Friday, December 24, 2010

Kongsi Ilmu Perlu Dibudayakan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



Kongsi Ilmu merupakan satu pendekatan yang harus kita semua amalkan. Pendekatan seperti ini sedikit sebanyak mampu membentuk satu transformasi diri bagi melahirkan graduasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Natijahnya, ia memberi satu pergerakkan baru bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan generasi hari ini.

Ianya selaras dengan tindakan yang diambil oleh Pihak Kerajaan mahupun Pihak Pembangkang bagi merapatkan saf dan ukhuwah di kalangan sesama sendiri bagi meluaskan lagi pengaruh ilmu tersebut. Istilah yang digunakan seperti ini memberi satu gambaran baru bahawa ilmu perlu dikongsikan. Sama ada untuk generasi hari ini mahupun generasi akan datang.

Imbas kembali bagaimana sistem yang digunakan oleh Rasulullah dalam menyebarkan Islam itu sendiri, menjadikan perkongsian itu sebagai satu tarikan kepada memupuk satu perpaduan bagi meluaskan lagi Islam di seluruh dunia. Tetapi sedikit terkilan melihat pemimpin-pemimpin sekarang yang hanya kelihatan retorik semata-mata berbanding berkongsi ilmu yang perlu diutamakan.

Ke mana hilangnya acuan pembentukkan pembudayaan ilmu?? Sekiranya kita masih mengamalkan konsep individulisme yang hanya tertumpu pada diri kita sendiri. Berbanding penglibatan rakan-rakan, mahupun saudara sendiri untuk terus maju ke hadapan sepertimana masyarakat Jepun dan Korea.

Saya ingin membawa satu gambaran mudah kepada pembaca blog sekalian, jika seorang Pemimpin Mahasiswa hanya mementingkan kepentingan diri sendiri dalam sesuatu ilmu, itu merupakan satu tindakan bodoh dan angkuh terhadap dirinya sendiri. Dan sekiranya pula, seorang Pemimpin Mahasiswa berkongsi apa yang dapat diambil dalam sesuatu ilmu baru yang dipelajarinya kepada rakan-rakannya atau junior-juniornya, ia satu tindakan positif yang diamalkan dalam dirinya itu.

Cuba para pembaca blog sekalian bayangkan, sekiranya Pemimpin Negara sekarang mengamalkan “Kongsi Ilmu” kepada mahasiswa-mahasiswa di seluruh IPTA, pelajar-pelajar sekolah Menengah, Kakitangan Awam dan sebagainya lagi, Insyaallah, pembudayaan ilmu itu sendiri akan berkembang dan menjadi ikutan kepada seluruh rakyat di negara ini.

Begitu juga kepada Pemimpin-Pemimpin Mahasiswa sekarang, sekiranya mengamalkan “Kongsi Ilmu” ke setiap Universiti masing-masing, Insyaallah…pembudayaan ilmu di kalangan para remaja dan mahasiswa akan berkembang terus dan menjadi satu perkara wajib kepada mahasiswa baru yang mendaftar. Betul atau tidak, tepuk dada tanyalah selera anda.

Akhir kata, penggunaan teknologi canggih kini tidak mustahil menjadi satu alasan kepada para pemimpin sekarang untuk bermadah pujangga kepada setiap generasi akan datang.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: