Saturday, March 5, 2011

Job Hunting Strategies...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Job Hunting Strategies” anjuran Pusat Kaunseling dan Kerjaya UTM IC merupakan satu program yang cukup bermanfaat dan bermakna bagi saya sebagai seorang mahasiswa yang bakal keluar ke kelompok awam. Ilmu-ilmu yang dicurahkan dan dikongsikan oleh Encik Zulfikar Ahmad, Pegawai Psikologi UTM IC sedikit sebanyak dapat saya kongsikan di blog saya pada hari ini.

Bertempat di Dewan Jumaah bersama-sama dengan beberapa seperjuangan saya iaitu, Muhammad Salman, Darren Lai, Mohd Irfan dan sebagainya, kami mendengar sebaik mungkin perkongsian mengenai beberapa bahagian yang dipecahkan dan menjadi cukup “Exclusive” bagi saya dan rakan-rakan yang lain tanpa sebarang bayaran yang dikenakan.

PENULISAN RESUME

Penulisan resume cukup penting sekiranya kita cuba untuk memohon sebarang bentuk pekerjaan yang diinginkan. Banyak bentuk yang boleh kita lakukan untuk membuat penulisan resume ini tetapi adakah kita memahami, apa yang sedang/telah tuliskan dalam resume tersebut?

Resume boleh dianggap sebagai satu bentuk bagaimana kita ingin “Iklankan”, “Tonjolkan”, “Pamerkan” diri kita kepada mereka (penerima) resume tersebut. Banyak perkara yang sebelum ini dianggap remeh-temeh telah saya abaikan dalam penulisan resume ini tetapi Alhamdulillah, sedikit sebanyak kesilapan saya ini telah diperbetulkan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini.

Resume ini juga cukup penting kerana setiap resume yang ingin kita hantarkan perlulah selari dengan maklumat “iklan pekerjaan” yang telah kita baca atau kita inginkan. Aspek maklumat peribadi, pendidikan, pencapaian dan sebagainya perlulah menunjukkan bahawa selari dengan permohonan kita ini sebagai keistimewaan diri kita berbanding yang lain.

PERSEDIAAN SEBELUM/SEMASA/SELEPAS TEMUDUGA



Persediaan sebelum temuduga adalah amat penting. Kita perlu mempunyai persediaan yang rapi dan bersedia dengan apa saja kemungkinan yang akan berlaku. Persediaan ini perlulah diiringi dengan doa kita pada Allah Taala dan tawakkal kepada-Nya.

Kita juga perlulah mengambil tahu berkenaan dengan jawatan yang ingin dipohonkan dan mengenai serba sedikit berkenaan dengan bidang yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Kerana menjadi ‘malu-bodoh’ sekiranya jawatan yang dipohon itu, kita tidak mengetahui apa sebenarnya kerja tersebut.

Persediaan semasa pula adalah cara kita masuk ke tempat temuduga (berjalan), cara kita duduk, cara kita komunikasi, dan sebagainya lagi merupakan antara aspek penting yang perlu kita perhatikan dan praktikkan selalu sebagai menampakkan keyakinan yang tinggi dalam diri kita semasa menghadiri sesi temuduga.

Persediaan selepas pula adalah langkah kita untuk membuat persediaan akhir sekiranya kita diterima bekerja atau tidak diterima bekerja. Pemikiran positif sedikit sebanyak memberi kita kekuatan untuk kita menghadapi sebarang kemungkinan dalam diri kita.

PERSONAL GROOMING

“Personal Grooming” ini saya lebih tekankan kepada diri saya iaitu seorang lelaki. Antara maklumat yang saya perolehi semasa program ini, adalah mengenai personal grooming ini. Jika dilihat kepada bidang saya yang akan sentiasa berhadapan dengan klien. Aspek penampilan diri merupakan satu perkara yang cukup penting bagi menggambarkan personaliti kita sebagai seorang yang professional.

Kasual merupakan tema pakaian yang paling sesuai untuk lelaki sekiranya menghadiri sesi temuduga. Berikut merupakan keutamaan yang perlu kita terapkan dalam diri tetapi kita tidak perlulah hipokrit terhadap diri kita. Antaranya ialah tali leher perlulah sesuai dengan kemeja yang dikenakan, kasut kulit yang mempunyai tumit dan berwarna hitam, stokin gelap, potongan rambut yang sesuai, berkemeja lengan tangan dan sebagainya.

KESIMPULAN

Kesemua di atas dapat saya terjemahkan ke dalam bentuk penulisan setelah mendengar ‘talk’ daripada pakar bidang ini. Dan saya anggap peserta yang mengikuti program ini sebagai mahasiswa yang ‘alert’ dengan peredaran semasa terhadap masa depan karier masing-masing. Kerana ilmu sedemikian jarang untuk kita perolehi melainkan kita sendiri yang mempunyai inisiatif untuk mengenalpasti apa yang sepatutnya ditonjolkan diri kita sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan.

Setelah masuk bulan ketiga (Mac) saya bekerja (Latihan Industri) di Firdaus & Associates, semua perkara yang disebutkan di atas merupakan perkara yang amat penting setelah melihat situasi yang berlaku di depan mata dan ketika berhadapan dengan klien. Keyakinan yang tinggi oleh klien adalah berdasarkan persepsi yang dilemparkan oleh beliau terhadap diri kita.

Sebagai mahasiswa bidang pengurusan / perkhidmatan, ketiga-tiga aspek di atas iaitu, penulisan Resume, temuduga dan Personal Grooming merupakan kewajipan bagi diri kita dalam bersaing secara sihat dalam pasaran bidang kita tersebut. Insyaallah, setiap ilmu yang diperolehi ini adalah sebagai perkongsian kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang sentiasa mengikuti perkembangan blog saya yang hanya di “Liku-Liku Kehidupan”.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: