Friday, December 31, 2010

2010 Dalam Kenangan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Selamat Tinggal 2010” merupakan satu ungkapan ayat yang sangat memberi kesan terhadap diri saya kerana Tahun 2010 ini, sungguh memberikan pelbagai corak warna kehidupan saya dalam meniti liku-liku kehidupan yang penuh berduri.

Pelbagai pengalaman pahit dan manis telah dihadapi sehinggakan sungguh memualkan untuk ditelan tetapi berkat kesabaran dan kekuatan yang tinggi, dapat juga saya bertahan dan hadapinya dengan tenang dan penuh kejayaan. Insyaallah…

Hari ini juga saya ingin berkongsi dengan para pembaca berkenaan dengan sepanjang tahun 2010 yang berlaku terhadap diri saya. Ianya sebagai satu pengalaman yang perlu dikongsikan bersama supaya mendapat hikmah disebalik kejadian dan peristiwa yang berlaku itu.

Saya akan mulakannya dengan Kenangan dan Pengalaman Pahit dahulu sebagai penguat diri untuk diri ini.

KENANGAN / PENGALAMAN PAHIT 2010
1. Difitnah dalam Blog iaitu “Wan Hazem dan Nur Hidayu (MPM UTM IC) larikan duit mahasiswa sebanyak RM230,000”
2. Dipukau oleh seorang wanita yang tidak dikenali
3. Diugut supaya tidak bertanding dalam Pilihanraya Kampus
4. Dalam sejarah sepanjang 20 tahun menetap di rumah, kali pertama rumah dibanjiri air dan menjadi mangsa bah air di Kedah
5. Diugut untuk dikenakan saman ke atas diri saya dan portfolio saya oleh “tuuut” supaya menarik semula kata-kata yang telah dipostkan dalam Facebook yang lebih ke arah berpihak kepada mahasiswa berkenaan dengan Isu Seluar Jeans di UTM IC
6. Tidak dilayan semasa ingin membuat pertemuan dengan seorang “tuuut” ketika Isu Harga Loker di UTM IC
7. Terpaksa bertukar tempat Latihan Industri disebabkan berlaku beberapa masalah
8. Terpaksa melepaskan Jawatan Presiden Pelajar Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) yang sempat menjawatnya selama 3 bulan sebelum beralih ke kerusi MPM UTM IC
9. Terpaksa berhadapan dengan pelbagai ragam mahasiswa dan staff di UTM IC
10. Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha dalam keadaan yang kurang meriah setelah ketiadaan nenek tersayang yang telah pergi pada 20 Oktober 2007
11. Tidak dapat mengekalkan Anugerah Dekan
12. Apabila program yang dibuat dicop sebagai Program Paling Berbahaya dan Ekstrem iaitu bagi Program XPDC 1 Mahasiswa 1 UTM
13. Ditipu dan dipergunakan oleh beberapa orang kawan di UTM
14. Terlibat dalam kemalangan jalanraya di depan Kampus UTM IC


KENANGAN / PENGALAMAN MANIS 2010
1. Dapat mengetuai atau menjadi Pengarah Program bagi 3 program iaitu 2 program berbentuk University Social Responsibility dan 1 program berbentuk Pendakian Gunung dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin.
a) Program Ekspedisi 1 Mahasiswa 1 Suara 1 Wawasan 2010
b) Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Melaka (USR-UTM@Melaka 2010)
c) Program University Social Responsibility Universiti Teknologi Malaysia di Panching sempena Program Kembali Ke Sekolah 2011
2. Dilantik sebagai Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia bagi portfolio Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam sesi 2010/2011
3. Berita berkenaan dengan Program yang saya lakukan masuk dalam akhbar harian iaitu pada 9 Mac 2010 bagi program pendakian dan beberapa akhbar yang lain bagi program USR-UTM@Melaka 2010
4. Mesyuarat bersama wakil-wakil rakyat dan ahli parlimen termasuk Ketua Menteri.
5. Tercapai impian untuk menjelajah seluruh Malaysia kecuali Terengganu dan Sabah bagi aktiviti-aktiviti semasa bergelar mahasiswa di UTM
6. Dapat merapatkan dan menghubungkan mahasiswa Utara di UTM IC buat julung kalinya setelah hampir 3 tahun saya belajar di situ, program seperti itu tidak pernah dibuat.
7. Apabila diangkat sebagai penerima Anugerah Permata Gemilang (Tokoh Harapan) dan Anugerah Seri Mahligai (Jabatan Keusahawanan Terbaik) bagi Malam Penganugerahan JKM-KSJ dan menjadi finalis bagi Kategori Anugerah Kepimpinan dan Anugerah Keseluruhan juga pada majlis yang sama
8. Dapat memartabatkan semula budaya Timur atau budaya Kemelayuan dalam beberapa majlis seperti Malam Penganugerahan JKM-KSJ, Malam Pra Graduan & Culture and Sport Competition 2010
9. Dapat membudayakan semula aktiviti mahasiswa bersama dengan golongan istimewa iaitu Kanak-kanak Sindrom Down
10. Apabila memenangi Naib Johan dalam Technology Colloquium Parliamentary Style Debate sempena Science & Technology Fair di UTM Skudai
11. Dapat berkongsi sedikit masalah dengan beberapa orang Ahli Parlimen
12. Kali pertama berprogram bersama-sama dengan Masyarakat Orang Asli
13. Dapat berinteraksi dengan seluruh Perwakilan Mahasiswa dari setiap Universiti (IPTA) seluruh negara
14. Dapat berprogram ke luar negara iaitu di Pulau Batam, Indonesia bagi Program Global Outreach Program to Pulau Batam
15. Mempunyai keluarga angkat di Melaka dan mempunyai adik angkat di Sarawak bagi beberapa program yang diadakan di kedua-dua tempat tersebut
16. Menerima jemputan eksklusif bagi Anugerah Merdeka 2010 dan menontot orchestra di KLCC

Mungkin setakatt itu sahaja yang mampu saya kongsikan bersama-sama dengan pembaca blog sekalian. Semoga pengalaman itu memberi 1001 kekuatan terhadap diri saya dan anda semua untuk terus maju ke hadapan walaupun terpaksa berhadapan dengan 1001 cabaran sepanjang perjalanan untuk sampai ke destinasi kejayaan. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: