Tuesday, August 10, 2021

Tempat-Tempat Menarik Di Taipei, New Taipei City dan Keelung City...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Sejahtera...

Aku sebenarnya dah lama untuk membuat perkongsian mengenai Taiwan disebabkan rata-ratanya sebelum aku menjejakkan kaki ke Taiwan pada 18 hingga 23 Oktober 2018, terlalu sukar untuk aku mencari bahan dan rujukan bagi aku membuat persediaan untuk ke sana yang ketika itu aku baru sahaja memenangi Grand Prize bagi sebuah pertandingan menulis Esei berkaitan pelancongan Taiwan yang dianjurkan oleh Taipei Economic & Culture Office iaitu sepasang tiket penerbangan ke Taipei menerusi Eva Airlines. Alhamdulillah!

Macam-macam aku buat dan mencari bahan untuk siapkan sebuah itinerary yang lengkap sebagai persediaan aku untuk ke sana. Sebelum nie, aku pernah membuat perkongsian awal di blog aku pada 27 Disember 2018 kira-kira 2 tahun yang lalu di entry Taiwan : Taipei, Aku Datang! Dan kali ni, aku bersemangat untuk terus membuat perkongsian mengenai Taipei, Taiwan.

Untuk memudahkan anda semua yang akan ke Taiwan atau Taipei secara khususnya, bolehlah membaca perkongsian aku ini sebagai rujukan. Insyaallah yang penting korang mesti doakan aku diberikan kesihatan yang baik, dilimpahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Insyaallah.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI TAIPEI, NEW TAIPEI CITY DAN KEELUNG CITY, TAIWAN...

1. Elephant Mountain

Elephant Mountain adalah salah satu tempat wajib untuk anda datang dan bergambar dengan berlatarkan Taipei 101 yang sangat terserlah ketinggiannya dan di sini juga adalah bole melihat pemandangan yang sangat indah untuk melihat Bandaraya Taipei ini. 

Elephant Mountain ini mempunyai ketinggian 183 meter tinggi dan laluan pendakian sejauh 1.5 km. Agak mencabar sebenarnya untuk naik ke sini dan berpeluh-peluh untuk nak sampai di atas tetapi kepuasan akan diperolehi ketika anda dapat mengambil gambar yang sangat sempurna dengan berlatarkan Taipei 101.

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 2 Danshui Line dan turun di Station Xiangshan dan exit No.2)

2. Taipei 101

Ikon menjulang tinggi ini menempatkan pusat membeli-belah berbilang tingkat yang sememangnya syurga membeli-belah. Kunjungan ke bangunan pencakar langit ini tidak boleh dilepaskan jika anda ingin mendapatkan pakaian mewah, produk penjagaan kulit dan kosmetik kerana di sinilah terletaknya pelbagai kedai utama. Semasa anda berada di sini, anda juga boleh mengunjungi dek pemerhatian untuk menikmati panorama indah Bandaraya Taipei.

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 2 Danshui Line dan turun di Station Taipei 101 dan exit No.4)

3. Yehliu Geopark

Pembentukan geologi yang unik di Yehliu Geopark menjadikan tanjung yang memanjang dari Bandar Wanli begitu istimewa. Pembentukan yang paling ikonik adalah Queen Head yang dikatakan menyerupai patung Ratu Nefertiti di Mesir. Pembentukan lain termasuk Sea Candles, Fairy Shoe dan Ginger Rocks yang menjadikan perjalanan anda ke sini sememangnya berbaloi.

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 2 Danshui Line dan turun di Station Danshui dan exit No.2, pastu naik Taiwan Tourist Shuttle 'C : Crown North Coast Route' untuk ke Yehliu Geopark)

4. Yangmingshan National Park

Untuk melakukan aktiviti luar seharian, Yangmingshan National Park ada segalanya. Daripada berjalan menyusuri denai, laluan berbasikal, menikmati keindahan flora, fauna hingga mata air panas. Ketika musim berubah, keindahan taman ini turut berubah. Dari Januari hingga Mac, pengunjung berpeluang melihat keindahan bunga sakura yang mekar dan dari April hingga Mei merupakan musim bunga lili.

Sebelum anda ke sini, sebaiknya buat semakan dulu samada tempat ini dibuka atau tidak sebab ketika aku ke sini, taman ini ditutup untuk seketika bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Tetapi aktiviti lain masih boleh dibuat di sini, paling best berjalan kaki ke puncak dengan dikelilingi flora dan faunanya.

