Friday, December 24, 2010

Bara Yang Digenggam Biar Sampai Jadi Arang...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



Bara Yang Digenggam Biar Sampai Jadi Arang”. Satu peribahasa melayu yang saya petik untuk memberi satu gambaran bahawa sekiranya anda melakukan sesuatu perkara yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan yang diimpikan itu.

Percaya atau tidak, sekiranya kita melakukan sesuatu perkara yang baru, kesabaran itulah yang menjadi kekuatan untuk diri kita bergerak selangkah ke hadapan dengan persediaan yang rapi untuk terus membawa gelombang baru bagi realisasikan impian tersebut.

Peribahasa yang diperkatakan ini sememangnya sesuai diangkat dan menjadi panduan kepada diri kita bagi memperolehi kejayaan. Kerana kebanyakkan antara kita masih kurang berani berhadapan dengan risiko terutamanya melibatkan sesuatu perkara yang baru dan mustahil.

Perkara baru dapat dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Positif dan Negatif. Perkara baru yang bersifat positif adalah suatu perkara yang membawa kepada kebaikkan. Contohnya, melaksanakan satu program yang belum pernah dilakukan oleh orang lain sebelum ini dan ianya berjaya dengan gahnya.

Manakala bagi perkara baru yang bersifat negatif adalah suatu perkara baru yang membawa kepada keburukkan. Contohnya, mencuba merokok yang dipengaruhi oleh kawan-kawan sekeliling sedangkan dia tidak pernah merokok.

Kedua-dua situasi ini amatlah berbeza walaupun mempunyai sedikit persamaan iaitu Perkara Baru. Sabar pula sering diperkatakan oleh saya, disebabkan dengan kesabaran itulah yang akan membuatkan diri kita lebih kuat dan kental dalam menempuhi perkara baru.

Sehubungan dengan itu, saya ingin membawa para pembaca kepada satu pemikiran baru iaitu menjadikan risiko sebagai satu platform untuk anda berjaya. Dan paksinya merupakan “SABAR” iaitu satu sifat yang menjadi tunggak perjuangan oleh Pejuang Islam.

Walau apa jua yang terjadi, jadikanlah ia sebagai suatu liku yang akan menghubungkan antara dua jalan untuk sampai ke destinasi yang diimpikan. Fenomena ini perlu dicetuskan oleh generasi kini disebabkan ramai di kalangan mahasiswa kita masih tidak berani menuntut keadilan terhadap hak-hak kita. Percaya atau tidak, hanya segelintir sahaja di kalangan mahasiswa berani berhadapan dengan situasi seperti ini.

Pembentukkan organisasi atau situasi yang digambarkan ini bukan untuk mengajak anda semua ke arah penentangan terhadap mana-mana pihak tetapi ianya sekadar gambaran bagi menyatakan pendapat saya iaitu kurangnya mahasiswa yang berani berhadapan dengan risiko.

Akhir kata, peribahasa yang diperkatakan pada kali ini merupakan satu ayat yang begitu mendalam maksudnya terhadap mahasiswa terutamanya di kalangan Pemimpin Mahasiswa.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: