Wednesday, December 15, 2010

Percayalah Pada Diri Sendiri...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



“Percayalah Pada Diri Sendiri”. Itulah satu ungkapan yang perlu saya perkatakan pada ketika ini apabila melihat situasi yang sedikit mencemaskan saya iaitu keyakinan dan kepercayaan pada diri sendiri di kalangan Belia Remaja dan Mahasiswa hari ini adalah di tahap yang rendah.

Ungkapan ini perlulah ditanam pada setiap Belia Remaja dan Mahasiswa sekarang bagi membentuk suatu asas bagi memperkukuhkan kestabilan diri untuk terus berjaya. Percaya atau tidak, kepercayaan pada diri sendiri itulah penguat diri sebenarnya setelah tawakkal kepada-Nya.

Kegagalan yang berlaku dalam hidup kita pada masa kini kemungkinan besar berpunca apabila ramai Belia Remaja dan Mahasiswa sekarang tidak mempercayai kebolehan dan kemahiran yang ada pada diri untuk terus diasah dan diperkembangkan bagi membantu diri mencapai kejayaan.

Banyak perkara boleh dikongsikan berkenaan dengan tajuk penulisan pada kali ini. Contohnya, sekiranya anda percaya pada diri anda untuk berjaya, maka anda akan mencapainya walaupun kegagalan yang terlebih dahulu menyinggah masuk untuk mewarnai kehidupan diri anda.

Liku-liku kehidupan akan terus diwarnai dengan pelbagai warna yang akan muncul silih-berganti. Cuba anda semua perhatikan kebanyakan Belia Remaja dan Mahasiswa yang rosak dan liar adalah disebabkan mereka ini tidak mempercayai diri sendiri dan mencari jalan mudah untuk selesaikan masalah yang berlaku.

Kepecayaan diri sendiri sebenarnya memberi impak yang begitu positif kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya kerana setiap individu itu pasti mengenali dirinya sendiri dan haruslah membuang perasaan malu dan angkuh dalam diri mereka ini.

Datuk Nicol David, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Siti Nurhaliza, dan sebagainya lagi merupakan tokoh-tokoh idola yang begitu yakin pada diri sendiri untuk muncul sebagai insan yang begitu disegani. Kenapa mereka ini boleh berjaya?? Kenapa kita masih di takuk yang lama??

Perubahan yang ingin dilakukan pada diri sendiri mestilah dikuatkan dengan kepercayaan terhadap diri sendiri. Setiap perubahan yang dilakukan itu mestilah menjadikan “Lillahi Taala” sebagai asas utamanya bagi membentuk peribadi yang baik dan seterusnya mencapai kejayaan yang diimpikan.

Percayalah sekiranya anda semua percaya terhadap diri anda untuk mencapai kejayaan yang diimpikan, Insyaallah, anda akan berjaya. Tetapi sekiranya anda tidak mempercayai diri anda yakni kebolehan dan kemampuan diri anda, anda sendiri akan menimpa kegagalan.

*penulisan ini ditulis ketika saya berada di Pulau Batam, Indonesia…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: