Wednesday, June 20, 2012

Debat Sinar : Demonstrasi Jalanan - Mengukuh atau Meruntuhkan Demokrasi?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : 
“Katakanlah Wahai Muhammad, bawalah ke mari keterangan-keterangan yang membuktikan kebenaran dan katakan jika kamu betul termasuk di kalangan orang-orang yang benar” 

Itulah ungkapan pertama yang diungkapkan oleh YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS di awal perdebatan apabila diberi laluan oleh moderator debat, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar (Pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya). 

TAHNIAH saya ucapkan kepada pihak penganjur, Sinar Harian kerana terus menyemarakkan lagi debat antara dua pemimpin dari ideologi politik yang berbeza yang menemukan YB Dato’ Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Temerloh) dan YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Kubang Kerian). 



Melihat kepada penghujahan yang diberikan oleh kedua-dua pihak bagi menterjemahkan fahaman dan ideologi masing-masing dalam menyokong dan menidakkan tajuk perdebatan hari ini iaitu ‘Demonstrasi Jalanan : Mengukuh atau Meruntuh Demokrasi?’. Kredibiliti kedua-dua pihak dalam memberikan fakta-fakta yang kuat bagi mengukuhkan hujah yang diberikan sudah menampakkan bahawa kedua-dua pemimpin politik muda ini bersungguh-sungguh dalam meyakinkan rakyat dalam memberikan pandangan terhadap ‘Demonstrasi Jalanan’. 

Mahasiswa, Pekerja, Rakyat Biasa, Golongan Ibu, dan sebagainya lagi… 

Mereka-mereka di atas seringkali dikaitkan dengan pelbagai isu dalam menuntut hak mereka termasuk menggunakan platform Demonstrasi Jalanan sebagai jalannya. Dan jika kita imbas kembali di zaman dahulu juga, seringkali Demonstrasi Jalanan ini dijadikan jalan untuk terus menuntut hak-hak mereka. Ada yang berakhir dengan aman dan ada juga yang berakhir dengan keganasan. 

Saya seperti biasa akan bertindak sebagai golongan ‘atas pagar’ untuk terus menjadi pemerhati dan pengkritik setia dalam dunia politik dan isu-isu yang melibatkan golongan muda dan mahasiswa ini. Dan dengan itu saya tinggalkan anda semua dengan rakaman debat ini di link di bawah nie… Selamat menonton untuk semua yang belum menonton… =) 

Part 1
Part 2 
Part 3 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: