Monday, March 7, 2011

Pelestarian Pantun Wadah Keagungan Bangsa…

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…



“Pelestarian Pantun Wadah Keagungan Bangsa”. Pantun adalah genre kesusasteraan Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan Malaysia.

Kita ada agama, Agama mesti dipertahankan
Kita ada bangsa, Bangsa mesti dipertahankan
Kita ada Negara, Negara mesti dipertahankan
Kita ada bahasa, Bahasa mesti dipertahankan
Kita ada adat, Adat mesti dipertahankan…

Itulah ungkapan yang boleh diperkatakan bagi mempertahankan pelestarian dan pembudayaan pantun. Kesusasteraan ini merupakan simbolik kepada adat budaya Melayu dahulu dalam memartabatkan Bahasa Melayu ke persada dunia.



Pesta Pantun Bestari 2011 anjuran Kolej Keempat Universiti Malaya cukup hebat dan meriah. Penganjuran yang cukup mantap. Dengan kedatangan tetamu Kehormat, YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, menampakkan keserian lagi acara yang cukup bermakna dan bermanfaat.

Melihat kepada 16 Institusi Pengajian Tinggi yang bertanding, agak terkilan apabila tiada penyertaan dari Universiti Teknologi Malaysia bagi acara yang mengangkat martabat keindahan Bahasa Melayu dan bakat mahasiswa dalam acara berpantun ini. Diharap tahun-tahun yang mendatang, saya dapat lihat pemantun dari UTM yang pula dapat menjulang piala pusingan bagi Pesta Pantun Bestari. Insyaallah…

Kemeriahan yang terserlah dengan kebijaksanaan masing-masing dalam membuka gelanggang pantun dengan cara yang tersendiri oleh kedua-dua universiti, cukup mendebarkan. Tapi saya lebih tertarik dengan pengenalan diri dari pasukan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan busana yang cukup terserlah.

Lenggokan bahasa jurupantun, Tuan Hj Chuari, Penyampai Radio Klasik Nasional pula menambah seri bagi acara yang cukup gemilang itu. Bertemakan ‘JENAKA’ bagi pusingan pertama, kedua-dua pasukan cukup tangkas menjual dan membeli dan yang paling menarik perhatian saya adalah pemantun kedua bagi kedua-dua pasukan. Memang terbaik… =)

Sebanyak 12 tema yang dipilih oleh kedua-dua pasukan sudah cukup menggerunkan para penonton yang mengikuti acara tersebut. Tema yang paling saya suka adalah ‘MAKANAN’. Dan saya juga berpeluang untuk beramah mesra dengan Pengarah Program tersebut dan finalis Pesta Pantun Bestari 2011.

Saya amatlah berharap sekiranya mahasiswa UTM IC mampu untuk terus menyemarakkan pembudayaan bahasa Kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu dengan menaikkan semula kesusasteraan Melayu.

Akhir kata, memang terbaik PESTA PANTUN BESTARI 2011… Tahniah, kepada seluruh jawatankuasa Penganjur kerana menjemput kami sebagai penyeri kepada majlis tersebut. Semoga ukhuwah antara semua pihak akan terus berkekalan. Insyaallah…


Lihat di sana si anak dara,
Comelnya dia bak bunga kasturi,
Ada masa kita berjenaka,
Agar hubungan terus abadi.


Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: