Assalamualaikum...
Salam Sejahtera...
Salam Malaysia Madani...
Bertemu kita sekali lagi ke blog aku yang tak seberapa ini. Kali nie aku nak kongsikan sedikit review aku terhadap buku yang aku terima dari FIXI yang bertajuk SYARIKAT!
Penulis : Ariff Adly
Terbitan : Fixi
Bilangan Muka Surat : 268 halaman
Waktu mula-mula aku terbaca sinopsis buku 'Syarikat' yang dikongsikan oleh FIXI di FB tempoh hari, terdetik kat hati dan fikiran aku, 'wow!'. Kes ditutup? Kes apakah itu? Bila tengok nama penulis, Ariff Adly. Wahhh buah tangan terbaru beliau. Pasti jalan cerita bagi buku ini adalah 'sesuatu'.
Ternyata, sangkaan aku adalah tepat. Novel Syarikat ini sangat-sangat 'sesuatu' bilamana ianya memperlihatkan kisah 4 watak yang berbeza situasi gentingnya iaitu Ijoy, Arel, Ummi & Mai dan Fariz. Setiap kisah ini membawa aku ke dunia mereka yang penuh kejam dan sengsara.
Semuanya memperlihatkan situasi yang penuh mencabar, menyeksakan, melemaskan dan membuatkan kita turut 'rasa' apa yang dialami oleh kesemua watak-watak tersebut.
i. Ijoy - bagaimana dia ditipu dan dibuli oleh teman-temannya di sekolah sehingga menyebabkan dia tercedera dan penuh luka.
ii. Arel - bagaimana dia begitu menyayangi Budak Punk dan perasaan itu berubah 360° setelah melihat di medsoc apa yang terjadi kepada Budak Punk setelah dia menolak untuk meneruskan menjaga Budak Punk.
iii. Ummi & Mai - kita dilihatkan kedua-dua beradik ini diseksa dengan penuh kejam oleh sang ayah yang bertopengkan seorang 'ustaz'. Penyeksaan yang dibuat sangatlah kejam dan teruk.
iv. Fariz - dimana dia terkesan dengan pemergian kekasihnya Herlenna. Pemergian kekasihnya itu membongkarkan 1001 cerita yang penuh dengan perasaan amarah dan sakit hati!.
Syarikat? Syarikat ini pula menjadi salah satu tempat dimana ianya berkait dengan keempat-empat watak tue untuk menempuh hari pembalasan yang akan dikawal penuh oleh mereka terhadap pemangsa-pemangsa asal.
Setiap penyeksaan yang ditunjukkan adalah sangat kejam dan tanpa belas kasihan tapi ianya cukup memberi kesedaran bahawa apa yang mereka buat itu adalah salah.
Penulis berjaya memberikan satu pengalaman baru kepada aku untuk menyelusuri satu 'garis masa' terhadap kewujudan dan keberadaan Syarikat. Menarik!
Cuma aku try 'flash back' dimana aku perasan konsep cerita dalam Syarikat ini hampir sama dengan K-Drama - Taxi Driver. Dia ada - mangsa, pemangsa, pembalas. Cuma pembalas dalam Syarikat adalah datangnya dari sifat mangsa itu sendiri samada memilih untuk balas secara kejam, secara tak kejam atau memaafkan.
Bagi aku, Syarikat ini cukup untuk membuatkan kita memahami perasaan terhadap mangsa-mangsa dan merasai timbal balas terhadap pemangsa. Aku rasa perasaan itu!
Secara keseluruhan , buku Syarikat ini layak diberi 4/5 stars untuk kita memahami dunia Syarikat itu sendiri.
*P/s - mohon penulis buat sekuel terhadap buku Syarikat ini. Sebab nak tahu, apa yang akan dibuat oleh Azizul / Rakael setelah jadi Yang Keempat! 🙈
Ikhlas dari,
WMHMY
Bukit Baru, Melaka
wan_hazem19@yahoo.com
#MalaysiaMembaca
#MalaysiaMembaca2025
#AjimMembaca








