), Bishkek (Kyrgystan), Vientiane (Laos), Pekan Baru (Indonesia) dan lain-lain lagi.


Banyak perubahan berlaku dalam sekelip mata bilamana aku diberi tanggungjawab baru atau diberi 'post' baru dalam mengembangkan karier aku yang baru sebagai Pegawai Tadbir Negeri dan ditempatkan di Negeri Melaka. Yes, Melaka! Negeri ketiga tempat aku mencari rezeki selepas 4 bulan di Negeri Kedah dan 8 tahun di Kuala Lumpur. 


Sebelum ini, karier aku lebih kepada bidang penilaian dan hartanah serta terlibat dalam insurans harta dan sebagainya lagi. Tempoh masa 8 tahun bagi aku sangat-sangat membuatkan aku selesa dalam bidang berkenaan sehinggalah pada 21 Mei 2024 aku ditawarkan dengan position yang baru, dimana aku lulus interview bagi perjawatan baharu iaitu Pegawai Tadbir. Skim perkhidmatan aku berubah 360° dari seorang penilai / teknikal kepada bidang pengurusan. Sekarang ini, aku mengetuai Unit Pentadbiran, Integriti, Kewangan dan Kejuruteraan di sebuah agensi Kerajaan Persekutuan dan ditempatkan di Negeri Melaka. Alhamdulillah, semuanya rezeki dari Yang Maha Esa.


Sekarang sudah hampir 11 bulan aku mencari rezeki di Negeri Melaka dan banyak benda baru yang aku pelajari di sini terutamanya dalam bidang sumber manusia, pengurusan kakitangan, pengurusan integriti dan macam-macam lagi. Berat hatiku pada awalnya untuk berhijrah ke Melaka disebabkan banyak perkara antaranya aku sudah selesa di Kuala Lumpur dan telah mempunyai rumah sendiri di sana, namun disebabkan peluang yang ditawarkan oleh Pengurusan Tertinggi sangat-sangat menarik dan menjadi platform untuk aku terus kembangkan karier aku. Apa-apa pun, aku percaya dengan rezeki Yang Maha Esa.


HARAPAN 2025...


Bercakap soal harapan bagi Tahun 2025 ini, banyak impian yang aku pasang sepanjang tempoh 12 bulan di Tahun 2025 ini. Antaranya, aku nak terus memperkukuhkan semangat integriti di kalangan staff aku, aku nak tawan Negara yang ke-23 iaitu Nepal untuk eksplorasi aku yang seterusnya secara Solo Backpackers dan bermacam-macam impian lain.


Tapi semuanya aku perlu susun dan bersabar dengan rentak semasa sekeliling. Aku juga mengharapkan semua pembaca blog aku terus mendoakan yang baik-baik untuk diri aku dan sentiasa menyokong setiap apa yang aku lakukan. 


Sekian, Wallahua'lam...


Ikhlas dari,

WMHMY

wan_hazem19@yahoo.com

Bukit Baru, Melaka










Sunday, June 16, 2024

Ultraman Blazar The Movie : Tokyo Kaiju Showdown...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Alhamdulillah... Nie first post aku untuk Tahun 2024 dan seperti biasa, banyak benda sebenarnya yang aku nak kongsikan terutamanya berkaitan dengan trip backpackers aku selama 14 hari di India dan Pakistan, Trip 4 hari ke Indonesia, pekerjaan baru aku dan sebagainya lagi.

Tapi tue la, aku tak dapat nak kongsikan dalam masa terdekat sebab aku akan khaskan satu masa nanti untuk aku kongsikan semua perkara tersebut.

ULTRAMAN BLAZAR THE MOVIE : TOKYO KAIJU SHOWDOWN

15 Jun 2024 (Sabtu) tadi, aku berpeluang untuk pergi ke 'Meet & Greet Session With Captain Gento - Tomoya Warabino bersempena dengan Filem Ultraman Blazar The Movie - Tokyo Kaiju Showdown' di TGV Sunway Pyramid.


