Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”
(QS. Ali Imran : 185).
“Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal,”
(QS. Luqman : 34).
Terkejut saya apabila membaca di berita harian online pagi tadi selepas pulang dari kuliah mengenai seorang jemaah haji wanita meninggal dunia akibat jatuh dari bangunan di Madinah. Dan lebih mengejutkan saya apabila jemaah haji wanita tersebut adalah ibu saudara saya iaitu Almarhumah Rohani Mohammad Kasim yang lebih dikenali saya sebagai Makcik Ani.
Berita itu disahkan oleh ayah saya tengahari tadi. Cukup tersentap sebenarnya kerana sebelum saya mendaftar masuk di UTM JB ini, Almarhumah dan keluarga datang dari Shah Alam ke Alor Star semata-mata untuk meraikan syawal bersama sanak-saudara di Alor Star.
Almarhumah juga sempat memberikan pelbagai barangan dan makanan yang dibuat sendiri oleh Almarhumah. Itulah yang dinamakan ajal di tangan tuhan. Kita hanya mampu untuk berdoa dan bertawakal saja, dan semuanya telah ditentukan oleh-Nya.
Almarhumah mengerjakan Haji di tanah suci bersama dengan bapa saudara saya iaitu Ayah Sir (Mohd Nasir Abdullah) melalui pakej diuruskan Lembaga Tabung Haji. Dan ini kematian pertama membabitkan jemaah Haji Malaysia pada musim Haji tahun ini.
Saya mendoakan agar Almarhumah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah…
AL-FATIHAH…
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Monday, October 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam takziah untuk seluruh ahli keluarga.
salam takziah buat sekeluarga,,
moga roh nya d tempat kan dlm kalangan mereka yang sntiasa beriman kpd Allah.
salam takziah..al-fatihah.
moge di tempatkan bersama org2 yg beriman aminnn
takziah buat sekeluarga, moga arwah ditempatkan dikalangan yg beriman, amin
ya Allah ya Tuhanku.. Al-Fatihah.
Post a Comment