Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Malam ini saya ingin berkongsi sedikit cerita berkenaan dengan penglibatan dan penyertaan saya bagi Kursus Asas Mahasiswa – Biro Tatanegara yang bertempat di Langkawi baru-baru ini buat kali yang kedua. Kali ini begitu menyeronokkan kerana melibatkan jugak mahasiswa dari UTM Skudai. Walaupun hanya 4 orang dari UTM IC iaitu saya, Mushlikie, Fais Fasha & Muazzam Musa, kami tetap berjaya meneruskannya.
Bagi kursus kali ini, ianya seakan lebih santai berbanding kursus yang pernah saya pergi sebelum ini. Alhamdulillah, selain dari memperolehi ilmu-ilmu yang berguna, saya juga dapat menambah kenalan baru dari pelbagai latar belakang, itu merupakan satu lagi platform baru untuk saya lebih berfikiran matang.
Pada mulanya, saya agak keberatan untuk pergi ke kursus ini tetapi disebabkan 3 org iaitu junior saya ini begitu teruja untuk sertai terutamanya apabila dibuat di Langkawi iaitu satu tempat yang begitu menarik untuk dikunjungi, saya meneruskannya walaupun hanya saya seorang saja “Senior” yang terlibat.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada ahli kumpulan saya kerana mempercayai diri ini untuk menjadi penolong ketua walaupun saya seorang saja yang paling muda dalam kumpulan tersebut. Begitu menarik sekali dengan aktiviti yang dilakukan kerana ianya berlainan dan tidak seperti yang saya jangkakan.
Kami juga dapat membuat satu persembahan unik yang hanya mengambil masa tidak sampai sehari untuk membuat latihan tetapi begitu “BOOM” ketika persembahan itu dipersembahkan. Dengan menjadikan lagu “Jalur Gemilang” sebagai lagu utama, menjadikan mesej yang ingin disampaikan itu lebih dekat untuk difahami.
Seterusnya juga, kami juga dibawa melawat beberapa tempat menarik sekitar Langkawi sebagai aktiviti sampingan bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain seperti Oriental Village, Kilang Gamat, Galeria Perdana, Pekan Kuah dan sebagainya lagi.
Yang paling penting, saya begitu “enjoy” dengan my roommate iaitu Mushlikie, Fais Fasha & Muazzam Musa. Walaupun sering didenda akibat lambat tapi Alhamdulillah, “presentation” yang kami lakukan juga begitu menarik perhatian sekeliling. Hehehe… Saya juga begitu teruja apabila kali pertama dapat bermain “Polo Air”, walaupun kumpulan saya hampir semuanya agak rendah dan ketot….hehehehe tapi tetap Best…hehehe
Sebelum itu, saya ingin berkongsi beberapa keping gambar sebagai tatapan kepada para pembaca semua…
Sekian, wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Sunday, December 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment