Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Malam ini saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai seorang tokoh sasterawan negara yang cukup dikagumi. Sebelum itu, mesti ada segelintir sahabat-sahabat dan pembaca blog tertanya-tanya siapakah tokoh sasterawan negara ini? Marilah kita bersama merungkai insan yang bernama Mohd Anwar Ridhwan ini…
Mohd Anwar Ridhwan merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor. Pada 11 Ogos 2009, beliau diumumkan sebagai Sasterawan Negara Malaysia ke-10 oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di pejabatnya di Putrajaya.
Biodata peribadi
Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia. Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP.
Dunia Penulisan
Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).
Pencapaian
1.Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen "Perjalanan Terakhir (1971)
2.Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973)
3.Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah Perang (1976)
4.Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran,
5.Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sahabat (1982)
6.Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi Tua (1983)
7.Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA 1 Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979)
8.Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus
9.Anugerah Sasterawan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009 oleh Tengku Mizan.
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Saturday, March 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
cuma cari sasterawan namanya shamsudin othman atau nama penanya dinsman. puisi beliau menjentik minda. tetapi sering di black list kan kerana kebenaran yang sering diketengahkan dalam puisi beliau. agak islamik dan pro pembangkang.
Post a Comment