Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Madani...
#REVIEWBUKU - 1/2025
KENANG-KENANGAN SEORANG GEISHAPenulis : Arthur Golden
Penterjemah : Abd Latiff Bidin
Tajuk Asal : Memoirs of A Geisha
Terbitan : Marshall Cavendish Edition
Bil. Muka Surat : 764 halaman
"Lebih daripada 16 juta naskhah novel ini terjual seantero dunia, dan sudah pun diterjemah ke dalam 35 bahasa. Edisi kulit lembutnya mengungguli senarai jualan terlaris The New York Times selama 48 minggu"
- Random House, Inc.-
"Yang membuat novel ini begitu berjaya ialah tanggapan mengenai realismenya. Khalayak begitu yakin mereka benar-benar membaca sebuah memoir"
- The Sunday Times-
Itulah beberapa komentar yang membuatkan aku begitu teruja untuk membaca dan memiliki novel agung karya Arthur Golden terutamanya dalam Bahasa Melayu yang bagi aku sangat-sangat harus dimiliki, dihayati dan seterusnya menyelami dunia Geisha yang hanya wujud di Japan.
Bayangkan hampir 3 tahun, aku bersusah payah mencari buku ini dengan 'harga' nya yang makin mencecah sehingga RM200.00 senaskhah (second hand). Tapi Alhamdulillah, tahun lepas 2024, aku dapat beli dari seorang hamba Allah di FB yang letgo novel ini dengan harga yang bagi aku sangat-sangat murah iaitu tak cecah RM10.00. Novel ini menjadi salah satu koleksi peribadi untuk 'Mini Library' di rumah yang paling aku sayangi.
02 Februari 2025 - Alhamdulillah, aku berpeluang menghabiskan bacaanku ini dengan penuh penghayatan dalam menghayati perjalanan kehidupan seorang Geisah bernama Sayuri atau nama kampungnya Chaiyo. Kehidupan waktu kecilnya bermula di sebuah kampung terpencil dengan rumah sengetnya bersama ibu, ayahnya dan kakaknya, Setsu. Kehidupannya yang serba susah atau miskin dikampungnya tidak membatasnya untuk hidup sebagai kanak-kanak yang ingin kegembiraan di masa hadapannya.
Chaiyo ini merupakan anak gadis / kanak-kanak perempuan yang comel dan matanya berwarna biru.
Namun semuanya berubah apabila dia dan kakaknya dibawa dan dijual ke Gion, Kyoto iaitu ke sebuah Okiya yang dijaga oleh seorang 'Emak'. Di Okiya itu, Chaiyo dan Setsu dipisahkan ke Okiya-Okiya yang berbeza. Gion ini sekali sekala mengingatkan pengalaman aku berbackpackers secara solo di sana dan ku sempat tengok Geisha-Geisha di Gion.
Geisha ini adalah bagi perempuan / wanita yang berumur 18 tahun ke atas manakala Geisha Perintis pula bagi gadis di bawah 18 tahun. Geisha ini hampir seperti seorang 'pelacur' tetapi di Japan ini, Geisha dijadikan perintis awal dengan dihantar ke sekolah untuk belajar membuat teh, menari, menyanyi, memainkan alat muzik dan sebagainya lagi.
Beberapa watak muncul dikala konflik bermula semasa di Okiya seperti Hatsumomo, Mameha, Labu, Pengerusi, Nobu dan sebagainya lagi. Chaiyo ini pada mulanya hanyalah seorang kanak-kanak yang tiada masa depan ditempatkan di Okiya Nitta dan kerjanya lebih kepada kerja-kerja mengemas sehinggalah Mameha mengambilnya menjadi perintis dibawahnya.
Perjalanan kisah Chaiyo ini sangat dramatis yang dapat membawa kita menyelami sebuah kehidupan yang sangat menghiburkan, mencabar dan semestinya beberapa pergolakan / konflik sehinggalah dia dipilih menjadi Geisha Perintis secara rasmi dan membawa kepada perubahan namanya kepada Sayuri. Sayuri ini lambang kepada sebuah kebaikan yang mendatang. Kisah Sayuri berlalu dengan sangat baik sebelum berlakunya perang dunia dimana Japan diserang oleh Amerika Syarikat yang mengubah 360°c kehidupan di Gion.
Banyak sebenarnya kenang-kenangan Sayuri dalam dunia Geisha ini yang sesekali kita terfikir novel ini memang benar-benar sebuah memoir. Aku sangat-sangat suka sebenarnya dan rasa sangat-sangat puas apabila berjaya menghabiskannya. Terbaik!
Inilah buku pertama yang aku berjaya habiskan untuk Tahun 2025. Alhamdulillah!
Banyak term-term yang aku baru tahu terutamanya melibatkan part-part di pakaian Kimono. Kadang-kadang aku sentiasa terbayang dengan kecantikan bermacam-macam jenis kimono yang dinyatakan di dalam novel ini. Jujur aku cakap, semasa aku di Japan, aku pun teruja melihat Geisha memakai kimono di Gion, Kyoto.
Dalam novel ni juga, diceritakan cara-cara memakai kimono, kenapa seorang Geisha dipakai mekap yang tebal dan sebagainya lagi. Serius, memang best novel agung ini. Aku cadangkan agar korang semua membaca novel ini dan menghayatinya!
Wallahua'lam...
Ikhlas dari,
WMHMY
Setapak, Kuala Lumpur
wan_hazem19@yahoo.con
#MalaysiaMembaca
#AjimMembaca
0 comments:
Post a Comment