Monday, July 4, 2011

Noktah Cinta....

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Noktah Cinta !” itulah ungkapan yang dapat saya gambarkan betapa hancurnya hati dan perasaan saya. Mungkin ini satu ujian dari Ilahi terhadap diri saya yang masih mencari kekosongan di hati ‘Cewahhhhh…’ ! Tapi saya tekadkan kat diri saya yang saya akan kejar cita-cita saya dahulu kerana itulah perkara yang paling penting dalam hidup saya.



Memang benar ! Kecewa ! Kecewalah perasaan yang paling saya takuti. Kecewalah yang membuatkan diriku kaku untuk berdepan dengan realiti kehidupan. Saya sendiri telah berjanji pada diri saya untuk jauhi perkara ini sebelum saya genggam impian saya tetapi apakan daya, saya masih menerima dan mencuba menyayangi seseorang di dalam hati saya dan lihatlah ianya menjadi ‘karma’ yang ‘terkena’ pada diri saya semula.

Sejarah berulang sekali lagi. Apa-apa pun saya masih kuat untuk meneruskan kehidupan saya seperti biasa. Dan saya anggap perkara yang menyinggah dalam kehidupan saya ini sebagai mimpi semalam. Saya juga akan terus berjalan mencari keredhaan Ilahi dan cinta dari Ilahi. Jika ada jodoh, ianya akan terus mencari diri kita. Insyaallah… Jomlah kita ikuti bait-baitNoktah Cinta’ sebagai pengubat hati ini.

NOKTAH CINTA – Hafiz AF7

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

p/s : Kejar cita-cita dahulu, baru kejar CINTA… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: