Saturday, June 16, 2012

Hoore Hoore : Best dan Menghiburkan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia… ‘

'Orang Besar-Besar Ni Kiut Pe!’ 

Itulah yang dapat aku katakan ketikaman menyaksikan filem muzikal, HOORE HOORE karya ketiga sutradara Saw Teong Hin selepas Puteri Gunung Ledang dan Apa Kata Hati. Garapan yang penuh berperisa, ada pedasnya, ada pahitnya, ada manisnya, ada juga masamnya. 

Kali pertama melihat trailer filem HOORE HOORE ini di youtube, ada terdetik di hati mungkin ini antara filem yang lain dari lain walaupun genrenya secara muzikal sebelum ini sudah pernah dipertonjolkan melalui filem Tipah Tertipu The Movie. 

Lakonan penuh dramatik oleh pendatang baru dalam dunia perfileman iaitu Farah Nazirah dan Akim AF memberi satu keunikan melalui watak masing-masing. Di tambah dengan lakonan hebat dari pelakon-pelakon yang sudah berpengalaman seperti Fauziah Nawi, Aznil Nawawi, Adibah Noor, Harum Salim Bachik dan sebagainya.
Filem ini diselang-seli dengan muzikal yang rata-ratanya boleh dianggap tribute khas buat Allahyarham Sudirman seperti Salam Terakhir, Balik Kampung, Merisik Khabar, dan sebagainya lagi yang dinyanyikan sendiri oleh barisan pelakon filem ini. 

Apa yang dapat saya katakan mengenai filem ini adalah ianya cuba mengangkat martabat seorang insan yang merasa rendah diri disebabkan kekurangan diri yang ada. Erti persahabatan juga dipertunjukkan melalui watak-watak sampingan yang lain serta filem ini juga mempertunjukkan sifat hasad dengki antara kawan-kawan. 

‘Jangan Mudah Mengalah’ 

Itulah ungkapan yang dapat saya katakan apabila melihat perwatakan watak utama dalam filem ini. Kita janganlah terlalu mudah mengalah dengan kekurangan yang kita miliki kerana dengan kekurangan itu, ianya memberi kita perubahan sekelip mata sahaja jika kita teruskan saja langkah kita. 

‘Sahabat Sejati Takkan Pernah Berubah Hati’ 

Itulah mesej yang kuat yang saya dapat melalui filem HOORE HOORE ini. Jika seseorang itu sahabat sejati kita, dia takkan pernah berubah hati dengan segala kekurangan dan kelebihan kita. Seseorang sahabat sejati itu juga akan sentiasa menegur dan membimbing kita ke arah kebaikan. 

4 bintang saya berikan untuk filem HOORE HOORE ini. Dan saya cadangkan kepada kekawan yang masih belum menonton filem ini, jemputlah menontonnya, confirm puas hati…hehehe =) 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: