Tuesday, February 1, 2011

Gurindam3 - Wan Hazem...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semakin menghampiri waktu bagi melepaskan jawatan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus ini, saya melihat ada sesetengah pihak sudah mula membangkitkan tentang kehebatan serta kekuatan parti masing-masing bagi mana-mana politik kampus ini.

Bagi saya, biarlah mulai 2011 ini, mahasiswa bebas memilih secara terbuka mana-mana Calon Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC berdasarkan kekuatan dan KREDIBILITI seseorang calon tersebut dan bukannya berdasarkan PARTI atau PIHAK-PIHAK TERTENTU. Mahasiswa sekarang perlulah berani berhadapan dengan reality sebenar dan tidak termakan dengan “Pujuk Rayu Ular Sawa Lidah Bercabang”.


NOKTAH untuk POLITIK KAMPUS. Hari ini, saya cuba ingin menyampaikan satu lagi Gurindam yang saya cipta sendiri ketika sedang bertugas di Firma Firdaus & Associates iaitu Gurindam 3 : Wan Hazem yang berkaitan dengan Menjadi Seorang Pemimpin. Begitu banyak pahit dan manis ketika selama hampir setahun saya menjawat jawatan sebagai Exco MPM ini, ingin saya kongsikan secara bergurindam bernasihat.

Gurindam pada kali ini lebih saya tujukan kepada seluruh bakal-bakal pemimpin mahasiswa di pelbagai organisasi yang ada di kampus kita ini. Dan saya lebih selesa untuk menggelarkan anda sebagai antara orang yang bertuah kerana Allah memilih anda untuk berada di kerusi Pimpinan Mahasiswa di UTM IC. Bersamalah kita menghayati dan memahami apa sebenarnya yang perlu kita lakukan jika kita bergelar seorang Pemimpin Mahasiswa. Terimalah dari saya,

GURINDAM 3 – Wan Hazem.





Menjadi seorang Pemimpin Mahasiswa
Ikhlas kerana Allah adalah perkara pertama
Agar diri tidak bermegah-megah, angkuh dan alpa

Menjadi seorang Pemimpin Mahasiswa
Adil dan Saksama adalah perkara utama
Mahasiswa sekeliling tak kesal dan tak diperguna

Menjadi seorang Pemimpin Mahasiswa
Berfikiran terbuka perlulah sentiasa ada
Mahasiswa suka dan terus bersama dengan kita

Menjadi seorang Pemimpin Mahasiswa
Fizikal dan mental, sentiasalah bersiap sedia
Cacian, fitnahan akan datang bertimpa-timpa

Menjadi seorang Pemimpin Mahasiswa
Ego dan emosi letaklah di tepi sana
Jiwa harmoni, semangat pun akan terus ada


Nukilan,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: