Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia 2011...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Kesamarataan Peluang Terhadap Pelajaran, Latihan, Sains dan Teknologi : Laluan Kerjaya Terpuji Untuk Wanita” itulah tema yang diangkat pada tahun 2011 bagi Sambutan Hari Wanita Sedunia kali ini. Wanita merupakan perhiasan dunia. Terjaga imannya, terpeliharalah akhlaknya.



Peredaran zaman yang kian membangun, dapat kita perhatikan satu persatu kejayaan yang dikecapi oleh wanita di Malaysia. YM Tan Sri Dato’ Ungku Dr Zeti Akhtar yang diangkat sebagai Tokoh Maal Hijrah 1432H, Nicol Ann David sebagai Pemain No.1 Tenis Dunia, dan beberapa lagi nama yang tidak disebutkan di sini.

Peratusan kemasukan yang tinggi dari kaum wanita di Institusi Pengajian Tinggi juga merupakan satu kejayaan besar bagi kaum hawa ini. Selain itu, banyak sudah perkara-perkara yang menunjukkan prestasi kerja antara lelaki dan wanita adalah di tahap yang hampir sama.

Tetapi, harus diingati pujian ini bukan sekadar suka-suka tetapi itulah reality yang harus dihadapi. Tema yang diangkat pada tahun ini dilihat lebih baik atau lebih bermakna kepada kaum hawa. Insyaallah, dengan Ilmu dan usaha yang sempurna, kejayaan terus datang menimpa.

Saya yakni seorang lelaki, bakal Pemimpin Keluarga, bakal Suami dan Ayah, ingin menasihati kepada seluruh kaum hawa terutamanya yang masih di bangku sekolah, masih menuntut ilmu dan masih belum berumahtangga, ingatlah ALLAH, ingatlah IBU AYAH anda, sekiranya ingin membuat apa-apa tindakan termasuk menyerahkan diri kepada sang laki tanpa ikatan yang sah sebagai suami isteri.

Sejak akhir-akhir ini, lambakan kes dera (fizikal dan seksual) terhadap wanita, krisis rumah tangga, perdagangan wanita dan sebagainya adalah melibatkan wanita. Antara punca yang dapat dikenalpasti adalah terpengaruh dengan pujuk rayu sang Lelaki. Tidak ada lelaki yang baik melainkan dia memelihara maruah diri kaum hawa.

Berpakaianlah bak seorang wanita Muslimah. Ingatlah, wanitalah yang mudah untuk masuk syurga dan wanitalah juga yang mudah untuk masuk ke neraka. Riwayat Al-Bazzar
“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan, “SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA” kepada seluruh wanita di Malaysia terutamanya Mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia. Semoga terus mencapai kegemilangan diri serta bentuklah diri menjadi Muslimah Solehah untuk IBU dan AYAH anda. Insyaallah…

“Ya Allah, jadikan semua wanita diluar sana menjadi wanita yg solehah, terpelihara imannya, terjaga maruahnya dan kebanggaan ibu dan ayahnya. Mohon tingkatkan kehidupannya. Begitupun jika dia melangkah, selamatkan dia. Amin…”

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: