Thursday, February 3, 2011

'STOP' Pembodohan Mahasiswa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Berjuang. Berjuang. Berjuang. Itulah ungkapan ‘Keramat’ yang sering meniti di bibir sesetengah mahasiswa yang begitu taksub dalam perjuangan mahasiswa. Ada yang hanya petah berkata-kata sahaja, ada juga yang hanya berani di belakang dan takut di hadapan, ada yang hanya bercakap kosong bak tin kosong dan ada juga yang sekadar melepaskan batuk di tangga.



Setelah hampir 3 tahun, saya berada di dalam pelbagai situasi yang melibatkan perjuangan mahasiswa ini, banyak perkara yang ingin saya kongsikan pahit dan manis di saat kita cuba sedaya mungkin untuk memperjuangkan hak mahasiswa yang berpaksikan “Keadilan dan Kesaksamaan”.

Tak ramai mahasiswa di UTM IC ini terutamanya mereka yang dikatakan memperjuangkan mahasiswa, yang berani menyahut cabaran luar dari Universiti untuk mengembangkan bakat pengucapan awam masing-masing dan setahu saya, kali terakhir UTM IC menghantar penyertaan bagi Pertandingan Technology Colloquium Parliamentary Style Debate 2009 yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Johor dan Alhamdulillah saya dan kumpulan saya menang sebagai “Naib Johan”. Serta Pertandingan Berbalas Pantun peringkat Kuala Lumpur (tetapi kumpulan saya terpaksa menarik diri saat-saat akhir disebabkan ‘clash’ dengan program MPM UTM IC).

“Debat” dan “Pengucapan Awam” merupakan aspek penting bagi kita semua untuk membawa diri kita berhadapan dengan situasi umum dan secara terbuka. Dan ini jelas menunjukkan seseorang pemimpin mestilah mempunyai kemahiran dalam aspek ini bagi meyakinkan seluruh mahasiswa yang lain dan bertindak mengikut apa yang diperkatakannya.

Apa yang saya perhatikan, istilah “Berjuang” di kalangan sesetengah mahasiswa hanyalah sekadar ‘RETORIK’ semata-mata disebabkan untuk memperolehi pengaruh dan sebagainya. Mahasiswa sekarang perlulah sedar bahawa “Perjuangan” dalam menegakkan agama Allah adalah satu perkara yang wajib untuk kita sebagai seorang Pemimpin. Dan tidak hanya menjadi tanggungjawab sesetengah pihak sahaja.

Cuba kita lihat lagi, tidak ramai mahasiswa yang kononnya “Berjuang”, berani untuk ‘turun padang’ berjumpa dan berhadapan dengan mahasiswa yang lain dan masyarakat luar atau dalam erti kata lain “bersama-sama dengan mereka, bergaul dan bermesra dengan masyarakat luar ini”. Istilah “Mahasiswa Lesu” yang digempar-gempurkan sehingga menjadi perbualan hangat ketika Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2010 juga ada benarnya. Mahasiswa kita masih lagi, tidak berani berhadapan dengan risiko untuk bertindak mengubah corak perjalanan politik kampus masing-masing.

Apa yang ingin diperkatakan saya pada pagi ini adalah kita semua perlulah berfikir dan sentiasa berhati-hati dengan pelbagai cerita-cerita yang disebarkan termasuklah ada yang benar dan ada juga cerita yang berunsur fitnah. Mahasiswa sekrang perlulah cakna dengan situasi yang sedang melanda di sekeliling kita agar kita tidak terus hanyut dengan dunia kita masing-masing yang akhirnya akan melemaskan kita sendirian.

Mahasiswa juga perlulah banyak membaca buku-buku berunsur ilmiah atau buku-buku bermanfaat (yang anda minat), contohnya saya sendiri begitu minat dengan buku-buku berunsur Politik, Sosial Remaja, Belia, Biografi dan sebagainya. Buku-buku ini adalah sebagai wadah untuk kita memahami dan mendalami dalam pelbagai sudut/aspek yang akan memberikan kita sinar di kemudian hari.

Percayalah, dengan membaca juga akan membuatkan diri kita sentiasa berfikir ke hadapan dalam melayari sebuah bahtera kehidupan yang banyak liku-likunya sebelum sampai ke destinasi terakhir sebelum kita pergi buat selama-lamanya meninggal dunia yang fana ini. Jika anda melihat, tokoh-tokoh pemimpin di Malaysia terutamanya, menjadi aspek penulisan adalah sebagai medan untuk berkongsi pendapat dan perkongsian ilmu.

Penulisan ini juga merupakan satu bentuk ‘perjuangan’ yang sentiasa memberi kita sumber kekuatan dalam menghasilkan sebuah karya yang bermutu tinggi dan mempunyai banyak manfaatnya kepada kita dan orang lain. Cuma sedikit terkilan kerana ramai juga di kalangan kita masih, “copy and page” karya-karya orang lain semata-mata untuk memenuhi ‘entry’ masing-masing.

Insyaallah, dengan penulisan juga, proses untuk kita memikir dan mempraktikkan sesuatu perkara yang kita perkatakan itu sudah cukup kuat untuk mematangkan kita setelah pemerhatian dibuat dan tak kurang juga, perjalanan kehidupan kita sendiri yang memberi sumber inspirasi untuk kita membentuk satu penulisan yang berunsur nasihat dan ilmiah.

Saya ucapkan “SYABAS” kepada mereka yang berani membuat penulisan dan berkongsi pendapat secara terbuka dalam blog masing-masing. Dan ini menunjukkan anda semua “BERANI” dengan pendapat anda yang berkemungkinan besar akan memberi satu tamparan hebat kepada sesetengah pihak dan saya mengiyakan bahawa kesannya amat cukup mendalam. Saya juga pernah dikritik hebat oleh sesetengah mahasiswa UTM IC dengan permulaannya berunsur fitnah dan Alhamdulillah, saya tempuhinya juga kerana saya masih di pihak yang benar. Insyaallah…

Akhir kata, saya sekali lagi menyeru kepada mahasiswa yang lain, supaya beranikan diri dalam memberi pendapat dan pandangan sebagai pembentukkan perubahan corak kehidupan kita di masa akan datang. Dan hentikanlah dalam memperbodohkan mahasiswa yang lain. Percayalah, selagi anda tidak lakukan FITNAH atau DUSTA terhadap orang lain, Allah akan bersama-sama dengan kita.

Sekian, Wallahua’lam…

“Katakan STOP untuk Pembodohan Mahasiswa”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

2 comments:

cik yaya said...

insyaALLAH saudara ajim..

WMHMY said...

Insyaallah...Cik Yaya.... =)