Tuesday, March 1, 2011

Teman Terulung...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setiap orang memerlukan teman untuk berkongsi masalah, teman untuk bermain, teman untuk belajar, teman untuk bergurau-senda dan sebagainya lagi. Setiap teman itu ada kelebihan dan kekurangannya masing-masing. Ada teman yang membawa kepada kebahagian dan ada juga teman yang mampu membawa kita ke lembah kehinaan.

“Teman Terulung” adalah ungkapan yang sesuai untuk saya katakan kepada teman-teman yang banyak membantu, mendengar, melayan dan mengiyakan saja setiap ragam dan perangaiku. Teman ini merupakan penawar dan penyeri kehidupan kita terutamanya ketika kita masih belajar.

Teman dalam kepelbagaian peringkat umur mempunyai 1001 hikmahnya kerana banyak positifnya dan merupakan satu ikatan persahabatan yang membawa kita untuk berfikir secara lebih matang.

Teman sekuliah, teman sekerja, teman di laman maya, teman sepermainan, teman seperjuangan, dan banyak lagi istilah boleh kita kaitkan dengan “Teman” ini. Saya amatlah bersyukur kerana teman-teman sekeliling saya memahami diri saya dan banyak membantu member sokongan moral dan sokongan padu pada setiap apa yang saya cuba lakukan.

Saya amatlah beruntung kerana setiap teman saya itu ‘alert’ dengan apa saja yang saya lakukan dan mereka ini banyak mengkritik, menegur dan memperbetulkan diri saya sekiranya saya tersasar dengan matlamat yang diimpikan. Seseorang teman yang mampu memperbetulkan diri kita itu merupakan mereka yang sentiasa ingin melihat kejayaan kita. Insyaallah…

Oleh itu, terimalah dari saya, “TEMAN TERULUNG”.

Bila bertaut senyuman,
Mata berlirikan,
Memancarkan keluhuran,
Cerah kesederhanaan mu,
Seindah kejujuran mu.

Detik seia sejiwa,
Terungkap setia,
Tiada upaya sepi,
Mata kudup penantianku,
Hadirnya teman sejati.

Melangkah kita menjejak mimpi,
Bahgia berdiri dengan mu di sisi,
Harapan kita meniti hari,
Sentiasa seiring.

Paling agung teman terulung,
Tenunan emas sayap hidup ku
Tak ingin ku undur bertamu,
Bertakhta teguh,
Ke akhir waktu

p/s : Kepada teman-teman saya di SRIAS, MMAS, SMTL, PLKN Beringin, PTSB, UTM IC, Facebook dan seluruhnya, saya amatlah bersyukur kerana dikurniakan teman seperti kalian, tanpa kalian, saya mungkin tidak mampu berdiri untuk terus mencapai kejayaan yang diimpikan. Semoga Allah terus memelihara ikatan persahabatan antara kita dan berpanjangan hingga ke akhirnya. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari sahabatmu,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: