Tuesday, August 3, 2021

Aku Dah Selesai 2 Dos Vaksin!

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam Malaysia Sejahtera...

Wahhhhh... Lama giler aku tak update blog yg semakin bersarang nie, ditambah pula dengan lambakan aplikasi untuk bersosial dan situasi semasa di Kuala Lumpur di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa 1. Walaupun sebelum nie dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), still masih busy dengan kerja-kerja yang perlu diteruskan.

Aku Dah Selesai Ambik Vaksin!

Alhamdulillah... Aku antara dari ribuan penduduk Malaysia yang telah terima kedua-dua dos vaksin dan aku memilih untuk menjadi rakyat Malaysia yang sukarela dalam mengambil Vaksin Astra Zeneca (AZ) untuk Batch Pertama. Aku sendiri secara sukarela untuk memilih dan mendaftarkan diri ketika dibuka sesi pendaftarannya di website pada 2 Mei 2021.

Aku sebenarnya sangat-sangat bersedia untuk ambil apa saja vaksin termasuklah Vaksin AZ. Vaksin AZ nie dikeluarkan dari Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada asalnya disebabkan kegusaran segelintir Penduduk Malaysia yg terlalu percaya dengan berita-berita yang tersebar di media sosial tetapi aku tetap pilih Vaksin AZ sebagai pilihan sebab aku percaya dan yakin dengan pihak pengeluar dan pihak Kerajaan Malaysia.

Dos pertama yang aku terima bertempat di PWTC adalah pada 16 Mei 2021 iaitu setelah beberapa hari kita meraikan Hari Raya Aidilfitri. Aku hanya bergerak sendiri ke pusat vaksinasi nie dan alhamdulillah semua proses berjalan dengan lancar. 

Manakala dos kedua pula aku terima juga di PWTC pada 18 Julai 2021 iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha. Tarikh yang sama juga, mama aku terima vaksin untuk dos pertama di Alor Setar. 😍😍😍

Aku sebenarnya sangat-sangat menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan Malaysia mampu mencapai herd immunity dalam masa terdekat dalam mengawal atau ikhtiar untuk kita kurangkan kes-kes penularan Covid-19 ini termasuklah kes-kes kematian yang bertambah dari hari ke hari 

Di Facebook, aku selalu kongsikan mengenai kebaikan vaksin disebabkan ada segelintir dari sahabat-sahabat aku di media sosial yang bergerak untuk tidak mahu ambil vaksin (mungkin dorang ke arah Anti-Vaksin). Aku semestinya lebih mempercayai golongan ahli dalam perubatan yg hampir keseluruhannya menyokong penuh untuk kita semua mengambil vaksin.

Kesan Vaksin?

Sekadar perkongsian terhadap pengalaman aku terima vaksin ni, untuk dos pertama agak memberi kesan kepada aku sehingga aku terpaksa ke Hospital Kuala Lumpur untuk masukkan air disebabkan badan jadi terlalu lemah, rasa mual, pening-pening kepala, demam dan macam-macam lagi. Dan Alhamdulillah, aku diberi perhatian yang sangat baik dari seorang doktor yang memeriksa aku.

Doktor banyak bagi kata-kata nasihat dan memberi sokongan penuh bila aku bagitau aku ambik vaksin ni secara sukarela 😅. Alhamdulillah sampai sekarang aku masih ingat dan kenal muka doktor yang sangat-sangat baik dengan aku. Ingat lagi, waktu dok masukkan air, doktor sorang nie beberapa kali datang dan melihat aku untuk ikuti perkembangan aku.

Bagi dos kedua pula, Alhamdulillah takde langsung kesan sampingan dan aku kekal sihat walafiat sehinggalah ke hari ini. Dan yang paling best, waktu terima dos kedua nie, aku sempat claim buku dari Buku Fixi dibawah kempen #CucukBersamaFIXI . Thanks a lot ya BUKU FIXI ! 

Sebelum ni pada awal Januari 2021, aku ada daftar untuk pemilihan Sukarelawan Kajian Klinikal Fasa III di Pusat Percubaan Klinikal, Hospital Ampang dan aku turut menghadirkan diri dalam sesi taklimat pada 18 Januari 2021 menerusi Google Meet.

Setelah mendengar taklimat dari pihak penganjur, hati aku berbelah bahagi samada nak teruskan ataupun menarik diri sehinggalah aku putuskan untuk tarik diri disebabkan alasan-alasan tertentu. 

Tapi apa-apa pun, aku tetap menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia dalam memastikan kita mampu mencapai herd immunity dengan kapasiti 80% dari keseluruhan Penduduk Malaysia menjelang akhir Tahun 2021.

Hopefully, anda semua juga telah terima dos vaksin sekurang-kurangnya satu dos sebagai menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia ini. Dan janganlah sesekali termakan dengan usaha puak Anti-Vaksin untuk menolak vaksin. Perolehilah maklumat sahih dari Kementerian Kesihatan Malaysia disebabkan para doktor ini adalah Ahli dalam bidang perubatan berbanding puak Anti-Vaksin yang rata-ratanya adalah Bukan Ahli dalam Bidang Perubatan.

Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com
Kuala Lumpur

0 comments: