Sunday, December 19, 2010

Gurindam1 - Wan Hazem...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Terdetik di hati saya untuk menciptakan satu gurindam yang selalu menjadi pesanan terhadap diri saya dan pembaca yang lain. Pesanan ini sering diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan dan mentor-mentor saya dan akhirnya saya kumpulkan menjadi satu Gurindam1-Wan Hazem...
Hayatilah...

Gurindam1-Wan Hazem...

Jangan suka menunding jari
Kelak terduduk mendiamkan diri

Jangan suka sombongkan diri
Kawan lari tiada pengganti

Jangan suka banggakan diri
Nanti merana tiada orang di sisi

Jangan suka dusta-mendustai
Orang benci susah nanti

Jangan suka melarikan diri
Sesat nanti habis tak sedar diri

Jangan suka mempermainkan isi hati
Ibarat berdiri tanpa sifat rohani

Jangan suka ungkit-mengungkiti
Sekali kena orang dah benci

Jangan suka rosakkan diri
Sesal nanti susahkan diri sendiri

Jangan suka ke alam fantasi
Goyah nanti di masa reality

Jangan suka khianat-mengkhianati
Orang benci, Allah pun benci



Nukilan,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: