Sunday, July 17, 2011

Sekali Lagi... Cukup Mempesonakan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semalam saya berkesempatan sekali lagi menonton sebuah filem melayu yang cukup menyentuh hati iaitu ‘SEKALI LAGI’. Filem arahan Saudara Hashim Rejab ini cukup santai dan mempesonakan. Filem ini cukup saya tertarik ketikamana membaca beberapa review yang dibuat oleh wartawan hiburan akhbar harian.



Filem ini agak berlainan dari drama-drama dan filem-filem melayu yang ditayangkan sebelum ini termasuk jalan ceritanya yang santai dan menarik. Filem ini memaparkan mesej dan pengajaran yang amat kuat.

“Saya tak nak kawan dengan awak sebab mama saya tak kasi kawan dengan awak…”

“Jangan… Jangan…” Sambil mempertahankan Arman di tepi warung…

Itulah bait-bait dialog ‘Amy’. Seronok melihat watak ‘Amy’ lakonan pelakon cilik, Mia Sara Nasuha yang begitu comel dengan perwatakannya pula yang cerdik menaikkan lagi seri filem ini. Dan karakter yang dipaparkan oleh Mia Sara cukup membanggakan dan Mia Sara layak untuk menjulang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik untuk Festival Filem kali ini.



Begitu jugak lakonan bersahaja oleh Lisa Surihani yang juga menampakkan seri filem ini. ‘Mama Amy @ Sheila’ watak yang dipegang oleh Lisa ini cukup menggambarkan betapa peritnya seorang hati ibu muda apabila bergelar ibu tunggal di usia muda. Luahan hati yang dipaparkan oleh Sheila ini terhadap anaknya Amy cukup menyentuh hati.

Selain itu, kekuatan filem ini mungkin terletak pada lakonan hebat Shaheizy Sam yang memegang watak ‘Arman’ yang mengalami penyakit ‘Automatik’…Opps… Penyakit Autistik la ! Lakonan kebudak-budakan si Arman ini cukup menjadi dan mantap. Dilihat dari sudut mutu lakonannya, saya dapat rasakan ini mungkin antara lakonan hebat pelakon yang pernah bergelar Bintang Paling Popular ini.

Cuma apa yang saya kurang suka terhadap filem ini adalah pengakhirannya. Pengakhirannya cukup membuatkan diri saya dan kekawan yang menonton mempertikaikannya. Bukan menidakkan kredibiliti filem ini tetapi macam pengakhirannya cukup tidak memuaskan hati saya dan kawan-kawan saya.

Sebelum itu, saya nak kasi dulu bintang sebanyak 4 bintang terhadap filem ini. Dan 1 bintang lagi saya simpan disebabkan ketidakpuasan hati saya terhadap pengakhiran filem ini. Hehehehe… Saya mengajak kekawan saya yang masih belum menonton filem ini untuk sama-sama menonton file mini secepat mungkin.

Akhir kata, saya pun nak jadi cerdik @ genius macam ‘Amy’ di UTM JB nanti. Hehehehe… Insyaallah, tiada yang mustahil terhadap kekuasaan Allah Taala. Yang penting berusaha… Betul tak?

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: