Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
“Antara Demontrasi Jalanan dengan Himpunan Maksiat?” itulah topik perbincangan saya pada malam ini. Persoalan ini ingin saya kongsikan bagi mencari kebenaran dan jawapan supaya kita tidak terus lena dibuai mimpi tatkala usia menjangkau ke alam dewasa ini.
DEMONTRASI JALANAN
Istilah ‘Demontrasi’ dapat dimaksudkan sebagai gerakan / desakan protes yang dilakukan oleh sekumpulan manusia di khalayak ramai untuk menyatakan pendapat mereka setelah berlaku kezaliman atau penindasan semasa perbincangan dilakukan. Demontrasi ini diwujudkan setelah tidak mendapat pembelaan di peringkat atas.
Ada baik dan buruknya terhadap demontrasi jalanan ini. Tetapi setiap individu itu sendiri perlulah mengkaji adakah patut beliau untuk turut serta dalam demontrasi tersebut. Banyak isu yang dapat dikaitkan dengan demontrasi jalanan ini.
Di Malaysia, demontrasi jalanan ini masih berwajah bersih kerana keamanan dititikberatkan tetapi disebabkan putarbelit oleh pihak ketiga menyebabkan orang ramai beranggapan bahawa demontrasi jalanan ini hanya sekadar untuk kejar populariti dan meraih perhatian ramai. Tetapi sedarkah kita apa sebenarnya yang mereka lakukan?
Di sudut positifnya, setiap demontrasi jalanan yang diadakan mempunyai matlamat yang tinggi melibatkan masyarakat sekitar yang kian diperbodohkan dengan hanya bertopengkan wang ringgit. Pernahkah kita melihat di dada akhbar, orang-orang yang berdemontrasi ini diberi ruang untuk memperjelaskan isu yang sedang dibangkitkan?
Keduanya, rata-rata orang yang berdemontrasi ini adalah di kalangan cerdik pandai dan mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di persekitaran kita. Mereka menjadi demontrasi ini sebagai medan supaya suara mereka didengari setelah penindasan telah dilakukan terhadap mereka ini.
Dari persepktif negatifnya pula, demontrasi jalanan ini boleh diibaratkan sebagai suatu tindakan agresif yang dapat digambarkan oleh pihak luar sebagai suatu tindakan yang kurang matang. Ini menampakkan sebagai perlakuan yang kebudak-budakkan dan akan disalahertikan oleh pemerhati-pemerhati yang berada di tempat kejadian.
HIMPUNAN MAKSIAT
‘Sambutan Malam Ambang Merdeka’, ‘Konsert Rock’, ‘Konsert Goyang Gerudi’, ‘Konsert Adam Lambert’ dan sebagainya lagi merupakan contoh-contoh yang boleh dikaitkan dengan istilah himpunan maksiat.
Istilah himpunan maksiat ini diberikan oleh saya sebagai menggambarkan di situlah perkara-perkara maksiat tumbuh bak mekar selepas hujan. Inilah barah yang kian meruncing terhadap para Belia Remaja Islam Malaysia. Ada buruk baiknya tetapi yang buruk itu ibarat membukit menggunung dan yang baiknya hanya timbunan gula di piring tea sahaja.
Gejala maksiat seperti minum arak, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tarian yang melalaikan, muzik yang menggila dan sebagainya lagi dilakukan secara terbuka dalam keadaan gelap yang bersesak-sesakan antara satu sama lain. Program seperti ini disokong penuh sehingga keluarnya lesen untuk dijalankan program maksiat yang sedemikian.
Impak negatif terhadap himpunan maksiat / program maksiat ini diibaratkan dihalalkan oleh mereka yang berkobar-kobar memperjuangkan hak kesucian Islam dan bangsa Melayu. Adakah ini yang ingin kita belakan untuk diangkat sebagai pejuang-pejuang bagi generasi muda / belia yang akan datang?
Himpunan maksiat ini sering kali diberi peluang untuk mempromosikan program tersebut di dada akhbar dan dipenuhi iklan di televisyen dan sebagainya. Adakah ini keadilan yang diterapkan oleh pihak kepimpinan atasan?
Dari sudut positifnya pula, program-program ini dianggap sebagai peningkatan dana pendapat negara dan kepentingan pihak-pihak penganjur.
KESIMPULAN
Ada banyak yang boleh disimpulkan terhadap perbincangan kali ini. Ada baik dan ada buruknya yang dapat dijadikan sebagai teladan kepada kita sebagai generasi muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara akan datang. Cuma saya ingin persoalkan sebagai pengakhiran bagi penulisan kali ini. “Apa yang anda faham berkenaan dengan Demontrasi Jalanan dengan Himpunan Maksiat?”
Sekian, Wallahua’lam…
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com
Sunday, March 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam
entry yang terbaikkkk....teruskan usaha anda....
dua dua salah wan ajim, takde salah satu pun yang bagus
Post a Comment