Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…
Malam ini saya ingin kongsikan satu Fatwa yang diperolehi dari Negeri Selangor berkenaan dengan Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan sebagainya. Saya sendiri pun agak terkejut dan saya sendiri akan bertekad untuk tidak melabur lagi dalam pelaburan sedemikian. Insyaallah…
FATWA NEGERI SELANGOR – Seperti yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 (14 Jun 2011m / 8 Jamadil Ula 1432h)
Keputusan tidak perlu diwartakan :
Kertas Kerja Penilaian Semula Hukum Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya :
Keputusan ;
i. Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hokum syarak dengan alasan seperti berikut :-
a. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sector kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud :
Maksudnya : “Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal.”
b. Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
c. Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasip dividen.
Sumber : Akhbar Selangor Kini – (22-29 Julain 2011, m/s 13)
Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com
Friday, July 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
aku pon was2 nak labur dalam asn/asb ni
last2 labur dalam tabung haji jerk
da agak da ini xhalal.. hu3
http://nash121.blogspot.com/2011/07/perutusan-mohor-raja-iblis-sempena.html
Post a Comment