Secara ringkas, filem Ultraman Blazar The Movie : Tokyo Kaiju Showdown nie menceritakan mengenai Special Kaiju Reaction Detachment (SKaRD) yang diketuai oleh Captain Gento (lakonan Tomoya Warabino) yang mengetuai misi untuk memusnahkan Kaiju.

Kaiju yang muncul dengan 'bantuan' yang memanipulasi Yuki, anak kepada CEO Necromass, Dr Mabuse apabila mengetahui Yuki tidak menyokong dengan kajian dan ciptaan ayahnya dan menentang secara spiritual melalui 'makhluk asing' yang diciptanya sendiri untuk memusnahkan Pusat Kajian Necromass.

Nak tahu lebih lanjut, korang kena tengok sendiri filem ini dipawagam terdekat mulai 20 Jun 2024. 

'Meet & Greet Session With Captain Gento - Tomoya Warabino' adalah antara sesi yang sangat ditunggu-tunggu setelah menonton filem ini di awalnya. Penonton yang ramai dan sporting sedikit sebanyak memberikan suasana hall yang sangat happening.


Pelbagai aktiviti dibuat sepanjang events tersebut antaranya pemberiaan merchandise, photo session with Ultraman Blazar, sesi Q&A dengan Tomoya Warabino dan sebagainya lagi. Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan semasa di sana tadi.

Aktiviti di ruang legar bersempena dengan Ultraman Blazar The Movie : Tokyo Kaiju Showdown...


Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Sunway Pyramid, Selangor
16 Jun 2024





Wednesday, December 27, 2023

The Lord Musang King, Boleh Layan...

Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Malaysia Madani...

Tinggal 1 bulan 6 hari saja lagi untuk aku membuat persiapan penuh untuk backpackers ke India iaitu negara yang ke-19 yang akan aku explore dan terokai. Semalam aku dah selesai urusan pembelian 4 tiket train bagi route New Delhi ke Agra, Agra ke Jaipur, Jaipur ke New Delhi dan New Delhi ke Amritsar. Doa-doakan untuk aku ya semua.

REVIEW MOVIE THE LORD MUSANG KING

Tadi aku berkesempatan untuk menonton sebuah filem tempatan iaitu The Lord Musang King arahan Lee Moon Ho yang berasal dari South Korea di GSC Setapak Central. 

Jom aku kongsikan dulu, sinopsis filem ini :-

"Mengisahkan anak pekebun durian yang berjaya, namun diperdaya dan dipenjarakan. Demi menyelamatkan Haikal, bapanya, Samad membuat perjanjian dengan ahli perniagaan Korea Selatan, Cheon Jin untuk membebaskan anaknya.

Namun, Samad dibunuh oleh Taikun Korea Selatan ketika cuba membebaskan anaknya. Selepas menyedari kejadian sebenar, Haikal tampil menuntut bela atas kematian bapanya."

Filem ni sebenarnya aku tak pernah tahu menahu pun tentang kewujudannya tapi aku start tengok trailer dia selepas aku terbaca bahawa filem ini adalah gabungan produksi antara Malaysia dan South Korea, dan expectation aku tentang kualiti dan jalan cerita filem ini adalah sangat tinggi sebab aku antara peminat filem South Korea.

Filem ini diterajui oleh Yusuf Bahrin sebagai Haikal dan watak Cheon Jin lakonan Eddie Chow serta beberapa lagi pelakon lain seperti Fimie Don, Harissa Adlynn Halim, Azri Sabri, Kwak Dong, Jay Iswazir dan lain-lain lagi. 

Dari aspek, lakonan, bagi aku setiap pelakon dalam filem ini mampu menyampaikan watak masing-masing tetapi aku terasa agak 'pelik' sebab hanya watak Haikal saja yang nampak sangat real berbanding lakonan pelakon-pelakon lain.

Jalan cerita filem ini juga sebenarnya sangat menarik tetapi banyak perkara terutamanya prob dan latar belakang kawasan macam kurang 'masuk' dan 'kurang menarik' terutamanya apabila scene di kantin penjara kelihatan seperti sebuah food court terbuka yang hanya dikawal oleh guard , pastu kawasan rekreasi dalam penjara yang kelihatan seperti sebuah rooftop yang dikawal oleh guard jugak.