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 2 Danshui Line dan turun di Station Beitou dan naik Taiwan Tourist Shuttle Bus D Beitou-Zhuzihu Route dan turun Station Yangmingshan. Nanti korang boleh pilih untuk turun di mana-mana sepanjang berada di dalam kawasan Yangmingshan National Park ini)

5. Chiang Kai-Shek Memorial Hall

Erected in memory of the late R.O.C President, this stately blue-roofed edifice is flanked in front by the equally impressive National Concert Hall and National Theater. The hourly honor guard display is a popular attraction here.

Kawasan ini merupakan salah satu tempat wajib untuk bergambar dengan menampilkan keunikan bangunan-bangunan yang mengekalkan ciri-ciri masyarakat asal di Taiwan. Dan kawasannya sangat luas dan semestinya diexplore sebaik mungkin.

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 2 Danshui Line atau MRT Line 3 Xindian Line dan turun di Station Chiang Kai-Shek Memorial Hall dan exit No.5)

6. Shifen Waterfall

Shifen Waterfall ini mempunyai ketinggian lebih 40 meter dan 20 meter dan menjadi salah satu waterfall yang terbesar di Taiwan. Menjadi salah satu destinasi wajib dimana keindahan waterfall yang tersergam indah dengan dikelilingi flora yang cantik dengan suasana yang begitu nyaman.

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 1 Wenhu Line dan turun di Station Muzha. Pastu ambik Taiwan Tourist Shuttle Bus E Muzha-Pingxi Route dan turun di Shifen Old Street/Shifen Visitor Center pastu jalan kaki sikit ke waterfall)

7. The Red House - Ximen

Ianya terletak di kawasan Ximending iaitu kawasan yang penuh warna-warni ini sering dibandingkan dengan Harajuku di Jepun kerana terdapat begitu banyak kedai hip dan makanan. Pelbagai pilihan fesyen, hiburan dan tempat makan mewujudkan suasana ceria yang menjadi daya tarikan utama golongan remaja. Di sini anda akan temui fesyen dan trend terkini daripada Japan, Taiwan dan Barat serta barangan vintaj yang unik.

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 3 Xindian Line atau Line 5 Bannan Line dan turun di Station Ximen dan exit No.1)

8. Golden Waterfall

Golden Waterfall ni terletak betul-betul bersebelahan dengan jalan raya dan keunikannya sangat terserlah dimana kawasan ini dikelilingi batuan berwarna emas dan hijauan hutan bukit yang menarik. 

(Untuk ke sini, anda boleh naik keretapi dan turun di Ruifang Station, pastu ambik Taiwan Tourist Shuttle Bus B Golden Fulong Route dan turun di Gold Ecological Park)

9. Longshan Temple

Longshan Temple ini telah dibina pada Tahun 1738 dan menjadi salah satu temple yang paling bersejarah dan tertua yang masih ada di Taiwan.

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 5 Bannan Line dan turun di Station Longshan Temple dan exit No.1)

10. Shilin Night Market

Salah satu pasar malam terbesar di Taipei, suasana yang meriah menanti pengunjung untuk mencuba masakan tempatan dan membeli-belah. Pasar ini dibahagikan kepada Bangunan Shilin Market lama di mana akan temui sebegitu banyak gerai makanan dan bahagian lain yang menjual barangan bukan makanan daripada pakaian hinggalah aksesori telefon pintar.

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 2 Danshui Line dan turun di Station Jiantan dan exit No.1)

11. Raohe Street Night Market

Pasar sepanjang 600 meter di Raohe Street dipenuhi dengan kedai yang menjual sajian lazat dan pelbagai barangan. Ia juga merupakan salah satu pasar malam tertua di Taipei dan pengunjung akan disambut oleh pintu gerbang seni bina Cina yang mempesona. Bagi yang ingin membeli-belah, pengunjung boleh mendapat pakaian dengan diskaun hebat di Rangkaian Wufenpu yang terletak berhampiran dengan pasar ini.

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 3 Xindian Line dan turun di Station Songshan dan exit No.5)

12. Shifen Old Street

Once used as a signal to warn neighboring villages of bandits, "heavenly lanterns" are the highlight at Pingxi annual lantern festival. Ama's has been selling these artistic lanterns for over a decade.

Shifen Old Street sangat unik kerana laluan tengahnya adalah laluan keretapi dan sesekali keretapi akan melintasi kawasan ini. Di sini anda berpeluang untuk bersama-sama meraikan tanglung dengen kepelbagaian dan keunikan tanglung.

