Tuesday, February 15, 2011

10 Kerusi Umum Calon MPM UTM Skudai...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Terpanggil saya hari ini untuk membawa para pembaca blog dan sahabat-sahabat saya terutamanya yang masih menuntut di UTM IC. Penulisan saya kali ini lebih ke arah pendapat dan pandangan saya mengenai 10 Kerusi Umum Calon MPM di UTM iaitu apa kebaikan yang diterima oleh pengundi di UTM KL.

Sepanjang saya berada di UTM IC ini dari tahun 2008 hinggalah sekarang tiada kedengaran Pemimpin yang kita pilih ini benar-benar membantu 5 orang Barisan MPM di KL dan menyuarakan pandangan berkaitan dengan UTM IC. Saya di sini bukannya cuba untuk mencetuskan kontroversi tetapi saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan pemilihan kali ini akan benar-benar mentransformasikan mengenai agenda pembangunan dari segi kepimpinan atau pun pembangunan sahsiah yang melibatkan mahasiswa di UTM IC.

Saya di sini ingin mengucapkan jutaan “TAHNIAH” kepada Saudara Muhammad Zaki Omar, Mantan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM sesi 2009/2010 dan beberapa lagi mantan MPM (Calon Umum) yang mengambil tahu mengenai apa yang berlaku di UTM IC. Saya merasakan jika kita (mahasiswa UTM IC) masih belenggu dan keliru untuk memilih barisan kepimpinan, saya CABAR CALON-CALON UMUM SKUDAI sama ada di Pihak EVOLUSI MAHASISWA ataupun PRO-MAHASISWA untuk turun berkempen di sini sebagai rasa tanggungjawab anda termasuklah selepas pengisytiharan kemenangan masing-masing.

Cuba para pembaca dan mahasiswa UTM IC sekalian fikirkan, di saat-saat akhir pembubaran MPM UTM, ada seorang “CALON UMUM” ini masih tidak mengenali Barisan MPM UTM IC. Saya bukannya apa dan saya berpendapat, kalau MPM UTM IC pun tak kenal, mahasiswa UTM IC pula lagi la… Betul tak?? Di mana tanggungjawabnya kepada pengundi di UTM IC?

Saya faham dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing setelah bergelar Pemimpin, tetapi apa salahnya sepanjang setahun bergelar MPM, cubalah mendengar masalah yang berlaku di UTM IC walaupun SEMINIT. Janganlah sampai tak ambil tahu langsung! Di mana tanggungjawab anda yang professional itu? Saya tak mahulah mahasiswa UTM IC mengulangi kesilapan sebegini dalam memilih pemimpin yang tidak bertanggungjawab sedemikian.

Saya faham kritikan saya ini hanyalah kepada 2 orang individu MPM UTM (Calon UMUM), tetapi berfikirlah “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Di pihak saya, saya tidak kisah, tetapi di pihak mahasiswa, saya perlu bertanggungjawab dan mendengar luahan hati mereka ini dan menjadi tanggungjawab saya untuk membawa perkara ini ke peringkat yang sepatutnya. Banyak kali saya bangkitkan perkara ini tetapi hanya mahasiswa UTM IC saja yang boleh jawab sama ada ianya telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku atau mungkin takkan berlaku langsung dari segi responnya.

Oleh itu, saya amatlah berharap agar mahasiswa UTM IC dalam memilih 10 Barisan Calon UMUM MPM UTM sesi 2010/2011, anda mestilah berhati-hati dan tidak termakan dengan propaganda yang hanya manis di mulut tetapi selepas itu pahit ditelan mahasiswa UTM IC. Saya bersedia untuk bersoal jawab dengan mana-mana yang kurang berpuas hati dengan penulisan saya pada kali ini. Saya ada bukti, saya ada hujah saya, dan saya ada aduan daripada mahasiswa UTM IC sendiri.

Akhir kata, kepada BAKAL CALON UMUM MPM Johor sama ada di Pihak EVOLUSI MAHASISWA ataupun PRO-MAHASISWA, anda semua perlulah IKHLAS dan ada TANGGUNGJAWAB kepada kami (MAHASISWA UTM IC). Dan kepada mahasiswa UTM IC, pilihlah calon pemimpin anda yang benar-benar mampu menyuarakan dan boleh bersama-sama dengan 5 orang Barisan MPM UTM IC untuk bangkitkan suara dan hak anda di KL.


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

3 comments:

Muhammad Zaki Omar said...

MPM UTMIC sebenarnya dah cukup kuat.. korang dah ada seorang Naib Presiden di sana..

maybe cara kerja kita agak berbeza..abg akan maklumkn jgk kpd kepimpinan akan datang utk beri perhatian terbaik kat korang (-_-)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

As-salam..

Sy harap tdk tmbul isu MPM Skudai tdk m'beri perhatian kpd MPM UTMIC. Untuk mkluman saudara, flow kerja di UTMIC dan kampus Skudai sgt berbeza, jd biasanya MPM Skudai hnya dpt masuk cmpur dlm teramat sdkit prkara. selebihnya hnyalah m'beri pndpt dn cdgn. Walaubagaimanapun, MPM Skudai masih mngmbil berat isu2 di UTMIC, cuma perlaksanaannya prlu dlaksanakan oleh MPM UTMIC.Ex presiden MPPUTM 08/09 saudara Abdul Hadi juga mngambil berat ttg isu2 di UTMIC, bgtu juga presiden sesi sebelumnya. Setiap sesi MPM berusaha sberapa daya utk m'bntu UTMIC.

Soal calon umum yg tdk mngenali MPM UTMIC, itu isu individu, krna dlm setiap sesi MPM yg baru, pasti ada yg m'hilangkn diri. (brdasarkan pengalaman)

Krna inilah pentingnya kita memilih calon brdasarkan kebolehannya mlaksanakan tanggungjawab, bkn skdr rupa yg cntik/hensem dan pandai berucap semata2.

Untuk makluman saudara, pada pemilihan MPM sesi 09/10, calon umum tdk brkesempatan utk ke UTMIC krna kekangan masa.

Moga pemilihan MPM kali ini brjalan lancar. Good luck! (^^,)


SH. NURRUL HAZWANI BT SAYED ABDULLAH
EX-SETIAUSAHA AGUNG MPP 08/09
EVOLUSI MAHASISWA UTM