Tuesday, December 21, 2010

Al-Fatihah Buat Sahabatku, Farhat Asyraf...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan
(QS. Ali Imran : 185).

Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,”
(QS. Luqman : 34).

TAKZIAH diucapkan kepada keluarga sahabat saya iaitu Farhat Asyraf Bin Mohamad Fozi yang meninggal dunia tengahari tadi (20/12/2010). Arwah merupakan Mahasiswa tahun 1, Diploma Pengurusan Harta Tanah dan merupakan salah seorang Rakan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC. Arwah merupakan seorang yang begitu tekun dalam melakukan aktiviti bersama MPM UTM IC.

Marilah bersama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah agar rohnya tenang dan ditempatkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan soleh. Semoga kejadian ini membuatkan diri kita akan lebih menambahkan amalan soleh dan sentiasa mengingat mati. Insyaallah… Saya sekali lagi mewakili Mahasiswa UTM IC mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga arwah.

Di sini, saya tunjukkan beberapa keping gambar arwah (dalam bulatan) ketika di Universiti Teknologi Malaysia International Campus…













Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

2 comments:

Shafiq Izwan said...

salam bro. meninggal sebab ape?

WMHMY said...

Shafiq, arwah meninggal disebabkan kemalangan...