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 1 Wenhu Line dan turun di Station Muzha. Pastu ambik Taiwan Tourist Shuttle Bus E Muzha-Pingxi Route dan turun di Shifen Old Street/Shifen Visitor Center)

13. Jiufen Old Street

Pekan yang menawan ini pernah menjadi tanah jajahan bagi pelombong emas. Tempat yang mesti dikunjungi ialah Jiufen Old Street, di mana anda akan melalui lorong-lorong untuk menemui kegemaran dan knick-knacks masyarakat tempatan. Ia juga terkenal sebagai bandar yang mengilhamkan filem Miyazaki 'Spirited Away'.

(Untuk ke sini, anda boleh naik keretapi dan turun di Ruifang Station, pastu ambik Taiwan Tourist Shuttle Bus B Golden Fulong Route dan turun di Jiufen)

14. Leofoo Village Theme Park

Taman tema terbesar di Taiwan mengalu-alukan kunjungan anda sekeluarga untuk merasai pengalaman mencuba lebih 60 permainan, taman air, safari dan juga hotel bertemakan safari. Anda tentu tidak pernah bosan di taman ini dengan adanya pertunjukan air muzik, perarakan dan tarian. Taman ini juga mempunyai banyak pilihan tempat makan termasuk restoran mesra Muslim.

(Untuk ke sini, anda turun di Zhongli Station dan naik Taiwan Tourist Shuttle - F Theme Park Route dan turun di Leofoo Village Theme Park)

Bercakap berkaitan restoran halal di Taipei, ianya bukan menjadi masalah disebabkan di sini banyak restoran halal dan aku sempat singgah ke 3 buah restoran halal iaitu :-

1. Halal Beef Noodles House (清真黃牛肉麵館)

Kat sini aku mencuba Spicy Beef Noodles yang 100% mee dia dibuat oleh Chinese Muslim di sini. Empunya restoran juga ramah dan waktu aku tiba kat restoran nie, ada seorang budak lelaki yang entertain aku dan dia yang suggestkan kat aku untuk mencuba Spicy Beef Noodles. Boleh la tahan makanan dia. 

Kat sini aku tengok rata-ratanya penduduk tempatan yang datang makan. Dan sebelum pulang, aku sempat beli roti tradisi chinese. Sedap!

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 3 Xindian Line atau MRT Line 5 Bannan Line dan turun di Station Ximen pastu exit No.5)

2. Chang's Beef Noodles Shop (張家清真黃牛肉麵館)

Restoran nie terletak bersebelahan dengan Halal Beef Noodles House. Tak silap aku, waktu aku sampai kat sini, seorang pakcik tua yang entertain aku. Aku mencuba makanan yang special di situ cuma aku tak jumpa cari gambarnya.

(Restoran nie bersebelahan dengan Halal Beef Noodles House means korang boleh ikut laluan yang sama)

3. Halal Chinese Beef Noodles Restaurant

Halal Chinese Beef Noodles Restaurant nie bagi aku agak mahal dan tempat dia agak mewah dengan banyak reservation aku tengok atas meja dorang. Harga agak mahal dan tak silap aku, aku makan 2 benda kt sini iaitu Beef Noodles dan Roti Arab.

Kat laluan kawasan nie tak silap aku hanya restoran ni saja yang halal. Tapi boleh la mencuba sekali sekala di sini walaupun harganya sedikit mahal.

(Untuk ke sini, anda boleh naik MRT Line 5 Bannan Line dan turun di Station Taipei City Hall dan exit No.3)

Sebelum nie, aku pernah buat perkongsian mengenai tempat-tempat menarik di beberapa buah bandar dan negara, korang boleh klik pada link di bawah :-

1. Seoul, South Korea (🇰🇷)
2. Macau (🇲🇴)
3. Gold Coast, Australia (🇦🇺)
4. Osaka, Japan (🇯🇵)
5. Kyoto & Kobe, Japan (🇯🇵)
6. Manila, Philippines (🇵🇭)
7. Hong Kong (🇭🇰)
8. Yogyakarta, Indonesia (🇮🇩)
9. Singapore (🇸🇬)
10. Luang Prabang, Laos (🇱🇦)
11. Shanghai, China (🇨🇳)

Rasanya sampai di sini dulu perkongsian aku, Insyaallah if aku rajin lepas nie, aku nak berkongsi pulak untuk beberapa lagi tempat menarik yang aku jelajah sebelum berlakunya Pandemik Covid-19 di seluruh dunia. Antara yang aku mungkin fokuskan adalah Maldives, Bali, Palembang, Padang & Bukit Tinggi (Indonesia), Beijing & Tianjin (China), Busan & Jeju (South Korea), Chiang Mai & Chiang Rai (Thailand) dan lain-lain lagi. insyaallah...

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari, 
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur

0 comments: