Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Malam ini saya ingin bertazkirah sedikit berkenaan dengan masalah yang berlaku melibatkan kita semua yakni Umat Nabi Muhammad S.A.W. Saya terbaca tadi di akhbar, sebanyak 234,647 anak yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah sebagai suami isteri.
Hal ini memberi tamparan hebat kepada kita semua yang sedar dengan situasi semasa hari ini. Pelbagai langkah telah diusahakan secara langsung mahupun tidak langsung tetapi masih gagal untuk menghalang perkara ini dan ianya terus meningkat tinggi.
Oleh itu, saya ingin kongsikan sedikit ilmu berkenaan dengan “12 Barisan Umat Muhammad S.A.W di Padang Mahsyar” sebagai pengisian jiwa kita yang kian pudar dengan baja-baja kerohanian. Insyaallah… Selamat Bermuhasabah…
“12 Barisan Umat Muhammad S.A.W di Padang Mahsyar”
Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki
Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya
Barisan kedua - Manusia berwajah khinzir hitam
Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat
tetapi masih melakukan kemungkaran
Barisan ketiga - Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung
penuh dengan ular dan kala jengking
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat
Barisan keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya
Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli
Barisan kelima - Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk
Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau
maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut
kepada Allah
Barisan keenam - Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus
Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan
cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya
Barisan ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya
Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau
menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan
hukuman tidak dapat dijalankan
Barisan kelapan - Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala)
manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa
bertaubat
Barisan kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya
berapi Mereka di dunia memakan harta anak yatim
Barisan kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak
(sejenis penyakit kulit yang amat gatal)
Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya
Barisan kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk,
bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai
ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik
Mereka di dunia meminum arak
Barisan keduabelas - Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya
Merekalah golongan beriman dan beramal soleh.
P/s : Diharapkan dengan ilmu di atas, kita semua dapat memuhasabahkan diri dan terus kembalikan diri kepada-Nya. Insyaallah… =)
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Monday, March 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam
sungguh menyedihkan dengan keadaan umat islam kini.islam ditindas.dianggap pengganas.kini zina berleluasa dikalangan umat islam.kes anak luar nikah pun dah banyak,apatah lagi anak luar nikah yang tidak direkodkan,apatah lagi penzinaan.kalau lah islam dijadikan panduan dalam hidup dan diamalkan dalam kehidupan seharian.pasti islam akan akan maju,bangkit dari segi rohani dan fizikal.thanz bro wan hazem....
Post a Comment