Kelebihan atau tarikan utama dari filem ini bagi aku adalah aksi berlawan atau bergaduh. Memang sangat-sangat menarik dan real terutamanya gabungan Haikal dan sorang banduan Korea berlawan dengan kelompok banduan yang suka membuli. Itu bagi aku sangat menarik!

Filem ini banyak kekurangan sebenarnya walaupun jalan ceritanya menarik. Mungkin disebabkan bajet yang ciput ketika menghasilkan filem ini. Dan ini antara sebab aku bagi 2/5 stars untuk filem ini.

Apa-apa pun, jom aku kongsikan beberapa keping gambar aku bersama-sama dengan pelakon-pelakon filem The Lord Musang King.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Setapak, Kuala Lumpur
27 Disember 2023

Friday, December 22, 2023

Filem Abang Adik, Filem Wajib Tonton...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Seminggu dua ni, aku agak sibuk untuk study serba sedikit berkenaan dengan Negara India, dimana aku akan travel secara backpackers ke sana pada awal 2024. Persiapan ini memerlukan aku meneliti banyak benda untuk aku susun itinerary aku supaya explorasi aku ke sana nanti dapat tawan sebahagian kecil India seperti Amritsar, Kashmir, New Delhi, Agra & Jaipur.

FILEM ABANG ADIK, FILEM WAJIB TONTON...

Sebenarnya aku nak kongsikan serba sedikit mengenai filem 'Abang Adik' yang bagi aku filem ini sangat-sangat memberikan kesan kepada aku bilamana aku dapat meyusuri setiap babak-babak yang wujud di dalam filem ini. Sebelum pergi lanjut, jom aku kongsikan sinopsis filem ini :-

" 'Abang' lakonan Kang Ren Wu dan 'Adik' lakonan Jack Tan yang tiada status warganegara menjalani kehidupan miskin di kawasan Pudu, yakni di tempat tinggal pekerja asing. Mereka tidak boleh menikmati kebajikan umum negara, tidak boleh memohon pasport serta membuka akaun bank.

Abangnya, Abang dilahirkan tanpa upaya pendengaran, bekerja keras dan menerima nasib, dan hanya mahukan kehidupan yang stabil. Adik pula tidak mahu tunduk kepada nasibnya dan menjual dokumen palsu secara haram. Dia hanya mahu membuat wang dan bawa saudaranya pergi dari tempat yang menjijikkan itu.

Kedua-dua orang yang pada asalnya menjalani kehidupan yang tidak sama rata kerana keghairahan pekerja sosial, Jia En menawarkan diri untuk membantu mengesan maklumat ibu bapa asal dan sijil kelahiran. Namun, kebaikannya membawa kepada kemalangan, dan pada masa yang sama, Abang dan Adik sekali lagi jatuh ke dalam kesempitan."

Filem yang diarahkan dan ditulis oleh Jin Ong ini menjadi antara filem yang paling aku nanti-nantikan untuk tahun 2023 dan walaupun tak semua pawagam di Kuala Lumpur menayangkan filem ini, aku tetap mencuri masa untuk tonton filem ini di TGV Suria KLCC dan boleh kata ramai juga la penonton masa tu.

Pertamanya aku nak puji lakonan hebat Abang dan Adik iaitu Kang Ren Wu dan Jack Tan yang bagi aku kekuatan terhadap lakonan mereka sangat-sangat membantu menghidupkan penceritaaan filem ini. Sangat terserlah adalah watak Abang yang cukup-cukup memberikan aku satu inspirasi dalam meneruskan kehidupan walaupun berada dalam keadaan yang serba kekurangan.

Penceritaan bagi filem ini juga sangat jelas dan straight forward iaitu si Abang sangat-sangat nakkan Adik nya ada IC yang sedang diuruskan oleh Jia En. Dengan adanya IC, dorang dapat menikmati kehidupan sebagai rakyat Malaysia. Kritikan sinis terhadap isu ini sedikit sebanyak memberikan satu 'tamparan' buat pihak berwajib perlu turun padang untuk membantu menyelesaikan isu ini.

Latar belakang filem ini yang sangat dekat dengan keadaan yang sangat realistik membuatkan filem ini 'hidup' untuk membawa aku terus menonton dari satu babak ke babak yang lain sehinggalah terjadinya satu peristiwa yang tidak disengajakan dan membuatkan plot cerita ini terus menjadi menarik.

Aku terus menghayati dan menyelami setiap tindakan yang si Abang lakukan sehinggalah sampai di 'klimaks' dia, aku sendiri tak mampu untuk tahan air mata aku yang terus mengalir deras. 😭😭😭 Rasanya 3 kali aku mengalirkan air mata dan setiap babak tersebut cukup-cukup membuatkan aku sebak dan mengganggu emosi aku. Fullstop!

Secara keseluruhan, aku bagi 11/10 bintang untuk filem ini dan aku isytiharkan filem ini WAJIB ditonton oleh korang semua. Serius, memang takkan rugi. Aku sendiri akan pergi sekali lagi ke pawagam untuk tonton filem ini. Tahniah untuk semua tenaga kerja filem ini!

Aku amat yakin, filem Abang Adik pasti mampu memenangi mana-mana kategori di Festival Filem Malaysia 2023 nanti. Insyaallah...

*Aku teringin sebenarnya nak jumpa si Jack Tan ni sebab rasanya hampir semua filem lakonan dia, aku tonton di pawagam seperti Shuttle Life (2017), Rise Ini Kalilah (2018), Fly By Night (2018), Air Force The Movie - Selagi Bernyawa (2022) dan terbaru adalah Abang Adik (2023). Hopefully, suatu hari nanti dapat berjumpa dan bergambar dengan beliau.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Yan, Kedah Darul Aman
19 Disember 2023

Sunday, December 10, 2023

Premiere Screening Filem Gampang Cuan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Alhamdulillah...kita bertemu lagi dalam blog aku yang tak seberapa ini. Sebenarnya aku excited untuk meneruskan impian aku menjelajah dunia menerusi backpackers dan Insyaallah, Tahun 2024 akan membawa aku ke beberapa buah negara yang pastinya menjadi negara ke-19 untuk aku explore secara backpackers.

Negara apakah itu? Insyaallah, awal Februari 2024 nanti aku akan ke Negara India. Ada beberapa daerah / tempat yang aku akan masukkan dalam itinerary aku iaitu Kashmir, New Delhi, Agra, Jaipur dan Amritsar. Doa-doakanlah agar semuanya berjalan dengan lancar. Insyaallah...

PREMIERE SCREENING FILEM GAMPANG CUAN

Gampang Cuan? Apakah itu? Mulanya aku sendiri pun tak pasti filem ini mengenai apa, tapi secara kebetulan, aku terpandang poster filem ini dan aku pun berkata, aku on untuk ke Premiere Screening filem Gampang Cuan ini pada 08 Disember 2023 bertempat di TGV Sunway Pyramid.

Bagi aku, filem ini membawa aku untuk selami realiti kehidupan yang sedang berlaku dan kadang-kadang aku terfikir macam watak Sultan lakonan Vino G Bastian. Sultan ini seorang anak / abang yang sangat mementingkan keluarga tetapi dia terpaksa menipu kepada keluarganya di kampung bahawa dia sudah berjaya di bandar Jakarta.

Konflik mula timbul bilamana satu persatu adiknya mula datang ke Jakarta iaitu Bilqis (lakonan Anya Geraldine) dan Aji (lakonan Alzi Markers). Banyak babak-babak yang melucukan bilamana Sultan dan Bilqis mula terjebak dengan saham untuk mendapatkan wang secara cepat.

Keadaaan bertambah genting bilamana ibu mereka pula datang ke Jakarta. Semua pelakon memberikan penghayatan yang sangat baik dalam menghidupkan suasana cerita yang begitu banyak pengajaran yang boleh kita ambil terutamanya berkaitan ukhuwah kekeluargaan. 

Ada beberapa babak yang membuatkan aku sendiri tersentuh dan mengalirkan air mata. Sangat dekat rasanya babak tersebut dengan aku dan aku terbayang mama abah aku. 😭😭😭

Secara keseluruhan aku sangat-sangat berpuas hati dengan filem ini dan aku ucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada Zhafvlog kerana sudi beri pass untuk aku menonton filem ini. Aku bagi 4/5 bintang untuk filem ini.

Jom aku kongsikan beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan ketika bersama-sama dengan para pelakon filem ini.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
09 Disember 2023
Setapak, Kuala Lumpur 

Sunday, October 22, 2023

Tayangan Perdana Filem 'Air Mata Di Ujung Sajadah'...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...

Baru-baru ini aku diberi peluang untuk menghadiri ke Tayangan Perdana filem 'Air Mata Di Ujung Sajadah' yang bertempat di TGV Pavilion Bukit Jalil pada 10 Oktober 2023 yang lalu.

Filem yang diarahkan oleh Saudara Key Mangunsong telah mengangkat beberapa pelakon ternama dalam menerajui filem ini seperti Titi Kamal, Fedi Nuril, Citra Kirana dan lain-lain lagi.

Sejujurnya sebelum hadir ke tayangan perdana ini, aku belum menonton sebarang trailer berkaitan filem ini dan tak tahu pasal sinopsis filem ini tetapi timeline fb aku dipenuhi dengan post-post daripada beberapa cinema yang mempromosikan bahawa filem ini adalah sebuah filem yang sangat-sangat menyedihkan dan mampu membuatkan penonton menangis.

Sebenarnya agak teruja bilamana berpeluang untuk bertemu mata dengan para pelakon filem ini seperti Fedi Nuril, Titi Kamal, Citra Kirana, Krisjiana Baharudin, Faqih Alaydrus dan Jenny Rachman. Aku turut sempat bergambar kenang-kenangan bersama mereka. 

Aku sempat juga bergambar bersama dengan beberapa selebriti Malaysia yang turut hadir ke tayangan perdana tersebut seperti Nur Fazura, Fattah Amin dan Azri Iskandar. 

ULASAN / REVIEW FILEM

Permulaan filem ini kita dipertunjukkan satu pertengkaran hangat antara Aqila (lakonan Titi Kamal) dengan ibunya yang berpunca bilamana Aqila minta restu untuk terus berhubungan dengan lelaki pilihannya iaitu Arfan (lakonan Krisjiana Baharudin).

Konflik bertambah bilamana Aqila berkahwin dengan Arfan tanpa restu ibunya sehinggalah Aqila melahirkan seorang bayi lelaki dimana beberapa sebelum itu Arfan telah meninggal dunia akibat kemalangan. Lebih malang, bayi yang dilahirkan itu telah diserahkan kepada Arif (lakonan Fedi Nuril) & Yumna (lakonan Citra Kirana) oleh ibu Aqila tanpa pengetahuan Aqila.

Aqila diberitahu oleh ibunya bahawa anaknya telah meninggal dunia sehinggalah Aqila berkelana ke Eropah untuk menghabiskan pembelajarannya di sana. Tanpa disangka, ketika ibunya sakit, ibunya telah memberitahu perkara sebenar dan membuatkan Aqila mula mencari anak kandungnya itu.

Nak tahu lanjut? korang kena menonton sendiri filem ini di pawagam... 😅😅

Sejujurnya, filem ini sangat kuat mesej nya dan sesekali membuatkan aku terfikir sejenak kebaikan yang wujud dalam filem ini walaupun 'instinct' kita ke arah lain tetapi pengarahnya membawa filem ini ke arah yang sepatutnya. Terbaik!

Aku puji jalan ceritanya dan memang benar, filem ini mampu untuk membuatkan kita mengalirkan air mata disebabkan perjalanan cerita ini yang sangat-sangat dekat dengan kehidupan kita yang bermain di kalangan ahli keluarga. Syabas!

Apa-apa pun, aku bagi, 7/10 bintang untuk filem ini! Jom aku kongsikan beberapa keping gambar semasa Premiere Screening filem ini.

Ikhlas dari,
WMHMY
Bangi, Selangor
21 Oktober 2023
wan_hazem19@yahoo.com